Bukan mudah rupa-rupanya untuk memilih. Apatah lagi apa yang dihidangkan adalah idaman kalbu!
Sejak akhir ini aku kembali mempersoalkan "apa aku nak?"
Pada bulan lepas, aku mendapat peluang untuk berkhidmat di Kementerian Pelajaran di bawah International Division kelolaan Dr Mahender Singh. Aku tahu kalau aku berada bersama dia, banyak ilmu terutama tentang pengendalian seminar, konferens yang melibatkan usahasama dengan pelbagai agensi luar negara akan ditimba Ini adalah satu peluang keemasan yang pasti akan memberi aku sebuah pengalaman yang terindah!
Dalam masa yang sama, aku semakin selesa di SMK Simpang dengan keadaan aku mula membina tapak sebagai penceramah Bahasa Inggeris di Taiping sekali gus berpeluang mengubah senario penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang datang dari tiga latar belakang yang berbeza. Malahan penglibatan aku sebagai antara tulang belakang pelaksanaan program Bahasa Inggeris di peringkat negeri juga mula membuahkan hasil.
Kedua-dua senario menjanjikan pulangan yang hebat di mana kekuatan diri aku mula dicungkil tetapi aku hanya mampu memilih satu diantara dua.
Akhirnya aku mula merujuk kepada mereka yang lebih pakar sebelum aku membuat keputusan...
belum buat keputusan lagi...atau mungkin sudah ada keputusan tetapi mengharapkan ada yang mengiyakan...
2 comments:
whoaaa! bagus la sharifah!
yang tak bagusnya...kena pilih satu je....huhuhuhu...
Post a Comment