Wednesday, April 2, 2008

Sekadar menulis...

Kecantikan di luar, tarikan perasaan, gugatan di jiwa...

kata-kata ini aku pinjam dari Marslino, yang menceritakan bagaimana perasaan aku sendiri apabila membelek buku-buku yang ada di rak bila melepak di Popular....
Membaca bagi aku adalah sumber ketenangan yang sering aku cari kerana di dalam dunia itu, aku mampu menghilangkan diri aku yang sebenarnya dan melihat dunia dari kaca mata orang lain tanpa membuat apa-apa penilaian.
Dunia yang aku cipta ini bermula seawal aku berusia 13 tahun lagi dan ia melarat sehinggalah ke zaman dewasa dan kini kerana membaca menjadi jawapan kepada banyak persoalan yang seringkali bermain di minda ku...
Kini aku beralih pula kepada blog-blog manusia yang seringkali bertopengkan dunia maya yang mungkin cuba menyembuyikan jejak langkah mereka di dunia nyata...Entahlah.
Walaupun aku tidak berapa bersetuju dengan hasil kajian yang dilakukan oleh prof-prof hebat di Tanah Malaya ini bahawa Malaysia melahirkan (oops..kena betulkan sebab dah dibetulkan oleh oleh "ano..") setengah juta penulis blog, tetapi aku juga mula menerima hakikat bahawa mempunyai blog bukan lagi satu pilihan tapi satu kemestian seperti mana yang diujarkan oleh Guru Bashid semasa bekerja dalam santai di bilik guru semalam...seperti mana yang mula dilakukan oleh dr khir toyo. Sama ada dia mula memancing pengundi berhantu yang sepi di alam nyata tapi bertaring di dunia maya, segalanya mungkin...

11 comments:

Anonymous said...

.....Malaysia melahirkan berjuta-juta penulis blog...
Correction :
Sekitar 500 000 je, belum lagi sampai berjuta-juta penulis blog di Malaysia buat masa ini.
Sumber :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13674&Itemid=28

Sharifah Hassan said...

salam,

oopss...sorry le! tersalah dengar le tu! dah dibetulkan tetapi saya masih rasa angka tu tak lojik! tapi mungkin kita sedang mengalami letusan cambahan minda dikalangan pengguna internet atau pun blog yang wujud itu sekadar wujud tapi tidak diaktifkan...harakah lebih tahu kut!

Anonymous said...

Mungkin puan tak baca website yang dilampirkan itu betul2. Angka itu dikeluarkan berdasarkan kajian oleh Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah, bukannya Harakah. Harakah cuma sebuah akhbar yang melaporkan. Saya tidak akan memperbetulkan kenyataan puan sekiranya angka itu dikeluarkan oleh akhbar tabloid Harakah yang berharga RM2.50 itu. Angka itu logik atau tidak bukan persoalan. Pendapat peribadi tidak boleh dipakai jika dibandingkan dengan statistik yang sahih sumber dan maklumatnya. Menyebut tentang itu, saya terfikir, cetek sangatkah pemikiran 'orang kita' yang lebih suka percaya pada firasat sendiri tanpa sebarang 'edisi siasat' berbanding statistik yang diperakui kesahihannya ?

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Sharifah Hassan said...

Salam,

Maaf, yang dimaksudkan dengan harakah lebih tahu ialah kerana maklumat boleh dimanipulasikan mengikut kehendak dan kesesuaian keadaan, dan belum tentu menepati statistik yang ada didepan mata.

Jika tuan Ano mengikuti perbincangan yang diadakan itu (maaf saya lupa apa nama rancangan dan tv mana), dr Abu hassan sendiri mengakui bahawa kemungkinan angka itu dimanipulasikan untuk sensasi media kerana jika kita benar-benar memgikuti perkembangan blog yang berbaur politik, tidak berlaku lambakan blog yang dikatakan mempengaruhi pengundi untuk beralih arah.

Firasat ssendiri adalah gerak hati yang boleh meletakkan kita di antara landasan yang benar atau pun salah, tetapi bukan bermakna kita cetek pemikiran sehingga gagal memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Jika tuan rajin mengkaji dan melihat situasi dari pelbagai sudut sebelum mangatakan orang kita cetek minda, mungkin kecetekan minda tu perlu dijadikan landasan mengapa berlaku keadaan itu kepada orang kita. Bukankah lebih baik melihat punca dari meletakkan keputusan?

Kebijaksanaan kita bukan diukur dengan hanya bijak menutur berasaskan fakta semata tetapi juga bagaimana kita menganalisa apa yang telah berlaku, mengapa ia berlaku dan bagaimana mengatasi keadaan tersebut...

Adakah tuan sekadar Dabik dada terlupa Tabik minda? Maaf diatas keceluparan bahasa yang tidak edit dan tidak diselidiki kesahihan faktanya!

Anonymous said...

Nampaknya saya sudah meledakkan core temperature puan tanpa disengajakan. Jika benar puan ada mengikuti rancangan TV yang melibatkan Dr Abu Hassan, pastinya puan tahu bahawa penulis blog di Malaysia bukan berjuta-juta. Yang saya pelik, tidak pulak dalam semua bahan bacaan yang memetik kenyataan Dr Abu Hassan tentang angka tersebut, turut menyatakan pengakuan beliau bahawa angka itu dimanipulasikan. Sepanjang pembacaan saya sama ada di akhbar atau penulisan ilmiah, belum lagi saya terjumpa statement yang menyatakan bahawa penulis blog di Malaysia ini berjumlah berjuta-juta orang. Puan lah satu-satunya orang yang menyatakan demikian. Itulah isu yang saya cuba bangkitkan, hingga akhirnya jadi meleret2 sehingga kini.

Puan boleh membuat sebarang tanggapan, namun hakikatnya, komen yang saya berikan adalah untuk menyedarkan puan dan penulis2 blog yang lain agar lebih berhati-hati dan bertanggung jawab semasa menulis. Lebih-lebih lagi, blog puan ini, jika diteliti, ramai pembacanya. Bayangkanlah, sekiranya apa yang disajikan diterima bulat2 oleh pembaca tanpa sebarang 'filter', (lebih2 lagi bagi pembaca remaja & awal dewasa yang kurang matang dalam membuat penilaian dan tafsiran), dan apa yang ditulis itu salah pula faktanya, bukankah itu menjadi satu 'dosa' kerana puan telah memberikan 'ajaran sesat' secara tidak disedari ? Puan sebagai seorang pendidik seharusnya lebih peka tentang perkara ini. Suatu perkara yang pasti dan tidak perlu dipertikaikan adalah...apabila kita berhujah atau berbahas, kita sepatutnya berpegang kepada data statistik yang dikeluarkan oleh badan/persatuan/pertubuhan/institusi akademik dan diiktiraf pula oleh 'Board of Advisors' kerana boleh dipercayai berbanding pendapat atau firasat sendiri yang entah apa nilai validity & reliabilitynya.

Saya bukanlah pandai pun, tapi sekurang2nya saya sentiasa memastikan saya membuat 'homework' terlebih dulu sebelum menulis atau menyampaikan sesuatu, dan yang pasti...apa yang saya sampaikan mestilah datangnya dari fakta yang diiktiraf, dan bukan sekadar menulis syok sendiri dan bangga kerana apa yang ditulis, ramai pembacanya. Teguran saya ikhlas. Terpulang pada puan dan penulis2 blog (jika membaca komen saya ini) untuk menilainya. Harapan saya agar in future, penulis2 blog di Malaysia ini lebih beretika, berhati2 & bertanggung jawab dalam penulisan masing2 supaya penulisan anda berkualiti dan tidak dipertikaikan (sperti apa yang terjadi sekarang). Terima kasih.

Sharifah Hassan said...

salam, Ano..

Saya mengakui kesilapan saya tentang angka...dan anda tidaklah menyentuh core temperature!No harm done!!

Dan terima kasih di atas peringatan dan laluan yang sedang dilandaskan untuk para penulis blog gunakan sebagai panduan...

Fakta seringkali dianggap percaturan jitu yang tidak dipertikai tetapi fakta juga boleh dianalisa dan dilihat dari pelbagai sudut untuk difahami dan digunakan sebagai panduan dan tidak semestinya sebagai ikutan...

Mungkin kerana itu saya suka memandang di luar kotak pemikiran biasa supaya kita dapat belajar menjadi juri sebelum menjadi hakim...

Anonymous said...

"Fakta seringkali dianggap percaturan jitu yang tidak dipertikai tetapi fakta juga boleh dianalisa dan dilihat dari pelbagai sudut untuk difahami dan digunakan sebagai panduan dan tidak semestinya sebagai ikutan..."

Bukan niat nak memanjangkan isu ini, tapi nampaknya puan tidak ikhlas menerima teguran saya. Sebab itulah wujud statement puan seperti di atas, sedangkan saya yakin puan tahu persis isu yang saya bangkitkan adalah ketepatan dalam menyatakan sesuatu fakta. Contohnya, kita semua tahu gunung tertinggi di dunia adalah Gunung Everest, tiba2 puan kata Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi. Sudah pasti statement puan bercanggah, kerana Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia adalah fakta, dan ianya TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN. Itulah apa yang saya maksudkan, bila kita berhujah atau berdebat, sama ada puan setuju atau tidak, fakta yang sahih TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN. Sebab itulah seorang hakim perlu jadi juri dulu, supaya dia tahu pentingnya ketepatan fakta, kerana sesuatu keputusan yang akan hakim jatuhkan adalah berasaskan fakta yang diberikan oleh juri. Bayangkan kalau juri memberikan fakta yang salah (seperti mana puan lakukan…dan nasib baik puan bukan seorang juri), bagaimana nasib sistem perundangan kita yang semakin hari semain malap ?

Sememangnya sesuatu fakta itu perlu dianalisa, difahami, dijadikan panduan dan bukan ikutan. Kalau fakta mengatakan bilangan remaja yang rosak akhlak di negara ini telah meningkat, tak kan pula itu hendak dijadikan ikutan. Itu orang tak sekolah pun tahu.

Maaf sekali lagi jika saya celupar….namun dari pembacaan saya tentang komen2 dalam blog puan, saya membuat andaian luaran bahawa puan adalah seorang yang susah menerima kritikan kerana setiap komen (bukan saja dari saya malah pembaca2 lain seperti pak ngah dan entah siapa2 lagi) akan dijawab dengan menggunakan ayat2 yang canggih, supaya nampak konon2 puan adalah seorang yang bijak pandai. Terang2 pembaca boleh rumuskan bahawa puan memberi jawapan kerana puan tak mahu dianggap kalah, walaupun jawapan puan itu hanya sekadar menegakkan benang basah atau “hampeh”. Puan sentiasa akan 'konar' kot situ atau kot sini as long as you say something. Ayat2 yang canggih merupakan senjata puan dan ibarat penyelamat kepada imej puan sebagai guru. Saya boleh faham situasi puan……maklumlah, tak kan tuan punya blog mahu dilihat sebagai ‘kalah’ dalam perdebatan, malu lah nanti kalau anak murid baca. Well, it didn’t work with me, minta maaf lah.

Saya = Kalau tak tau, mengaku tak tahu = kalau salah, mengaku salah = bukan bodoh sombong, dah salah tetap nak menang juga !

Sharifah Hassan said...

Salam...

Late's put it in a layman term ek!..

Saya tdak mengatakan bahawa saya betul tentang fakta, sebab saya dah pun betulkan fakta yang salah with due credit kepada awak!

Saya juga tidak melihat pada angka 500 000 atau berjuta-juta tetapi saya melihat kepada alamak ramainya penulis blog kat Malaysia dan kita merupakan pengguna blog yang ketiga terbesar di dunia...BIAR BETUL?

Isu yang cuba disampaikan ialah "Blog bukan lagi sebagai pilihan tetapi ia sudah menjadi kemestian".

Apa yang saya maksudkan ia supaya kita mempunyai ruang untuk berdebat dan melihat isu dari pelbagai sudut.

Menyerang secara peribadi tidak menyelesaikan masalah kerana fokus saya dalam menulis ialah

1~ mempertikai hanya pada kesilapan
2~ mencari jalan bagaimana memperbetulkan kesilapan
3~ fokus hanya pada jawapan.

Saya rasa saya menerima kesilapan saya dari segi fakta. Dan saya mengakui kesilapan saya dengan memperbetulkan kesilapan tersebut.

Apa yang ingin saya mahu para pembaca saya fikirkan ialah kalau Gunung Everest ialah Gunung tertinggi, salahkah kalau kita jadikan Gunung Kinabalu yang tercantik? Itu yang saya nak sampaikan...

Saya MINTA MAAF sebab benar kata anda! Agak susah untuk menyerah kalah bila berdebat sesuatu isu sebab saya suka kalau kedua-dua pihak dapat melihat isu tu dari pelbagai sudut tanpa tembok dan akhirnya berjabat tangan menandakan kita telah menyelesaikan isu itu dengan minda yang terbuka.

Dan saya suka apabila pembaca saya mengupas isu dengan jitu, jelas dan telus kerana itu menunjukkan pembaca blog adalah mereka yang mampu menentukan apa yang mereka tahu, ingin tahu dan telah tahu...bukan semata-mata di spoon fed dengan fakta yang tidak diketahui kesahihannya.

Bijak pandai tidak dinilaikan "cara" penulisan tetapi adakah anda sebagai pembaca bijak menilai dan pandai melihat apa yang cuba disampaikan...

Saya = MEMANG Kalau tak tau, mengaku tak tahu = kalau salah, TELAH mengaku salah = MEMANG bukan bodoh TIDAK sombong, dah salah BELUM TENTU tetap nak menang juga !

Boleh Gitu??

Anonymous said...

Ya, tentu saja boleh. Hopefully, this will be my last comment regarding the issue.

Tak kisahlah apa sekali pun isu yang diutarakan setiap kali menulis topik baru dalam blog puan, asalkan seperti yang saya beritahu hari itu, jangan menulis benda yang tak betul.

"Dan saya suka apabila pembaca saya mengupas isu dengan jitu, jelas dan telus kerana itu menunjukkan pembaca blog adalah mereka yang mampu menentukan apa yang mereka tahu, ingin tahu dan telah tahu...bukan semata-mata di spoon fed dengan fakta yang tidak diketahui kesahihannya."

Harus puan faham bahawa lebih ramai pembaca yang tidak tahu daripada yang tahu dan ramai yang tak kesah pun untuk memastikan apa yang dibaca itu sahih atau tidak. Oleh itu jika penulis melakukan kesilapan dan tiada siapa yang memperbetulkan, maka fakta yang silap itulah yang akan dipercayai oleh pembaca. Besar tanggung jawab puan sebagai penulis sebenarnya. Semoga Allah memberikan puan petunjuk agar tidak tersasar lagi dalam penulisan di masa2 depan.

Sharifah Hassan said...

"Semoga Allah memberikan puan petunjuk agar tidak tersasar lagi dalam penulisan di masa2 depan."

Salam,

Terima kasih kerana menjadi petunjuk. Pastinya satu tugas yang berat!