Hari ni aku keluar rumah awal dalam pukul 10 am (kira awal la tu!) dan terus menuju ke Rumah cendawan Ali di Kamunting sebab dapat sms~ "bila free datang amik duit cendawan untuk bulan Julai". Lepas la duit dapur aku untuk bulan nih!
Dari Kamunting aku terus ke Tesco sebab si Sufi asyik merengek nak main game. Memandangkan masa masih ada, aku melilau sekitar kedai buku mencari buku-buku yang menyentap...adalah aku jumpa dua tiga buah yang bakal aku jinjing masuk kelas untuk jaga periksa (Minggu ni Penilaian Kurikulum 2)...dan seperti biasa aku akan ada satu buku English dan satu buku Bahasa Melayu.
Masa aku melilau dalam Tesco, aku mendapat panggilan dari SMK Agama Jelutong menjemput aku sebagai penceramah Bahasa Inggeris Tingkatan 3. Teringat aku pada perbualan bersama Cikgu Basid dan Cikgu Jaafar di kantin tentang kemelut Bahasa Inggeris. Dalam kesibukan aku menyediakan anak-anak aku ke bahasa ketiga dan keempat, Malaysia masih lagi berhadapan dengan kemelut bahasa. Menurut Cikgu Jaafar, buku teks Bahasa Melayu sudah mula dicetak untuk kegunaan subjek tertentu untuk 2009. Maknanya segala usaha membuka ruang dan peluang untuk anak-anak kita berbahasa Inggeris seolah-olah telah ditutup atas alasan Bahasa Melayu perlu dimartabatkan.
Aku bukanlah cendiakawan mungkin cuma penanam cendawan itupun kecil-kecilan sahaja!! Tapi bila datang bab bahasa ni, aku merasakan seperti ada kekalutan dalam menentukan halatujunya.
Kenapa perlu kita takut seolah-olah Bahasa Melayu semakin menurun nilainya? Adakah penggunaan Bahasa Melayu akan hilang ketuanannya? Sedangkan sesudah 5 tahun implementasi Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita, sudah cukup untuk menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa sangat penting untuk anak-anak bergerak ke hadapan. Malahan Malaysia rasanya sudah boleh untuk mengorak langkah untuk menyediakan anak-anak untuk bahasa ketiga...
Apapun...gaji aku jalan juga, kan honey!
No comments:
Post a Comment