Apabila memikirkan keputusan aku untuk jadi independent traveller, ramai yang agak terkejut kerana untuk bergerak seorang diri di bandar besar bukanlah satu perkara yang selamat ..kalau difikirkan secara logik. Namun begitu, ia merupakan satu pengalaman yang tak dapat aku sia-siakan kerana itulah impian aku selama ini selepas aku pulang dari Jamboree Pengakap di Tambunan , Sabah (tambah pula selepas berjaya mendaki Gunung Kinabalu) pada tahun 1992. Teringat lagi rancangan awal nak backpack ke Sumatera bersama Ariffah tetapi dihalang oleh abah atas alasan merbahaya tapi kali ini, aku hanya memberi tahu keputusan aku backpack ke LA dan HK selepas aku sampai ke US! Itu dengan bayangan bahawa aku berkumpulan.
Bertolak dari Kellogg Conference Hotel, Gallaudet University, ke Capitol State (macam Parlimen Malaysia). Di sana biasa la jadi tourist..satu perkataan yang tak aku gemari maka sepanjang tour dalam bangunan itu, aku lebih banyak berjalan sorang sebab banyak lagi perkara yang dapat aku perhatikan.
Selepas Capitol State kami terus menuju ke Dulles International Airport bersama-sama guru dari India dan Algeria. Aku terus jer check in tapi ada masalah lebihan beg dan William ada msalah carry-on yg terlalu besar maka terpaksalah aku dan William swap beg..Sempoi jer kami dua orang memunggah isi kandungan beg dan menukar di situ. Bayangkan orang yang lalu lalang TAK kisah pun dengan apa yang kami buat..kesimpulannya apa yang kami lakukan adalah perkara biasa!
Naik jer flight aku tidur sepanjang 5 jam..penat beb
Sampai jer di LAX Airport, aku bergegas mencari OOi dan Socy kerana mereka juga sedang menunggu kawan utk menggambil mereka. Rakan socy yang membantu aku untuk menelefon BAckpack Paradise Hostel. Hampir sejam menunggu, barulah nampak shuttle.
So apa lagi naik jerr..hostelnya bersih, ada swimming pool, free breakfast ..okaylah..aku book dorm jerr..tengok2 katil besi 2 tingkat..teringat masa kecil dulu ..pakai katil dua tingkat itu, kemanalah katil tu sekarang..?
Malam tu aku nekad utk menyusun semula beg sebab banyak benda yng tidak diperlukan..
Aku rasa pukul 3 pagi baru aku lelapkan mata.
Hari Baru Pengalaman Baru..
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment