Thursday, June 21, 2007

Children with Special Education Needs

Menarik juga tajuk ni..

Menentukan keperluan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Ramai pelajar di dalam kelas di Malaysia di anggap bodoh tapi sebenarnya adalah pelajar yang mempunyai masalah penguasaan dalam pembelajaran kerana masalah saraf.

Amerika mempunyai kuasa yang unik dalam pendidikan. Ia tidak mempunyai kuasa pusat tapi bergantung kepada negeri masing2.Maka bagaimana sekolah menentukan hala tuju pembangunan pendidikan bagi pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang memyebabkan pencapaian pelajar ini berbeza dari satu negeri ke negeri.

Namun begitu ada persamaan yang jelas ialah masalah kemiskinan, masalah penguasaan bahasa pengantar, masalah populasi pelajar ini dalam sekolah menyebabkan masalah pembiayaan.Masalah lain ialah guru-guru yang terlatih bagi menghadapi masalah ini kerana belum ada lagi pusat yang fokus kepada masalah ini. Begitu juga masalah sumber yang dapat dibina sebagai support dan membina "next step" bagi membantu pelajar ini.Antaranya ialah sumber guru yang benar-benar berpengetahuan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, masalah pembelajaran ini hanya di fokus pada tahap sekolah rendah tapi tidak di sekolah menengah.

Perbezaan yang didapati di sesetengah negara, tiada penilaian yang setara, pakar-pakar linguistic, OT dan SP adalah lebih klinikal dari berpusatkan pendidikan.
Keperluan yang jelas ialah menentukan keperluan pelajar dan pencapaian dalam pembelajaran.

Fokus yang utama ialah membina penilaian yang saksama dan kurikulum yang benar-benar membantu pelajar ini untuk maju. Selain itu, Amerika makin menerima konsep kuasa berpusat yang menentukan keputusan dan pembiayaan.

So di manakah Malaysia di dalam peta pendidkan bagi pelajar yang bermasalah?

No comments: