Tuesday, April 29, 2008

Apa Yang Lelaki Mahu?

1. Ingin menguasai, mahu kerja keras dan pencapaiannya dihargai.Menguasai tidak bermaksud menguasai perempuan. Lelaki dilahirkan dengan naluri utk keluar dan menguasai dunianya menunjukkan kebolehan, bekerja melaksanakan tanggungjawab dan mencapai yang terbaik. Misalnya anda harus memahami betapa pentingnya kerjaya bagi seorang lelaki. Kiranya suami kehilangan kerja, dan anda berkata, "Tak apalah asal saja kita saling menyintai...", kata2 ini tidak dpt membantu menghilangkan rasa kecewa dan dukacita. Kata2 yg sesuai adalah dengan menyatakan empati (bukan sekadar simpati), rasa apa yg sdg suami rasai, betapa pentingnya anda memahami erti pekerjaan yg ingin dilakukan, tanggungjawab yg ingin ditunjukkan serta sumbangan yg ingin diberikan. Dunia lelaki tertumpu kepada kerjanya, ttg apa yg yg dilakukan dan ingin dilakukannya. Berilah galakan dan sokongan utk lelaki menunjukkan kebolehan, membuktikan, meningkatkan kerja atau kerjayanya dan hargai sumbangannya supaya dia sentiasa merasa kuat, berkuasa dan bertenaga.
2. Mahu memainkan peranan menyediakan dan memberi perlindungan.Tanyalah mana-mana suami yg isterinya bekerja, dia lebih senang sekiranya isterinya tidak perlu bekerja dan dia menyediakan segala-galanya. Bukan utk mengongkong atau menyekat kebebasan tetapi ia dtg dari rasa tanggungjawab, kasihan dan simpati terhadap beban tugas di rumah yg telah cukup berat. Rasa menyusahkan isteri menjejaskan penilaian harga dirinya. Sekiranya terpaksa bergantung kepada perempuan, lelaki sejati akan merasa dirinya lemah, dayus dan rendah harga diri. Lelaki perlu difahamkan apabila perempuan bekerja bukan kerana lelaki tidak mampu tetapi bertujuan sama-sama memainkan peranan, sama-sama membantu meringankan beban demi kehidupan bersama yg lebih stabil dan bahagia.
3. Mahukan autoriti untuk memimpin dan berkhidmat.Perempuan akan sentiasa memberi peluang dan mengharapkan lelaki untuk memimpin dan berkhidmat tanpa perlu lelaki memintanya. Inilah yg diharapkan oleh isteri terhadap suaminya. Persoalannya ialah kadang2 ia tak terjadi spt yg diharapkan kerana kekeliruan antara memberi autoriti dan mematuhinya. Penting di sini ialah mencari persetujuan. Belajar menjadikan kemahuan anda sbg kemahuannya. Disebabkan ego, lelaki kadang2 tidak mahu mengalah walaupun menyedari dia bersalah. Rahsia lelaki, dia sebenarnya mahu bersetuju, mahu memberi, sentiasa menunggu dan mengharap anda meminta. Dia cuma akan menjadikan apa yg dipinta itu sukar sedikit. Misalnya dia tidak bersetuju tetapi akan beri juga akhirnya. Sekadar menunjukkan pilihan di tgnnya walaupun sebenarnya ia diberi kerana anda yg memintanya.Jgn tidak bersetuju atau mengeluarkan kata2 yg memalukan atau merendahkah kebolehan dan harga dirinya terutama di depan org2 yg dihormatinya spt ibu bapa, mertua, kawan2 atau anak2nya. Anda takkan dpt apa yg anda mahukan dengan berbuat begitu, walaupun dia sebenarnya telah bersedia utk mengalah dan memberi. Di dalam perhubungan, rasa hormat itulah yang diinginkan lelaki utk menyenangkan hatinya memimpin dan berkhidmat.
4. Mahu terlibat, mengambil tahu dan mahu pendapatnya diterima.Lelaki selalu merasa mereka byk idea dan boleh membantu menyelesaikan masalah org lain. Mereka rasa dihargai sekiranya melibatkan diri dlm hal2 yg memerlukan keputusan dibuat sama ada di rmh, pejabat atau di dlm perhubungan biasa di mana saja. Ajaklah lelaki berbincang, walaupun anda rasa anda mempunyai idea yg lebih baik. Mereka mahu mengambil bahagian, bekerjasama memainkan peranan dan sama2 terlibat memegang tanggungjawab. Sekiranya dirasakan lelaki tidak perlu terlibat dlm membuat keputusan, sekurang2nya maklumkan padanya walaupun dlm hal2 kecil kerana ia akan membuatkan suami rasa dihargai.
5. Berkongsi minat dan aktiviti.Lelaki seronok sekiranya dpt berkongsi minat dan aktiviti dgn org lain. Itu sebabnya mereka suka berkawan dan menghargai persahabatan. Kiranya anda tidak mempunyai minat yg sama, cukuplah sekadar menemaninya bersama memerhatikan apa yg dia suka lakukan. Kalau tidak selalu, boleh saja dilakukan sekali sekala bila ada kelapangan. Perempuan berkongsi pengalaman dengan bercerita antara satu sama lain dgn penuh perasaan dan emosi. Lelaki berkongsi pengalaman dengan melakukan aktiviti bersama. Suami memahami bahawa isteri cinta dan sayang padanya, tetapi merasa ragu2 adakah isteri menyukai kegemaran dan aktiviti yg selalu dilakukannya. Di sebalik kejayaan lelaki, berdiri seorang perempuan dibelakangnya. Perempuan yg selalu di sisi berkongsi minat, memberi sokongan moral dan galakan, menolaknya dari belakang utk terus maju ke depan.
6. Dahagakan kemesraan dan layanan.Lelaki dahagakan kemesraan dan layanan, tetapi jual mahal sedikit. Mereka mahu org lain memulakannya dahulu. Lelaki mahu memberi tetapi menunggu sehingga ia diminta. Perempuan selalu berfikir lelaki patut memulakan kerana sifat perempuan yg pemalu, dlm hal ini menunjukkan lelaki yg spt lebih pemalu. Sebenarnya lelaki terkeliru antara rasa malu dan ego. Perempuan yg dpt menambat hati lelaki ialah perempuan yg berani memulakan. Jgn segan dan malu utk meminta dari lelaki atau mengajar melakukan apa yg anda mahu lelaki lakukan pada anda.Perempuan perlu rapat dan mesra utk membolehkannya berkongsi perasaan. Lelaki berkongsi perasaan utk membolehkannya merasa rapat dan mesra. Perempuan perlukan kemesraan dan layanan baik utk merasa dicintai atau disayangi. Lelaki perlukan kemesraan dan layanan baik utk merasa dihormati.Perempuan lebih setia dalam bercinta, lelaki lebih 'flexible' dalam bercinta. Perempuan tetap menyintai walaupun tidak berusaha memberi kemesraan dan layanan baik. Lelaki boleh tertarik kepada org yg memberi layanan mesra (kerana merasa dihormati) walaupun terhadap org yg tidak dicintainya. Lelaki akan setia dalam cintanya apabila merasa dihargai. Kesetiaan itu akan kekal selamanya kerana sebenarnya lelaki dahagakan kemesraan dan layanan perempuan.
Petikan Dari : 2007' SEPTEMBER PEREMPUAN Laman Web Penulis http://www.jiwang.org/portal/redirect.php?url=http://www.mypotensi.com

2 comments:

DeLinn said...

bagus-bagus la entry u ni sharifah. very informative :-)

Sharifah Hassan said...

Salam,

Terima kasih...kebetulan jumpa yang best, copy paste kat sini sebagai rujukan diri sendiri dan sesiapa yang memerlukan!