Sunday, June 10, 2007

Atlantic City Jun 9 2007 (Saturday)





Dah lama nak ke AC, tapi tak ada masa..di sebabkan semua assignments dah diselesaikan dan ini adalah minggu terakhir, maka barulah kesempatan.
Menariknya perjalanan ini ialah, beli tiket $18 tapi, casino bayar $20. Hmmmm..galakan nak suruh orang berjudi!

So aku pun numpanglah main slot mesin..Dapat lah kutip $14. Tapi rasa tak buat dah kut.

Apa yang dipelajari?

Judi itu adalah mainan nafsu manusia, mendapatkan apa yang tidak pasti, macam kehidupan, kita selalu memperjudikan nasib dengan keputusan-keputusan yang dibuat, mengharapkan hasil yang dikutip itu berlipat ganda. Tapi sebenarnya mana ada jalan mudah dalam hidup ni.

Sapa ntah pernah kata: Rezeki bergantung pada 3 perkara, masa, tempat dan orang.

So kalau ada anak-anak didik aku yang sedang membaca ketika ini, pesanku, jangan memperjudikan hidup dengan keputusan yang singkat, ambil lah masa dan fikirkan segala kemungkinan, bacalah rentak keadaan ketika itu kerana perjalanan hidup masih jauh lagi...

Maaf lah..gambar tak upload lagi sebab busy berjalan!!!

Malaysia tetap dihati tapi dunia perlu diterokai supaya hidup bertambah asam dan garam, lemak dan manis, panas dan pedas. Tak kan nak makan karipap jer hari -hari..nak gak rasa pretzel tu camna, quesadilla tu mendenya, abis-abis pun nak gak rasa cheese steak dan hoaggies kan!!

1 comment:

nor hafiza atiqah said...

"So kalau ada anak-anak didik aku yang sedang membaca ketika ini, pesanku, jangan memperjudikan hidup dengan keputusan yang singkat, ambil lah masa dan fikirkan segala kemungkinan, bacalah rentak keadaan ketika itu kerana perjalanan hidup masih jauh lagi..."

InsyaAllah akan ingat slalu pesan cikgu yang satu ni hehehe...