Apabila semuanya berakhir...
Hari ni, aku mengambil seharian merayau-rayau menghabiskan masa dengan anak-anak meredakan perasaan yang membuak-buak...bukan marah tapi lebih untuk belajar perbezaan antara manusia..
Akhirnya aku membuat kesimpulan tersendiri, ibarat kata seorang bijaksana, manusia ini seperti jari-jari di tangan sendiri, tidak ada yang sama dan serupa tetapi setiap satu mempunyai kelebihannya dan kepentingannya yang tersendiri.
Kadang-kadang kita akan kalah dengan sikap orang sekeliling dan ada masanya kita berasa kitalah yang hebat menangani keadaan. Namun aku tetap bepegang pada satu, hasil diakhir keadaan itu, adakah ia akan berpihak kepada aku atau ia akan berpihak kepada pihak satu lagi. Bersediakan kita untuk membiarkan ia berpihak kepada pihak satu lagi?
Hari Sabtu yang lalu, AJK Kelab Guru yang terdiri dari guru-guru baru di SMKA Slim River berusaha merealisasikan Hari Keluarga aka Yaumul Sakinah! Penat tak terkata apatah kalau kena handle hadiah. Nasib aku malang sebab berkursus dari Isnin sehingga Rabu. Hari Khamis pula menyelesaikan urusan Pendaftaran Anisa ke Tingkatan Satu. Hari Jumaat pula sibuk menyiapkan minit mesyuarat JPMS dan laporan EMIS ke PPD. Dalam masa yang sama urusan Hari Keluarga dibantu oleh AJK lain yang memang mantap tapi bila tiba harinya, yang tinggal hanya beberapa orang je.Jenuh beb! Terkial-kial semua orang. Namun aku pasti semuanya berhasrat untuk memberikan yang terbaik. Kesian aku tengok pengerusi dan naib pengerusi serta beberapa AJK (termasuk aku!!) terkejar sana sini memastikan semuanya berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas. Mak aku lagi brutal...dia kata nampak 3 orang je yang bekerja!!! hehehehe...
Sayangnya bila semuanya telah berakhir dan barulah pahat berbunyi.
Persoalan dalam kepala aku ialah kenapa lebih ramai yang hanya bijak menuturkan yang negatif tanpa memikirkan apa yang telah diberikan dan apa yang telah diterima? Kenapa tidak melihat kepada kenapa berlakunya satu-satu keadaan tanpa melihat pada kelemahan terlebih dahulu. Pasti akan ada hati yang terkucil dan tercabar, itu belum lagi yang tercalar.
Aku sentiasa memegang iktibar pada kejadian di subuh hari semasa Latihan Membina Semangat di zaman maktab bila emosi didera sehingga mengamuk dan ada yang kecundang emosi akibat keletihan dan kepenatan, hanya dengan kejadian satu-satunya kasut yang kering dicuri oleh AJK untuk melihat tahap kesabaran peserta. Ketika itu aku kalah kerana aku tidak tahu dan tidak memahami. Tetapi kini aku rasa aku banyak menurunkan pengalaman itu kepada ramai orang dalam diam, dalam bising dan pastinya dalam bodoh!...Teringat aku pada sepotong ayat yang aku sebut berulang kali sehingga ditanya oleh kawan aku semasa aku merayau mencari kedai menjual monitor komputer di Petaling Jaya...
He who can keep a secret can never tell a lie...
Berapa ramai di antara kita mampu menyimpan rahsia tanpa berbohong?
No comments:
Post a Comment