Hari ni, aku agak kelam kabut ke sekolah, tak lewat cuma ada kerja yang kena selesaikan selepas beberapa hari outstation. Bila aku menempuh Politeknik tetiba,
"mak, hari ni sekolah cuti.." anak dara aku bersuara..
"aik, kenapa?"..aku pula kebinggungan kerana tidak ada apa-apa makluman tentang cuti sekolah..
"hari ni kena pegi daftar tingkatan satu.."..jelas Anisa satu persatu. "Mak datang amik ya?"..mintanya lagi!
"Okay tapi kena tunggu mak, lambat sikitla, mak kena ke sekolah dulu, nanti tunggu depan sekolah, ok?" balas aku..panjang lebar!
Terus aku memecut ke sekolah dulu, punch in, kemudian mengadap PK Hem, ada mesyuarat di SMKAK, hari Isnin ni...sejak akhir-akhir ni banyak outstation. Anak-anak aku pun dah mula berbunyi, boring sebab aku kerap sibuk! Terkejut juga PK Hem, bila aku minta kebenaran untuk keluar ke sekolah anak, tambah bila dijelaskan tentang tentang pendaftaran Tingkatan Satu...menyengih je aku!
Sesampai je di depan SRJK (C) Chung Sin, aku terus mencari kelibat si Anisa, relax je dia dengan file peribadinya,
" ke mana?" soal aku.
"Methodist!"...sengihnya..
Pada awal, ada ura-ura dia kena ke SMK Khir Jo, tapi akhirnya ke SMK Methodist pula. Mana-mana pun okay, yang penting anak aku mula memahami perbezaan antara sekolah rendah dan menengah.
Agaknya kami ni memang awal...belum ramai lagi ibu bapa yang mendaftar, tapi ada beberapa muka yang aku kenali...antaranya Dr Ong, pensyarah Rekabentuk Penyelidikan Sem lepas..anaknya juga ke tingkatan satu di Sekolah Methodist.
Bagi aku yang menarik ialah aku dan anak dara aku mencipta susur galur yang sama...Aku juga dari SMK Treacher Methodist di Taiping dan dia di SMK Methodist Tg Malim. Tapi komen anisa yang membuat aku tersenyum...
"lama mana akak nak sekolah di sini, mak pun bukan akan duduk lama kat sini...!" Mungkin dia teringatkan perbincangan kami anak-beranak tempohari.
"Tak apa akak, yang penting akak enjoy sekolah kat sini, banyak benda yang akak dapat belajar kat sini...Masa depan, lain kira!"
Nampak gaya, Anisa semakin memahami tuntutan tugas aku yang banyak menuntut perubahan dan pergerakan.
Banyak perkara disebut tentang perbezaan sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara berbezanya seorang kanak-kanak dan seorang remaja.
Dah besar dah anak aku! Abis je, kami terus balik ke sekolah aku, untuk bersarapan..sempat aku mengintai peluang baru dengan pegawai BPI tentang peruntukan yang bakal diberikan kepada sekolah melalui UPSI.
Tapi komen pengetua membuatkan aku tersengih macam kerang busuk....
"Tapi awak kan akan....?!" komennya..