Expect the Unexpected
memikirkan kembali keputusan aku untuk ke Hong Kong dikira okay gak. Walaupun aku tidak berpandukan peta dan hanya bergantung kepada pandu arah, aku nekad untuk menerokai Hong Kong dari mata local person. Dan aku berjaya. Selepas menyimpan beg di left luggage aku terus menaiki bas A21 menuju ke Tsim Sha Shui. Bayaran bas ialah HKD33. Aku hanya membawa HKD1400 (USD200). Cukup ke selama 3 hari aku di Hong Kong hanya dengan HKD1400? Cabaran!!
Perjalanan menuju ke Kowloon membuka mata aku betapa maju dan metropolitannya Hong Kong. Bas pula begitu bergaya..bas dua tingkat.Teringat apabila aku terfikir untuk ke Langkawi menaiki bas Durian Burung..Tak mengidam dah!!!
Apabila sampai di perhentian 13, hujan turun dengan lebat. Dan aku masih belum memahami bagaimana cara alamat dan jalan-jalan di sini. Semua orang nampak sibuk dan kalut. Well..pukul 9 am..semuanya begegas ke tempat kerja. Akhirnya aku sampai ke bangunan yang di cari ..Mirador Building. Hostelnya di tingkat 13. Sesuatu yang menarik dengan nombor 13 ni dalam hidup aku!!Rasanya selalu bertemu dengan nombor ini dari dulu lagi..tak 1 mungkin 3 atau mungkin 13..Teringat jersi hoki yang dipakai dari tingkatan satu sampai ke maktab..NO 13. Teringat pada nombor pin pertama giro..
Nak ke puncak dunia.. The Peak. Keindahan cahaya lampu neon yang dipelbagaikan rentak dan serakan laser menghasilkan percikan warna-warna yang mengagumkan pandangan mata.
No comments:
Post a Comment