Monday, August 11, 2008

Pesta Durian


Hari Sabtu 9hb Ogos, aku sempat membawa anak-anak aku makan durian sepuas-puas hati mereka. Dan memang nasib kami baik pada petang itu sebab walaupun acara sudah sampai ke penghujung tetapi En Halim, urusetia yang masih ada sudi melayan kami anak beranak menikmati pelbagai jenis durian. Menurut Encik Halim, dia mula bertugas sejak pukul 1 am malam sebelumnya dan rasanya dia pun dah kepenatan. Apa tidaknya dalam dia sedang mengopek durian tiba-tiba aku melihat dia memegang jarinya macam kena duri. Rupa-rupanya tangannya dah mengalami kejang. Nasib baiklah aku selalu menyimpan bekalan 'Tiger Balm' dalam beg aku...dan ada pula member dia yang sudi mengurut tangannya. Lepas tu, aktiviti kami bersambung sampai aku pun tak lalu nak makan. Tapi yang paling best, aku dapat bekalan sebiji buah durian! Ingat nak berselemoih dengan anak-anak aku makan nasi durian kat rumah...tapi last sekali lain pula jadinya sebab dari situ, kami ke Kamunting jumpa tokey cendawan dan kemudiannya ke Seri Malaysia sebab aku kena siapkan brosur untuk kursus cendawan untuk ahli LKIM Kuantan. Dah alang-alang dekat dengan Lake Garden, sempatlah anak-anak aku bermain jap. Maka cadangan nak ke Kolam Air Panas dibatalkan sebab semua dah keletihan...


Boringnyeeeeer....


Au rasa aku tak leh duduk melingkau je! kena pikir projek baru. Tak leh jadi bila asyik melahu je dari pagi sampai petang...akhirnya aku membuat keputusan "mengpehognek" HP photosmart 2.01 yang diinstall bersama printer baru aku! Tambah pula aku guna laptop DELL Latitude yang lama dan banyak pula songehnya. Malam tadi aku pun mengadap laptop aku cuba guna card reader yang dibeli di Bangkok.. 40 baths je (macamlah kat Malaysia tak ada! ~ orang beli souvenir cun, aku cari benda macam tu je!)
Fuiyoo...cantik la..siap boleh print direct guna glossy paper! Kira lepas ni aku boleh bukak kedai gambar sendiri! Kisahnya sebab aku ke kedai gambar tanya ghega burn CD...RM 10! Walamak mahalnya.
:: Kadang-kadang kita nak kena cari pencetus untuk melakukan perkara yang selama ni kita ketepikan...Bukan malas tapi "untuk apa?"

Saturday, August 9, 2008

Semaknya Sabtu Aku!

Hari ini adalah hari persekolahan bagi seluruh Malaysia sebagai ganti untuk sambutan Aidilfitri...
Aku pula telah dijemput sebagai penceramah jemputan di SMA Addiniyah, Jelutong. Bengkel Bahasa Inggeris itu dirancang dalam kadar adhoc memandangkan aku dijemput pada hari Selasa! Apapun aku bersedia dengan bahan-bahan yang sememangnya diguna dengan para pelajar aku selama ini. Jadi tidaklah kelam kabut cuma kepenatan sebab minggu ini juga minggu penilaian kurikulum kedua di sekolah aku.
Anisa juga bersekolah dan anak pengasuhnya bertunang pula pada hari ni. Bergegaslah aku dari SMA Addiniyah melihat anak-anak di rumah kerana tadika Sufi pula tutup hari ni! Kemudian dari sekolah aku ke sekolah Anisa pula. Sempatlah aku melelapkan mata dalam kereta 10 minit sementara menunggu dia keluar...
Semasa di kantin, semua guru pula sibuk bercerita tentang Pesta Makan Durian di Batu Gantang...nampak gayanya ada program tambahan untuk anak-anak aku petang ni! Malamnya pula mereka nak ke Kolam Air Panas di Trong! Larat ke aku nak hayun..tak tau tapi esok confirm semua akan kesiangan terutama aku...
Dalam kesibukan itu, sempat lagi aku membuat program dengan Penolong Kanan 1 untuk LADAP pada Sabtu depan. Kertas kerja aku dah diserahkan pada Ust Khairul. Kemudian aku berjumpa pula dengan KP Bahasa Inggeris memohon slot untuk membuat bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris dengan pelajar Tingkatan Tiga. Akhirnya kami bersetuju untuk melaksanakan bengkel tersebut pada 29 August 2008. Alamak...teringat pula ada appointment dengan dentist!!
Masa rehat sempat aku bersuara pada Cikgu Rosma (setiausaha peperiksaan) dan Kaunselor (Kak Azwa) untuk membuat bengkel pendedahan kertas peperiksaan pada pelajar terbaik sessi petang berdasarkan Penilaian Kurikulum 2 selepas cuti sekolah.
Semalaman berfikir panjang tentang pilihan yang perlu aku buat. Dan akhirnya aku membuat keputusan sama ada aku memilih untuk berada di sini atau di sana, kerja aku di sini tetap perlu diteruskan sehingga sampai masanya untuk aku bergerak. Itu rasanya pilihan yang terbaik. Mungkin juga kerana aku merasakan setelah apa yang sekolah ini berikan kepadaku dalam masa yang singkat perlu dibayar kembali. Barulah adil!
Satisfaction till the last drop...ek Honey?!

Friday, August 8, 2008

Pilihan


Bukan mudah rupa-rupanya untuk memilih. Apatah lagi apa yang dihidangkan adalah idaman kalbu!


Sejak akhir ini aku kembali mempersoalkan "apa aku nak?"


Pada bulan lepas, aku mendapat peluang untuk berkhidmat di Kementerian Pelajaran di bawah International Division kelolaan Dr Mahender Singh. Aku tahu kalau aku berada bersama dia, banyak ilmu terutama tentang pengendalian seminar, konferens yang melibatkan usahasama dengan pelbagai agensi luar negara akan ditimba Ini adalah satu peluang keemasan yang pasti akan memberi aku sebuah pengalaman yang terindah!


Dalam masa yang sama, aku semakin selesa di SMK Simpang dengan keadaan aku mula membina tapak sebagai penceramah Bahasa Inggeris di Taiping sekali gus berpeluang mengubah senario penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang datang dari tiga latar belakang yang berbeza. Malahan penglibatan aku sebagai antara tulang belakang pelaksanaan program Bahasa Inggeris di peringkat negeri juga mula membuahkan hasil.


Kedua-dua senario menjanjikan pulangan yang hebat di mana kekuatan diri aku mula dicungkil tetapi aku hanya mampu memilih satu diantara dua.


Akhirnya aku mula merujuk kepada mereka yang lebih pakar sebelum aku membuat keputusan...


belum buat keputusan lagi...atau mungkin sudah ada keputusan tetapi mengharapkan ada yang mengiyakan...

Thursday, August 7, 2008

And they say : He's Teribble Three

Melayan kerenah Sufi memang menguji kesabaran aku. Rumah memang Syurga untuk dia menambahan kerja-kerja di luar spesifikasi aku dan kakaknya! Semakin kerap aku mengemas semakin suka dia menyepah dan menumpahkan segala macam minuman dan makanan. Sabor je lah!



Tetapi dia sudah mula menampakkan "keplayboyannya" bila dengan mudahnya dia dapat mencairkan hati wanita di sekelilingnya!
Aku sendiri kalah bila "difrench-kissednya"!

Wednesday, August 6, 2008

Nak Beli Barang dari USA?

Aku dapat email yang menarik dari Fezah, rakan yang aku kenali masa aku ke Chicago untuk Malaysia Midwest Games. Dia sedang buat Phd di Michigan tajaan USM. Best kan dengar!

Tapi yang lagi best dengar ialah dia pun dah mula berjinak-jinak dengan bisness online. Aku pun dah mula dapat idea gak nih!

Apa yang dijual...rasanya baik dilawati sendiri kedai jenama mereka!

Dari apa yang aku lihat, ramai yang memesan seluar levi's. Setahu aku kat sana banyak barang berjenama yang murah dan berkualiti. Cuma aku ni tak kisah sangat jenama apapun asalkan sedap dipakai.

Kemelut Bahasa Inggeris

Hari ni aku keluar rumah awal dalam pukul 10 am (kira awal la tu!) dan terus menuju ke Rumah cendawan Ali di Kamunting sebab dapat sms~ "bila free datang amik duit cendawan untuk bulan Julai". Lepas la duit dapur aku untuk bulan nih!
Dari Kamunting aku terus ke Tesco sebab si Sufi asyik merengek nak main game. Memandangkan masa masih ada, aku melilau sekitar kedai buku mencari buku-buku yang menyentap...adalah aku jumpa dua tiga buah yang bakal aku jinjing masuk kelas untuk jaga periksa (Minggu ni Penilaian Kurikulum 2)...dan seperti biasa aku akan ada satu buku English dan satu buku Bahasa Melayu.
Masa aku melilau dalam Tesco, aku mendapat panggilan dari SMK Agama Jelutong menjemput aku sebagai penceramah Bahasa Inggeris Tingkatan 3. Teringat aku pada perbualan bersama Cikgu Basid dan Cikgu Jaafar di kantin tentang kemelut Bahasa Inggeris. Dalam kesibukan aku menyediakan anak-anak aku ke bahasa ketiga dan keempat, Malaysia masih lagi berhadapan dengan kemelut bahasa. Menurut Cikgu Jaafar, buku teks Bahasa Melayu sudah mula dicetak untuk kegunaan subjek tertentu untuk 2009. Maknanya segala usaha membuka ruang dan peluang untuk anak-anak kita berbahasa Inggeris seolah-olah telah ditutup atas alasan Bahasa Melayu perlu dimartabatkan.
Aku bukanlah cendiakawan mungkin cuma penanam cendawan itupun kecil-kecilan sahaja!! Tapi bila datang bab bahasa ni, aku merasakan seperti ada kekalutan dalam menentukan halatujunya.
Kenapa perlu kita takut seolah-olah Bahasa Melayu semakin menurun nilainya? Adakah penggunaan Bahasa Melayu akan hilang ketuanannya? Sedangkan sesudah 5 tahun implementasi Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita, sudah cukup untuk menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa sangat penting untuk anak-anak bergerak ke hadapan. Malahan Malaysia rasanya sudah boleh untuk mengorak langkah untuk menyediakan anak-anak untuk bahasa ketiga...
Apapun...gaji aku jalan juga, kan honey!

Mencari Jawapan

Ada banyak sekali pertanyaan pada benak kita, namun terkadang jawabannya tidak mewakili keinginan kita. Pertanyaan-pertanyaan yang kita ajukan selalu mendapat jawaban yang tidak sederhana. Kita duduk di bangku sekolah untuk mendapatkan pengertian tentang sebuah ilmu. Namun para guru memberikan definisi dan teori untuk memahamkan muridnya. Sekali lagi, kefahaman itu tidak mampu dicerna oleh semua muridnya.Kita banyak melupakan sejarah belajar dan menerima pengajaran para nabi dan orang-orang alim masa lampau. Mereka menerima kefahaman terlebih dahulu baru mengajarkan sebuah ilmu. Dimasa kita masih balita, apakah yang kita dapatkan dari seorang ibu ? sebuah pengajaran dan belajar yang sangat unik dan ajaib. Beliau mengajarkan bagaimana menerima pengajaran tanpa kata-kata (parenting), sangat sederhana dan mudah difahami secara utuh (holistic). Ibu tidak pernah mendefinisikan bagaimana rasa kasih sayang dan cinta itu, tidak pula mengajarkan bagaimana cara menghisap air susu. Kita hanya diam untuk memahami sebuah pengertian yang mengalir begitu saja. Kefahaman yang utuh !! Kita menggeliat di pembaringan berbulan-bulan, merangkak, mencoba berdiri lalu jatuh, berdiri, lalu jatuh lagi, ribuan kali ! Ibuku menyaksikan proses itu ... kita hanya diajarkan untuk memahami yang terjadi dalam jiwa kita, sebuah naluri yang merasuk dalam sukma. Mengerti itu adalah sebuah fenomena yang unik dan sederhana. Selama ini konsep kita terbalik !! kita belajar sebuah “pengertian” dari definisi, uraian, penjelasan dan perumpamaan, akhirnya kita tetap tidak mengerti secara utuh. Bagaimana Allah mengajarkan sesuatu kepada makhluknya? Melalui Apa? Sebuah kefahaman yang bisa dimengerti oleh apa saja dan siapa saja, sangat mudah dan tidak njelimet. Yaitu Sebuah kata tanpa suara (shaut) dan tanpa huruf (harf). Adalah kata-kata Tuhan yang paling sederhana dan mudah kita terjemahkan kedalam bahasa verbal. Kita sudah menerima itu semua, baik berupa ilham baik (taqwa) maupun ilham buruk (fujur). Tanpa mengenal bahasa-Nya, kita akan mengatakan: - Mengapa Shalat khusyu’ itu sulit dilakukan?- Mengapa berbuat jahat itu lebih mudah sedangkan berbuat baik memerlukan upaya yang luar biasa? - Mengapa setiap berdoa sulit memahami jawabannya?
My Comment:

Semua orang sentiasa mencari-cari arah kehidupannya. Siapa tuhannya dan pada siapa dia bertuhan? Ketika aku kalut dan hilang arah selalunya kedai buku adalah penenang terbaik aku. Buku ini aku temui secara tidak sengaja semasa mencari sesuatu untuk sahabatku...

Aku bukan ingin membuktikan bahawa aku tahu tetapi aku lebih ingin memahami kenapa aku berada dalam kehidupan sebegini. Kenapa perlu aku melalui semua ujian dan perlukah aku lulus cemerlang dalam setiap ujian yang aku lalui?

Paling aku tertarik ialah bagaimana kehebatan Al Quran disingkap dengan olahan yang mudah:
~ ayat-ayat yang dihamparkan di mata...bermakna apa yang dikisahkan dalam Al Quran sama seperti mana yang dilihat di alam nyata. Jika aku ingin memahami isi Al Quran, maka aku hanya perlu melihat pada dunia yang terdampar...

Terasa kerdilnya aku...


Nostalgia Cinta

TIDAK banyak yang hendak kufikirkan tentang hidup ini dalam usia 63 tahun sekarang. Kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia sudah lama lenyap dari diri ini.
Sebenarnya semasa muda pun aku amat berwaspada dalam hidup ini. Walaupun aku punya seorang kekasih sebelum mendirikan rumah tangga dengan Aziz, tetapi kekasihku itu seorang yang amat taat kepada Allah. Selama empat tahun aku berkawan dengannya, aku rasa belum sekalipun dia menyentuh kulitku.
Lebih-lebih lagi dalam usia tua sebegini. Sudah senja kata orang. Kerana umur emas sebegini sebenarnya amat rapuh. Jatuh sedikit boleh pengsan atau lumpuh seumur hidup. Sehari dua demam boleh membawa kematian. Memang hidup dan mati itu urusan Allah, tetapi kita mesti beringat-ingat. Bila tiba waktunya, tidak terlebih atau terkurang walau sesaat, mati pasti terjadi kepada sesiapa.Kata ulama, mengingati mati itu sunat. Dengan mengingati mati kita akan tingkatkan ibadah dan takwa kepada Allah. Tetapi terlalu mengingati matipun tidak disuruh kerana mungkin melalaikan seseorang untuk berusaha, bukankah manusia itu ada tanggungjawabnya? Kalau beribadat sepanjang hari tanpa mahu bekerja dan berusaha berdosa juga.Aku tidak mahu menjadi penganut Islam yang melampau seperti itu.
Aku sentiasa menjaga batas-batas halal dan haramnya. Semoga aku berjaya di dunia dan akhirat. Sebenarnya aku lebih banyak belajar tentang pengertian hidup ini daripada Zabidi, bekas kekasihku. Dia adalah semacam ustaz yang banyak mendorongkan aku untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik dan mulia.
Jodoh
Tapi sayang jodohku tiada bersama Zabidi. Aku terima hakikat bahawa jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Sebagai hamba-Nya aku reda. Aku reda atas segala ketentuan itu. Aku seorang guru lepasan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Durian Daun, Melaka (MPPM). Zabidi juga seorang guru lepasan Pusat Latihan Guru, Bukit Baharu, Melaka (PLG). Kami mula bertemu dan berkenalan ketika ditempatkan secara kebetulan di sebuah sekolah kebangsaan di Durian Tunggal dalam latihan pengenalan sebelum dihantar ke sekolah lain dalam latihan amali.Kami bertemu, berkenalan dan bercinta dengan penuh kesopanan. Dia menghormati aku dan aku juga amat menghormatinya. Bila ada kelapangan kami bertemu, biasanya di siang hari dan di tempat-tempat terbuka. Kami pernah juga menonton filem-filem bermoral. Kami tetap tidak pernah bersentuhan.Setelah tamat latihan aku balik ke Pahang, negeri asalku dan mengajar di sebuah sekolah Cina di Mentakab. Zabidi pula balik ke Kedah dan mengajar di sekolah Cina juga, di Jitra. Hubungan kami terus berjalan secara surat menyurat. Jarang sekali kami dapat menggunakan telefon sekolah atau telefon awam.
Setelah tiga atau empat bulan kami berutus surat, tiba-tiba Zabidi bagaikan membisu. Beberapa pucuk surat yang kukirim tidak dijawab. Aku cuba menelefonnya, entah kenapa, telefon di sekolah itupun bagaikan tidak sudi menerima panggilan dariku.Aku merasa amat hampa dan kecewa. Kalau dekat sudah lama aku pergi mencarinya. Kedah dan Pahang terlalu jauh pada awal tahun 60-an itu. Pengangkutan awam seperti teksi atau bas, tidak semudah sekarang. Sekarang segala-galanya canggih. Telefon boleh dibimbit ke mana-mana. Boleh berhubung pada setiap detik walau di mana pun kita berada.
Tetapi zaman dahulu semuanya merumitkan.Bila Zabidi menyepi, hatiku kuat menyangka bahawa Zabidi telah punya kekasih lain. Mungkin sudah ada wanita lain yang dapat menawan dan memikat hatinya. Bagaimanapun aku menunggu dan terus menunggu.
Tiga bulan selepas putus perhubungan, tidak disangka-sangka diri ini ada orang yang berhajat untuk dijadikan teman hidup. Dia juga seorang guru. Aziz namanya, dua tahun lebih tua dariku. Dia guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Pada mulanya aku menolak. Hatiku amat kuat berpaut kepada Zabidi, Tetapi kerana sangkaan yang bukan-bukan mengusik di hati, menyebabkan kasihku terhadap Zabidi menjadi nipis. Ayah dan ibuku berkeras supaya menerima Aziz sebagai calon suami. Aziz pula sebenarnya bukan orang lain denganku. Kami dua pupu.
Selepas bertunang selama enam bulan, maka kamipun diijabkabulkan. Walaupun aku telah menjadi isteri Aziz, ingatanku kepada Zabidi sentiasa menjelma. Rindu, kasih dan sayangku padanya bagaikan tidak dapat dipisahkan. Antara mahu dengan tidak aku mesti memaksa diriku untuk melupakannya. Lebih-lebih lagi aku telah menjadi isteri orang. Aku mesti menumpukan ketaatan dan kesetiaanku hanya kepada Aziz. Tetapi bagaimana kalau tiba-tiba Zabidi muncul di Mentakab ini untuk menemui aku? Apa yang harus aku jawab kalau dipersoalkan kejujuranku dalam percintaan? Tetapi Zabidi juga mesti harus jujur dan rasional dalam membuat pertimbangan. Aku tidak berniat untuk memutuskan hubungan cinta itu. Mungkin dia sudah ada pilihan. Kalau tidak, kenapa surat-suratku tidak dijawab.
Tidak disangka-sangka aku menerima surat daripada Zabidi yang menyepi sekian lama. Dia meminta maaf kerana tidak menjawab surat-surat dariku dan antara lain, katanya:
“Sudah lebih setahun kita terputus hubungan. Sebenarnya aku telah mendapat kemalangan, Rozita. Suatu pagi setahun lalu ketika aku sedang menunggu bas untuk ke sekolah, tiba-tiba aku dilanggar oleh sebuah kereta yang berselisih dengan lori. Walaupun aku tidak patah di mana-mana, tetapi hampir sebulan aku pengsan kerana kecederaan di otak. Selepas pulih dari pengsan, aku menjadi seorang yang amat pelupa, Terkadang-kadang aku pengsan juga. Setahun lamanya aku beralih tugas, daripada seorang guru kepada seorang tukang kebun. Allahamdulillah, sejak akhir- akhir ini ingatanku pulih semula. Aku mula mengingatimu dan membaca surat-suratmu yang tidak sempat aku baca dulu.”
Aku teramat dukacita membaca suratnya dan terasa amat bersalah terhadap seorang lelaki yang jujur, ikhlas dan baik akhlaknya. Aku amat bersedih. Rasa sedih itu kusampaikan kepada Aziz, suamiku tidak cemburu. Sebaliknya dia juga bersimpati terhadap nasib yang menimpa Zabidi.
“Sepatutnya Zita beritahu abang tentang hubungan Zita dengan Zabidi, sebelum kita berkahwin,”
demikian pernah diucapkan oleh Aziz yang amat aku sanjungi dan hormati.
Kecewa
Dan dengan rasa malu dan kecewa, aku membalas surat Zabidi. Kataku:
“Aku mohon berjuta kemaafan darimu. Bila tidak menerima surat-suratmu, aku fikirkan kau sudah melupakan aku. Atau kau sudah ada yang lain sebagai pengganti. Kalau aku tahu kau mendapat kesusahan, akan aku tunggu kau sehingga ke akhir hayat. Kerana silap sangka dan salah faham itu, aku telah mengabaikan cinta sucimu. Aku telah berkahwin, Zabidi. Aku berkahwin dengan Aziz, dia juga seorang pendidik seperti kita. Ampunilah segala kesalahanku itu.”
Suratku itu menjadikan Zabidi senyap dan sepi. Aku yakin dia tentu terlalu hampa bila membaca suratku itu. Memang sepatutnya aku berterus-terang. Aku tidak mahu dia ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu. Akupun rasa tidak perlu mencari dan menghubunginya lagi. Aku telah bersuami. Walaupun suamiku tidak marah dan cemburu aku menghubungi Zabidi sebagai sahabat, tetapi aku sendiri rasa tidak manis. Aku perlu menjaga hati suami.
Tiga tahun lalu suamiku meninggal kerana penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Empat puluh tahun lamanya aku berkongsi hidup dengannya dan kami dikurniakan empat orang anak. Keempat-empatnya perempuan. Tiga daripadanya telah berkahwin dan beranak-pinak sejak suamiku masih hidup lagi. Anak bongsuku masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, telah pun bertunang. Entah bila tarikh perkahwinannya belum pasti.Suamiku meninggal dalam usia 43 tahun. Sebelum meninggal dia seorang ahli korporat yang berjaya, dia berhenti menjadi guru selepas sepuluh tahun mendirikan rumah tangga denganku, selepas itu dengan seorang rakan dia menceburi bidang perniagaan. Dari peniaga kereta-kereta terpakai sehinggalah menjadi pengusaha dan pengedar batik di beberapa negara di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika Syarikat.
Entah mengapa selepas setahun suamiku meninggal, aku benar-benar dilanda kesepian dan kesunyian. Buat beberapa bulan aku tumpukan perhatian pada agama, aku mengaji al-Quran, aku ke masjid atau surau untuk mendalami ilmu agamaku. Waktu kesepian itu juga, aku dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamunya bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.Dan apabila aku balik dari menunaikan haji, ingatanku kembali kepada Zabidi. Terasa ingin bertemu dengannya. Terasa aku ingin melahirkan rasa cinta, kasih dan sayangku padanya yang tiba-tiba aktif semula dalam diriku ini.
Teringat-ingat
Sebenarnya semasa berada di Tanah Suci aku sering teringat-ingat dan terpandang-pandang wajah Zabidi. Dan aku berdoa ketika di Madinah dan di Mekah supaya aku dipertemukan semula dengannya. Aku juga berdoa agar Zabidi pun ada menyimpan sedikit rasa cintanya kepadaku. Kalau diizinkan Allah, aku ingin bertemu dan bernikah dengannya walaupun aku terpaksa menjadi isteri kedua, aku rela.Penentuan Allah tidak siapa yang menduganya.
