Secara dasarnya ini adalah apa yang berlaku:
1. Antara perbincangan menarik,
Pengajaran tidak perlu terikat kepada sukatan pelajaran, apa yang perlu ialah membuka ruang kepada anak didik menyedari tahap pengetahuan mereka dan menyedari apa yang mereka perlu ketahui.
Bagaimana kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, mana yang lebih penting, melahirkan guru yang berpengetahuan tentang apa yang perlu diajar tetapi gagal menyampaikan pada pelajar, guru yang kurang berpengetahuan tetapi hebat dari segi pedagogi atau guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan daya penyampaian yang hebat?
Ke mana kah arah kita?
2. Bagaimana kita sebagai pendidik dapat menyempurnakan pembelajaran anak didik kita supaya mereka menyedari bahawa pembelajaran ialah proses sepanjang hayat dan bukan setakat untuk mengutip berapa banyak A yang menjadi kebanggaan ibu bapa mereka?
3. Apakah fokus kita sebagai pendidik? Ujian, menghabiskan silibus, memberi peluang atau sekadar periuk nasi?
4. Apakah peranan ibu bapa dalam menentukan halatuju pendidikan anak-anak?
5. Bagaimana kita dapat membina network yang selari dalam pendidikan di mana pembelajaran berjalan secara kesinambungan yang berterusan dari peringkat tadika sehingga universiti?
6. Bagaimana kita dapat membina satu network yang berkait dalam pendidikan di mana ibu bapa, guru, pentadbiran, silibus, huraian, bahan pengajaran, bahan pembelajaran, ujian, peperiksaan adalah selari?
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment