Monday, August 18, 2008

Peranan Kita

Sepanjang aku berjalan dan merayau sekeliling pekan Betong, aku perhatikan banyak ragam manusia. Dan setiap mereka membawa peranan masing-masing.
Ada yang tugasnya membawa tuk-tuk..maka itulah kepakaran mereka. Ada yang menjadi pemandu pelancong, maka dari situlah mereka membina kehidupan mereka. Ada pula yang menjadi tukang masak, memuaskan hati pelanggan agar datang lagi ke kedai mereka. Ada pula gadis-gadis manis yang tugas mereka menyediakan ruang buat lelaki menikmati syurga dunia..dan mereka akan melakukan kerana itulah peranan mereka dalam dunia ini.
Betong adalah sebuah pekan lebih kurang 170km dari bandar Taiping. Pekan yang menghalalkan apa yang diharamkan di Malaysia. Syurga dunia buat lelaki yang berniat untuk menghabiskan masa mereka dengan bersukaria.
Kenapa destinasi aku kali ini ke sana? Sebab aku cuba memahami perwatakan dan perbezaan manusia hanya melalui sekelumit kebebasan yang ada di tangan mereka.
"There are two sides of the coin"...maka setiap yang baik pasti ada yang buruk...
Jika mereka seorang yang jahat, pasti hati kecil mereka suci dan bersih. Jika mereka seorang yang alim dan baik, pasti sekali hati kecil mereka busuk dan kotor. Itulah watak manusia yang sebenar-benarnya. Tapi seringkali kita bertopengkan hipokrasi semata-mata untuk mendapat apa yang kita idamkan...
Akhirnya aku kembali ke syurga kecil ku dan tatkala aku melelapkan mata, aku memahami bahawa walau sukar dan payah untuk kita menjalankan peranan kita di dunia ini, itulah peranan kita di pentas dunia...dan kita dibayar dengan pelbagai cara. Tidak ada yang percuma. Hanya sama ada kita sabar untuk menerima bayaran itu atau kita menukar peranan kita dan mengalami sedikit kerugian dan sedikit pengalaman!

No comments: