Wednesday, December 3, 2008

Road Not Taken


Rempuh atau U-turn?

aku pening dan aku bungkam.

Akhirnya habis semua orang aku kacau minta melayan aku..Terima kasih semua!

Aku telah terima ini pada 2 Disember...







Cuma kini berlaku beberapa jangkaan yang diluar jangkaan.
Setelah setahun menunggu dengan penuh sabar agar kontrak setahun bersama Kementerian Pelajaran tamat kerana kursus ke luar negeri tahun lepas, aku berkira-kira untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Beberapa pilihan telah aku pertimbangkan dan pada peringkat awalnya aku lebih selesa untuk menyambung di Michigan University dalam bidang Technical Education (hampir sama seperti Pengurusan Pendidikan). Sebenarnya aku sudah mendapat tempat dan tajaan untuk ke sana pada Julai yang lalu. Ada beberapa tempat lain yang turut menjadi pilihan aku iaitu sama ada ke German atau ke UK. Malahan ada juga pilihan ke Jepun.
Namun begitu, dalam masa yang sama aku sedang melalui fasa yang sangat kritikal dalam hidup aku menyebabkan aku perlu memilih sama ada untuk keluarga atau karier. Malahan selepas itu, satu tawaran untuk berkhidmat di Kementerian Pelajaran di bawah Unit International Affair juga amat menarik untuk dipertimbangkan. Begitu juga peluang sebagai Pegawai Bahasa di PPD Kinta Selatan. Sekali lagi aku perlu memilih.
Lalu aku beralih kepada solat istikharah dan solat hajat dan tahajud yang banyak menenang sekaligus membantu aku membuat keputusan. Akhirnya aku memilih untuk menyambung di peringkat tempatan sahaja dan mengenepikan lain-lain peluang. Pilihan yang ada ialah sama ada aku ke USM atau ke UPSI. Memandangkan ramai teman rapat aku yang pernah belajar di UPSI mengatakan kos dan sistemnya yang lebih fleksibel, aku memilih untuk ke UPSI. Selain dari itu, aku juga cuba membina rangkaian teman-teman yang berada di sekitar Tanjung Malim dan yang sewaktu dengannya.
Dan semalam aku menerima surat tawaran rasmi dari UPSI. Inilah ketikanya masalah sebenar timbul. Aku rasa untuk belajar di luar negeri tak seteruk belajar di tempat sendiri....
Sekarang aku sedang berkira-kira untuk memohon pertukaran ke Tanjung Malim untuk memudahkan urusan persekolahan Anisa dan urusan belajar aku. Cuma kekosongan yang ditawarkan ialah di Slim River dan Trolak. Sekali lagi kami bertiga perlu bersedia untuk keluar dari zon selesa dan memulakan kehidupan baru selepas 8 bulan di berkampung di laman sendiri.
Kekangan yang aku hadapi jika berulang dari Taiping ialah
1. Mode B: Aku perlu bersedia untuk bergerak sendiri apabila 2 sahabat aku rupa-rupanya mempunyai keadaan yang berbeza dengan aku. Jangkaan aku bahawa kami bertiga akan membuat Mode B tidak lagi berlaku kerana si A mendapat tawaran biasiswa, maka kelasnya tidak sama dengan aku. Kemudian si R pula memilih membuat Mode A kerana tidak mahu terikat dengan disertasi, pun dengan kemungkinan dalam tempoh 2 tahun itu, tidak akan bersama dengan aku kerana berlainan Mode.
2. Hari Jumaat: Aku mengajar di sessi petang, menyebabkan aku terkejar-kejar antara mengurus Anisa kerana Jumaat adalah hari yang paling sibuk untuknya kerana hari itu dia ada kelas tambahan, kelas komputer dan ko kurikulum.
3. 340km pergi balik: Aku perlu berulang-alik sejauh itu setiap minggu dengan membawa Anisa dan Sufi setiap minggu sambil aku perlu menyusun kelas tambahan untuk Anisa yang akan menduduki UPSR tahun 2009 dan seorang pengasuh untuk Sufi yang perlu bersedia menjaganya dari jam 3pm hingga 11 mlm pada hari Jumaat dan 8am hingga 6 pm pada hari Sabtu.
4. Rumah: Untuk bermalam di hotel dengan 2 orang anak memang tak praktikal langsung! Jadi sekarang aku perlu memikirkan untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa untuk 3 orang. Satu perbelanjaan tambahan!

Aku sedang memikirkan untuk U-turn je! Tak perlu mendaftar di UPSI dan tahun depan memikirkan untuk terus sambung ke luar negara. Cuti-cuti ni memang sesuai kalau aku fokus untuk ambil Toefl exam je.
Tapi hari ini tawaran Hadiah Latihan Persekutuan 2009 telah dikeluarkan. Aku telah mengisinya dengan harapan aku akan dapat cuti belajar. Tetapi dalam masa yang sama aku juga perlu bersedia jika aku tidak mendapat tawaran biasiswa tersebut...

2 comments:

Anonymous said...

Akhirnya keputusan mesti dibuat dan hanya satu yang terpaksa dipilih. Semoga keputusan Puan itu tepat dan insya-Allah lebih baik dari yang lain-lainnya. Tahniah

Sharifah Hassan said...

Salam cikgu!

Hari ni ke PPD batang padang. Semua kekosongan telah diisi. Maka kemungkinan saya ditempatkan di Tapah atau Bidor. Cadangan lain ialah saya ke SMKA Slim River. Jadi lepas ke Tapah, saya ke Unit SPI di JPN bertemu dgn Ustaz Zahari. Pun belum ada keputusan tetapi memang ada guru BI yang mohon ke kinta utara.

Insyaallah, akan ada jalan keluar dlm beberapa hari lagi...Yang penting usaha..cuma kena gigih sikit la..

Baru ada satu keputusan iaitu akan mendaftar di UPSI pada 13 Disember ni. Lepas tu baru ditentukan keputusan yang lain!