A large number but is it really meaningful?
Hari ini, semuanya bercerita tentang keputusan UPSR, berkongsi kisah anak-anak, suka duka anak-anak yang kali pertama menduduki ujian besar sepanjang persekolahan.
Semuanya berdiskusi secara ilmiah dan secara retorik tentang angka yang begitu besar, namun bagi guru-guru yang mengajar di sekolah menengah selalu berdepan dengan masalah ini dan seringkali hairan dengan realiti yang berlaku...ABM (Apa, Bagaimana dan Mengapa!!)
48, 171: Adakah ini hanya angka yang diberikan tetapi adakah ia bakal menjadi kayu pengukur kepada kemampuan kita melahirkan modal insan yang "berkualiti"...
Adakah nombor itu hanya satu klise untuk memberikan gambaran bahawa kita sudah ok?
Sedangkan guru-guru yang telah @ pernah mengajar di sekolah rendah dan kini mengajar di sekolah menengah sering kali cuba mencari pertalian antara pencapaian UPSR dan PMR kerana...dari 48, 171 pelajar yang mendapat 5 A, hanya separuh sahaja yang bakal cemerlang PMR.
26,378(PMR 2008) orang pelajar mendapat A bagi semua mata pelajar menunjukkan bahawa kita kehilangan separuh dari mereka yang telah cemerlang semasa UPSR. Apa telah jadi kepada mereka? Malah di antara 26, 378 pelajar tersebut, ramai di antara mereka mendapat pencapaian sederhana semasa UPSR.
SMKA Slim River juga berhadapan masalah yang sama...171 pelajar Tingkatan Satu sekarang, purata adalah pelajar 5A dan 4A tetapi hanya 20% sahaja yang bakal cemerlang dalam PMR..Mengapa?
Begitu jugalah masalah yang dihadapi di MRSM, SBP dan lain-lain sekolah menengah cemerlang...Bilakah kita menemui formula bagi masalah ini? Jangan menyalahkan atau mencari kesalahan sesiapapun, sama ada ibu bapa atau pendidik atau anak-anak itu tetapi carilah penyelesaian kepada keadaan ini dari ia terus berlarutan. Manakala ibu bapa yang memiliki anak-anak yang cemerlang di peringkat awal tersenyum lebar penuh kebanggaan di atas kejayaan kecil anak ini, hati-hati kerana apabila anak ini berdepan dengan PMR dan SPM, ia bukan lagi satu perkara enteng...
Kita ada ramai guru-guru hebat di sekolah menengah, malah ramai yang memiliki ijazah sarjana dan PhD...tetapi mengapa masalah ini masih gagal diatasi?
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment