Hari ini adalah hari persekolahan bagi seluruh Malaysia sebagai ganti untuk sambutan Aidilfitri...
Aku pula telah dijemput sebagai penceramah jemputan di SMA Addiniyah, Jelutong. Bengkel Bahasa Inggeris itu dirancang dalam kadar adhoc memandangkan aku dijemput pada hari Selasa! Apapun aku bersedia dengan bahan-bahan yang sememangnya diguna dengan para pelajar aku selama ini. Jadi tidaklah kelam kabut cuma kepenatan sebab minggu ini juga minggu penilaian kurikulum kedua di sekolah aku.
Anisa juga bersekolah dan anak pengasuhnya bertunang pula pada hari ni. Bergegaslah aku dari SMA Addiniyah melihat anak-anak di rumah kerana tadika Sufi pula tutup hari ni! Kemudian dari sekolah aku ke sekolah Anisa pula. Sempatlah aku melelapkan mata dalam kereta 10 minit sementara menunggu dia keluar...
Semasa di kantin, semua guru pula sibuk bercerita tentang Pesta Makan Durian di Batu Gantang...nampak gayanya ada program tambahan untuk anak-anak aku petang ni! Malamnya pula mereka nak ke Kolam Air Panas di Trong! Larat ke aku nak hayun..tak tau tapi esok confirm semua akan kesiangan terutama aku...
Dalam kesibukan itu, sempat lagi aku membuat program dengan Penolong Kanan 1 untuk LADAP pada Sabtu depan. Kertas kerja aku dah diserahkan pada Ust Khairul. Kemudian aku berjumpa pula dengan KP Bahasa Inggeris memohon slot untuk membuat bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris dengan pelajar Tingkatan Tiga. Akhirnya kami bersetuju untuk melaksanakan bengkel tersebut pada 29 August 2008. Alamak...teringat pula ada appointment dengan dentist!!
Masa rehat sempat aku bersuara pada Cikgu Rosma (setiausaha peperiksaan) dan Kaunselor (Kak Azwa) untuk membuat bengkel pendedahan kertas peperiksaan pada pelajar terbaik sessi petang berdasarkan Penilaian Kurikulum 2 selepas cuti sekolah.
Semalaman berfikir panjang tentang pilihan yang perlu aku buat. Dan akhirnya aku membuat keputusan sama ada aku memilih untuk berada di sini atau di sana, kerja aku di sini tetap perlu diteruskan sehingga sampai masanya untuk aku bergerak. Itu rasanya pilihan yang terbaik. Mungkin juga kerana aku merasakan setelah apa yang sekolah ini berikan kepadaku dalam masa yang singkat perlu dibayar kembali. Barulah adil!
Satisfaction till the last drop...ek Honey?!
No comments:
Post a Comment