Wednesday, November 18, 2009

Sejenak Berfikir

Radikal kah aku?

Terlalu open minded kah aku?

Aku bersembang lama dengan best friend aku, journalist dari The Star yang datang ke sekolah untuk menghantar voucer pizza hut semperna NIE Mag Pizza Hut 2009. Alhamdulillah 156 orang pelajar mengambil bahagian untuk tahun ini walaupun hanya dalam tempoh 2 minggu.

Selalunya banyak perkara yang dibincang dan didebat...sekadar untuk memahami dan mengerti kenapa berlakunya sesuatu keadaan...

Dalam banyak-banyak isu ialah bagaimana kita belajar untuk melihat kekuatan seseorang berbanding mencari kesalahan.

Budaya ini masih kurang dalam masyarakat Malaysia sebab aku sering kali dianggap tidak sesuai bermastautin di Malaysia..hehehehe!

Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan pendapat aku tetapi  terpulang kepada kehendak diri sendiri. Berdirilah dengan pendapat dan pemikiran sendiri..

Bagaimana kita belajar tidak menyalahkan sesuatu dan belajar menerima bahawa semua manusia melakukan kesilapan dan tidak salah untuk silap. Belajar dari kesilapan dan perbetulkan. Cuma dalam masyarakat kita, terlalu cepat untuk menyalahkan seseorang dan mencari kambing hitam untuk disembelihkan sehingga timbul keadaan yang tidak selesa.

Masih ada di antara kita yang tidak mampu meluahkan apa yang terbuku dalam hati tetapi melepaskan geram ibarat "Marahkan nyamuk, bakar kelambu"...Itulah hebatnya budaya kita dengan yang tersirat sehingga apa yang tersurat gagal disampaikan dengan sempurna.

Lama kami berbincang tentang kegagalan...Kenapa Malaysia yang hebat, kaya dengan sumber asli, mempunyai tenaga kerja yang berkualiti tinggi tapi masih gagal menyaingi Singapura dan kini Thailand semakin hebat di persada dunia. Bayangkan 20 tahun lalu matawang RM lebih tinggi dari Dollar Singapore tetapi di awal 90an, kita semakin jauh ketinggalan. Sekarang matawang Bath  semakin meningkat dan kita masih lagi terkial-kial. Terbaru, Thaksin menjadi penasihat ekonomi Kemboja, dan pastinya dalam tempoh 15 tahun, negara kecil ini akan menyaingi Malaysia.

Persoalannya, kenapa kita masih gagal?

Aku sendiri berhadapan dengan insiden sebegini dalam kehidupan. Peluang demi peluang dicari untuk meningkatkan diri tetapi akhirnya aku belajar satu perkara. Di Malaysia, adalah budaya biasa untuk menyalahkan...semuanya buruk dan tidak betul. Perkara yang baik dan betul tidak disebut, disimpan sebagai petanda bahawa anda berada di landasan yang betul! Pemahaman aku ialah...kita akan sentiasa memperbesarkan perkara yang salah sehinggakan akhirnya kita sentiasa merasakan apa yang bakal dilakukan atau yang telah dilakukan akan ada yang salah. Semua orang ingin betulkan orang lain sehingga  terlepas pandang pada kebaikan dan kekuatan yang ada dalam diri seseorang. Kenapa kita tidak pernah memberi peluang untuk seseorang itu bangun dengan kekuatan dan mengenepikan kelemahannya agar kelemahan itu dibaiki oleh kekuatan yang wujud dalam dirinya. Mengukir kehebatan bermakna mengukir kekuatan dengan mencungkil bakat tetapi kalau kelemahan yang dijadikan panduan dalam usaha meningkatkan kuasa diri seseorang, akhirnya pasti dia akan patah...

Mungkin lebih mudah memandang semua orang baik walaupun beliau ialah seorang pencuri, atau pembunuh sebab mesti ada sebab berlakunya keburukan sebegitu dalam hidupnya.

Musibah selalu diapit oleh dua kemudahan...kejahatan selalu diapit oleh dua kebaikan...yang mana satu ingin dipandang?

1 comment:

Anonymous said...

Stainless Steel Magnets - titanium arts
Ironing the Stainless Steel Magnets (4-Pack). Made in titanium flat iron Germany. หาเงินออนไลน์ The Titanium Arts Stainless https://deccasino.com/review/merit-casino/ Steel Magnets are an 바카라 alloy made of steel in stainless steel