Thursday, November 19, 2009

Alhamdulillah

Phone aku tertinggal di rumah... dan aku pula sibuk menyelesaikan tugasan di sekolah sebelum sekolah berakhir, terutama menguruskan kertas peperiksaan pelajar dan tugasan musim cuti sebelum pulang ke kampung masing-masing! Dalam masa yang sama, hati aku berdebar-debar, ada dua perkara penting hari ni!!

Anak-anak teruna aku di dewan sedang berperang dengan kertas Bahasa Inggeris, yang sangat ditakuti mereka...dan dalam masa yang sama aku tertunggu juga apa yang digapai oleh anak sulung aku untuk UPSRnya.

Aku menunggu pada pukul 2 untuk mengetahui keadaan kertas Satu SPM Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, seperti dijangkakan...soalan-soalan jangkaan aku menepati sasaran dan formula yang diberikan digunakan sepenuhnya. Sekarang mereka sedang berperang dengan kertas Dua tapi aku yakin mereka mampu!

Akhirnya aku bergegas balik seusai semua urusan sekolah. Sampai di rumah,

"Akak call mak tadi, tak dapat!"

Aku diam je, suka tengok responnya yang sedang belajar menarik perhatian aku!

"hmm..akak tolong check phone mak ke?!"

"a'a...abah sms tadi tanya!"

Aku diam je...menunggu!

"Ini keputusan akak..!"

Alhamdulillah... sesungguhnya berkat doa dan usahanya membuahkan hasil. Sememangnya pencapaiannya melebihi jangakauan aku sendiri. Dan pasti keputusan UPSR ini akan menanam semangat untuk berusaha lebih kuat untuk PMR. Kelebihan yang ada pada dirinya memang bakal dimanafaat sepenuhnya di SMK Methodist tahun hadapan. Oleh kerana dia sudah kembali ke aliran biasa, maka lebih mudah untuk memastikan kekuatannya diukir sepenuhnya!

Memandangkan dia mengambil 7 mata pelajaran, leganya aku bila dia mampu lulus 6 mata pelajaran! Yang tidak mampu dibawa adalah penulisan Bahasa Cina...laluan sukar kalau berlatar belakangkan Melayu sepenuhnya!

Tahniah dari Mak, Abah dan adik-adik!

No comments: