Thursday, June 21, 2007

Problems with School Dropout

Masalah keciciran sebenarnya berpunca dari pelajar yang hilang semangat dan tiada tindakan yang di ambil oleh pihak sekolah kerana mereka merasa bosan dan mempunyai wang di poket lebih menarik dari berada di sekolah.

GED: General Equavalency Degree ialah keadaan di mana pelajar dapat meneruskan kembali persekolahan dan mendapat sijil untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Apa yang boleh dilakukan ialah pelajar yang mengalami masalah keciciran ini diberi perhatian dan mendapat peluang dalam memperoleh pendidikan supaya mereka dapat menyumbang dalam masyarakat.

Mereka bukan BODOH tapi mereka berhadapan masalah dalam otak yang menyebabkan mereka tidak dapat menyerap pembelajaran pada kadar yang sama dgn pelajar normal

Masalah kini ialah bagaimana hendak mengenalpasti pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran dan menyediakan bahan utk pembelajaran mereka.

Buat masa sekarang pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran berada bersama pelajar normal tetapi dari kajian yang dilakukan mereka tidak mengganggu pembangunan pelajar normal TETAPI mereka banyak mendatangkan masalah ke atas diri mereka sendiri

No comments: