Permatang Pauh or Berpantang Maut?
Menang Sorak or Kampung Tergadai?
Satu Sumpah or sekadar menjadi sesumpah?
The senario is a caos!
All eyes on Permatang Pauh...all with hidden agenda in fulfilling secret proposal in achieving one's dream...who will it be?
Aku bukan seorang politikus, pastinya bukan pemerhati sekadar seorang dari lebih kurang 28 juta rakyat bumi Malaysia yang bakal menyambut kemerdekaan ke 51 tahun dalam beberapa hari lagi. Rasanya aku lebih sibuk melatih pasukan choral speaking aku dari menonton senario politik Malaysia yang semakin kucar kacir...
Malahan perbualan singkat aku dengan pengetua aku membuka minda aku untuk memikir ke mana arus politik Malaysia..Kata pengetua aku..dalam perbalahan PKR dan BN, pasti akan ada pihak ketiga yang akan masuk bertimpuh lembut dan ayu mengambil alih tampuk pemerintahan Tanah Malaya tanpa mampu ditolak oleh sesiapapun...
4 calon tetapi mata hanya tertumpu pada Arif dan Anwar dengan pelbagai pendekatan yang mengharapkan undi dari 54 ribu penduduk yang telah lama selesa bersama Anwar. Malahan kelebihan 13 ribu undi untuk Dr Wan Azizah menunjukkan bahawa mereka masih lagi kuat berpihak pada Anwar.
Akan ada masanya kita sendiri tidak dapat membuat keputusan kerana tidak ada petunjuk untuk pemberatan..."sign of significant"...maka hanya undian menjadi penentu...Setiap undi adalah harga yang tidak ada nilainya buat PKR dan UMNO...
Kita tunggu....
No comments:
Post a Comment