Wednesday, August 13, 2008

Mencuri Cinta

Hari ni aku lepak di rumah melayan Sufi...dengan kenakalan dan kebuasan tahap gabannya menyebabkan aku kurang keluar rumah...

Dia pula semakin bijak menentukan menu makan pagi. Setiap pagi telur goreng mata dadar dua biji dengan kicap sudah cukup untuk dia mengisi perutnya!...dan aku terus memerhati dari mata kehidupan.

Selepas aku selesai menggoreng telur, aku cuma letakkan di meja dan membiarkan dia makan seorang diri kerana aku memikirkan kerja di dapur lebih penting. Tak lama kemudian, aku tengok telur goreng itu ditinggalkan di atas meja sebegitu sahaja...

Akhirnya aku faham...

Layanan yang diberi sebenarnya sama seperti bagaimana kita melayan seorang anak kecil yang manja...

Layanan..bagaimana layanan itu disampaikan dan bagaimana layanan itu diterima.
Aku pun mengambil pinggan telur dan membawanya ke depan, duduk sebelah Sufi dan menyuapnya...Rupa-rupanya dia nak dilayan. Aku sahaja yang tak faham atau aku buat-buat tak faham...

Terfikir pula macamana untuk membuatkan Sufi datang kepadaku untuk disuap dan bukannya aku ke dia untuk menyuapnya!

Dalam kehidupan seharian, kita selalu mengharap agar kita dilayan sebagaimana Sufi ingin dilayan...tetapi terfikir pula aku, adakah layanan kita setimpal dengan apa yang kita harapkan?





Adakah bermakna kita kena cari ilmu bagaimana untuk mencuri cinta?

No comments: