Wednesday, August 27, 2008

Late Bloomers


"Nasib baik ada Sugardaddy tolong snap gambar"

" Kalau depan Sugardaddy mesti senyum...jeles aku..."

Anak dara sunti aku ni jarang diglamerkan sebab dia memang late bloomer..(macam aku ke?!), kata sugardaddy aku, muka Anisa memang fotostat aku...semalam masa nak keluar makan mee udang, alamak...tebal merajuknya sebab si Sufi hilangkan remote dvd! Dan ditambah pula aku membebel (aku membebel...?! biar betul!)...biliknya bersepah-sepah dengan buku dan kain baju...(serupa macam bilik aku jerrr?!) Dah kelipot-kelipot sepanjang perjalanan ke Restoren Mee Udang walau dipujuk oleh sugardaddy aku berkali-kali...(serupa macam aku jerrr?!)
Tapi aku tau macamana nak pujuk dia...hehehehe..malam ni kami joli katak kat Kedai Buku Popular! Tambah pula dia tengah exam..aku kata kalau dapat nombor satu, confirm dia boleh ber sms dengan Noor Ain pakai phone sendiri...(dia bising sebab aku dah ada 3 phone...sugardaddy kasi phone Sony Ericsson baru)
Sugardaddy tambah pulak satu lagi hadiah kat dia...free trip to Danok dan Haadyai weekend ni...warrrghhh...menyengih abis dia...
Oopss..kenapa aku jarang menglamerkan dia? Sebab aku ada project untuk dia lepas dia abis periksa ni...memandangkan banyak perkara yang terbengkalai telah aku selesaikan satu persatu...maka bolehlah aku fokus kat Anisa pula...
Setakat ni aku memang berbangga dengan pencapaian dia dalam bahasa Cina, dan aku tau dia sering dipuji oleh Guru Besar Sin Min (kembang jap bila dipuji dek Mr Ong...rupa-rupanya dia teringat kat aku masa aku terima Award Hari Guru...ayat killer dia.."ke mana lagi kuah nak tumpah kalau tak ke pinggan..fuiyoooh!!) sebab tak ramai pelajar Melayu yang boleh berbahasa Cina dan Inggeris dengan fasih...itu kelebihan dia (tapi memang susah nak dengar dia bertutur dua bahasa ini di luar bilik darjah) dan bakal ditambah lagi. Bukan apa, hanya ilmu sahaja yang mampu membangunkan nilai insaniah dalam diri seseorang. Dan rugi aku sebagai guru dan ibu tidak mengaplikasikan nilai itu dalam diri anak-anak aku...
* Macam kena introduce siapa sugardaddy aku ni...

5 comments:

DeLinn said...

kat mana restoran mee udang tu? taiping eh?

Sharifah Hassan said...

A'a...Restoren Mee Udang Zetty, di Changkat Jering, sebelah kiri menuju ke Jalan Pantai Remis, sebelah simpang ke Lebuhraya susur Changkat Jering

Anonymous said...

syok kan pergi thailand? nak nak tak ada org yg menyusahkan ikut sama... memang best!

Sharifah Hassan said...

Ala sayang...jangan la majuk! Nanti kita pi sama-sama, dua orang jer..kita makan puas2...sebut je nak makan apa....!

Anonymous said...

when u hurt that person's feelings, u tak ingat pulak, kan? and to make it up, senang ajer "kita kasi hani makan puas2, sebab dia kaki makan, tu pasal dia gemuk gedempul. nak naik kereta pun tak muat". betul?