Pada suatu pagi ketika aku sedang mengaji al-Quran, tiba-tiba telefon di rumahku berdering. Aku menutup al-Quran seketika untuk menjawab panggilan telefon itu.Alhamdulillah, doaku dimakbulkan Allah. Yang menelefon aku itu ialah Zabidi. Katanya dia mendapat nombor telefon ku daripada seorang guru bernama Yahya yang sama-sama mengajar di sekolah Cina. Dia bertemu Yahya ketika di Mekah, sedang membuat umrah bersama isterinya.Sejak itu, hubungan kami terus berjalan, kalau dia tidak menelefon, aku akan menelefonnya.
Kami saling menceritakan sejarah hidup masing-masing. Kadang-kadang kami bercakap tentang cinta dan kasih sayang yang pernah terjalin pada zaman muda dahulu. Masih terasa indah dan manis walau tidak bersentuhan. Tetapi semuanya menjadi nostalgia sahaja.
“Cinta kita bersih. Kita selalu bertemu tetapi tidak pernah tersentuh,” kataku pada suatu petang ketika dia memanggil aku.
“Kita menjaga batas-batas agama,” kata Zabidi.
“Bersentuhan dengan orang bukan mahram, hukumnya haram, masuk neraka jawabnya.”
Setelah hubungan telefon kami agak erat, aku mula bertanya,” Masih ada cintakah lagi kepada saya?”Zabidi terdiam sejenak. Terdengar bunyi ketawanya dari dalam telefon itu.
Dia semacam mempersendakan aku.“Jawablah,” aku mendesak.
“Tidak saya nafikan, saya memang masih cinta, kasih dan sayang kepadamu. Awak adalah kekasih pertama saya. Tapi kita sudah tua sekarang. Sudah masuk umur emas. Lagipun kita berjauhan. Lupakan saja soal cinta itu. Aku pun sudah ada isteri dan empat anak,” katanya semacam mahu menolak cintaku.
“Tua kita buat cara tua. Jauh bukan masalah zaman sekarang. Malah ada orang Malaysia berkahwin dengan orang Mekah. Tidak ada masalah pun. Yang penting, kita hidupkan cinta kita yang sudah berkubur, lagipun orang lelaki boleh berkahwin hingga empat orang, bukan?”
“Aku tidak pernah terfikir untuk berkahwin lebih dari satu,” kata Zabidi.
“Aku kesepian, Zabidi. Aku tahu kau seorang alim, warak dan baik akhlak. Aku hendak kau bimbing aku. Aku hendak kau temankan aku ke Mekah. Suamiku dulu meninggal belum sempat menunaikan haji. Lagipun aku ada duit. Aku boleh bantu kau,” demikian kataku yang amat mengharapkan kasih dan simpati darinya.
Hubunganku dengan Zabidi terus berjalan. Dia pada mulanya liat untuk menyegarkan cinta yang sudah terkulai itu, akhirnya mengakui juga, dia tidak dapat melupakan aku. Lalu aku dan Zabidi menetapkan tarikh untuk bertemu di Kuala Lumpur, di Zoo Negara.
Bertemu
Beberapa hari kemudian sampai tarikhnya, seawal tujuh pagi aku telah bertolak dari Mentakab ke Kuala Lumpur. Zabidi juga bertolak diwaktu yang sama dari Jitra. Lebih kurang jam sebelas pagi kami bertemu di ruang letak kereta di hadapan pintu masuk zoo.
“Awak nampak muda lagi,” kataku setelah menjawab salam Zabidi. Dia terlebih dahulu memberi salam padaku.
“Awakpun nampak muda macam baru berumur tiga puluh tahun saja,” Zabidi pula mengusik aku.Kami kemudian masuk ke dalam zoo. Keadaan kami seperti ketika zaman muda-muda dahulu. Kami berjalan bersaing tetapi tidak bersentuhan. Kami lawati sangkar-sangkar dan kandang-kandang binatang sambil berbual tentang cinta zaman muda-muda dulu.
“Niat yang baik ini patut kita segerakan,” kataku.
“Insya-Allah,” kata Zabidi.
“Tapi tidakkah nanti orang menuduh aku ini gelapkan harta kau. Kerana kau orang berada.“Peduli apa orang nak cakap,” kataku.
“Kau hebat,” kata Zabidi.
“Kenapa?” Tanyaku.
“Aku tak sangka pada saat tua begini, cintamu terus menyala,’ terang Zabidi.
“Aku memang sayangkan kau. Lagi cepat kita bernikah, lagi baik, kataku bersungguh- sungguh.
“Aku hormati dan sanjungi cintamu yang kental itu.”
“Saya juga menghormati cinta cikgu kepada Zabidi,” tiba-tiba seorang wanita memotong perjalanan kami yang berhasrat untuk ke sebuah restoran.
“Siapa awak?” Tanyaku penuh hairan.
“Sepatutnya empat puluh tahun dulu cikgu telah berkahwin dengan Abang Zabidi. Tapi cikgu tidak sabar. Cikgu mudah menyangka yang tidak-tidak. Sekarang sudah terlambat, Cikgu Rozita."
“Siapa awak?” Aku mengulangi pertanyaan.
“Saya Zarina, isteri Zabidi.”
“Oh, Tuhan, apakah ini sesuatu yang sengaja dirancangkan?” aku kehairanan.
“Maafkan aku,” kata Zabidi. Dia gugup nampaknya.
“Ini sesuatu yang dirancang?” aku mengulangi pertanyaan.
“Benar,” kata Zarina.
“Tapi kenapa?”
“Abang Zabidi sudah bersumpah dengan saya untuk sehidup semati.”
“Betul,” kata Zabidi memotong cakap isterinya.
“Selepas kau kecewakan aku, Zarinalah yang menyegarkan hidupku semula. Aku tidak akan memungkiri segala janjiku padanya.”
Aku tunduk. Rasa sedih, sayu dan pilu menyelinap masuk ke dalam hatiku. Zarina segera memeluk dan mencium dahi dan pipiku.
“Kita mengaku saudaralah dunia dan akhirat,” kata Zabidi pula.
“Ya, kita bersaudara.” Zarina mencelah.
Aku menyepi dan menangis di hati. Aku tidak boleh memaksa sesiapapun untuk menyintai aku. Pertemuan dan percintaan kedua setelah terpisah empat puluh tahun yang lalu menambahkan lagi nostalgia-nostalgia cinta kami.

Mencipta Wanita Idaman

Lelaki suka:

Sikap kelakar
Budi pekerti dan kesopanan
Murah hati
Senyuman manja
Pandai memasak
Pandai dalam mengenakan pakaian
Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
Tak mudah naik angin
Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
Tak terlalu seksi dalam berpakaian
“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
Berwawasan atau bercita-cita tinggi
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Sikap keibuan
Sukakan kanak-kanak
Suara lembut tanpa dibuat-buat
Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
Tahu bersyukur
Pandai berjimat-cermat
Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:

Wanita yang suka mengumpat
Sombong dan bongkak
Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
Hisap rokok
“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
Wanita yang hipokrit
Pembohong dan suka mencari alasan
Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
Pengotor dan pemalas
Tak bertanggungjawab langsung
Tak pandai mengemas
Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
Kuat berleter walau hal remeh temeh
Boros berbelanja
Tak tahu memasak
Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
“Queen Control” atau suka mengarah-arah
Tak pandai bergaya atau selekeh
Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
Panas baran
Kuat merajuk dan sukar dipujuk
Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Atas Nama Cinta

kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT…Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA.Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…
CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat. TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.
MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.
Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Nur Saliha
My Comment:
Adakah kita perlu mencari cinta tanpa benar-benar mengerti nilai sebuah cinta? Kenapa kita perlu meletakkan harga pada sebuah cinta jika kita sendiri tidak menghargainya?
An advice to a dear friend. Look for love within yourself and when you find it, others will love you more than yourself. You know better bebeh!

Tuesday, August 5, 2008

Malaysian Hell

A Malaysian dies and goes to hell. There he finds that there is a different hell for each country.He goes first to the German hell and asks:
"What do they do here?"
He is told:
"First they put you in an electric chair for an hour. Then they lay you on a bed of nails for another hour. Then the German devil comes in and whips you for the rest of the day."
The man does not like the sound of that at all, so he moves on. He checks out the American hell as well as the Russian hell and many more. He discovers that they are all more or less the same as the German hell.
Then he comes to the Malaysian hell and finds that there is a very long line of people waiting to get in. Amazed he asks
"What do they do here?"
He is told:
"First they put you in an electric chair for an hour. Then they lay you on a bed of nails for another hour. Then the Malaysian devil comes in and whips you for the rest of the day."
"But that is exactly the same as all the other hells - why are there so many people waiting to get in? "
"Because maintenance is so bad that the electric chair does not work, someone has stolen all the nails from the bed, and the devil is a former Govt servant, so he comes in, signs the register and then goes to the canteen for teh-tarik..."

Monday, August 4, 2008

Kehidupan

Kita semua dikurniakan sebuah kehidupan yang kita lakarkan mengikut warna yang kita pilih. Istimewanya kehidupan kita ibarat ia sebuah anugerah yang hanya milik kita semata-mata dan bukan untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja.
Aku memilih untuk "live life to the fullest"... sebab aku berhak untuk hidup dengan cara yang aku ingini. Maka pilihan yang dibuat dalam hidup aku adalah demi kebaikan diri aku dan pastinya yang terbaik untuk aku...
Adakah aku mementingkan diri aku sendiri? Mungkin ya dan mungkin tidak tetapi ia berbalik pada apa yang aku kembalikan pada kehidupan jua. Jika aku inginkan yang terbaik, pastinya aku akan memberikan yang terbaik walaupun yang terbaik yang aku berikan bukanlah yang terbaik di mata yang memandang. Namun begitu, aku telah menjalankan peranan aku.
Harapan aku pada kehidupan ialah...aku akan mendapat apa yang aku harapkan dan begitu jua dengan mereka yang hidup di sekeliling lingkaran kehidupan aku...

Monday, July 28, 2008

SMK Simpang


SMK Simpang menyambut Ulangtahun ke 25 pada 26 Julai 2008! Kelas aku (1A1) telah diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan di hadapan orang besar dari Kementerian Pelajaran.

Latihan intensif bermula 3 minggu sebelum sambutan. Aku kagum dengan mereka kerana aku akui bahawa mereka memang lemah dalam Bahasa Inggeris kerana tidak ada pendedahan yang banyak masa di sekolah rendah menyebabkan tahap keyakinan mereka sangat rendah...tapi aku yakin bahawa mereka mampu memberikan yang terbaik!

Beberapa hari sebelum persembahan, mereka menerima baju batik yang ditempah khas oleh pihak sekolah sebagai pembakar semangat untuk mereka melakukan yang terbaik! Aku pun dapat sepasang baju batik dengan corak yang sama sebagai tanda aku adalah penyokong mereka no 1.

Latihan diadakan di mana-mana ruang yang tersedia. Keadaan ini pada mulanya menjadikan mereka malu dan segan tapi akhirnya mereka membina keyakinan kerana mereka mula merasa nikmat "memberi yang terbaik".


Kali pertama mereka membuat latihan di atas pentas! Pendedahan demi pendedahan diberikan oleh Cikgu Elly tentang bagaimana lenggok choral speaking melalui video pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan 2005. Dari situ, pelajar aku mencedok dan meniru mimik muka dan membina keyakinan untuk berhadapan dengan penonton yang rata-rata masih belum pernah melihat atau mendengar persembahan choral speaking.


Full dress rehearsal yang sebenarnya mengagumkan aku sebab walau ramai yang tidak yakin bahawa mereka tidak akan bersedia untuk membuat persembahan tapi akhirnya aku tahu mereka akan berjaya!

Latihan memanaskan suara pelajar lelaki sebelum persembahan diadakan di tapak roll call sessi petang. Nampak jelas keyakinan diri yang sudah mula terserlah yang membuatkan aku tersenyum walaupun mereka tahu Puan Sharifah ialah guru yang serius! Aku serius??? Biar betul...

A pat on the back for a job well done!

Friday, July 25, 2008

WHAT IS MARRIAGE???

1. Marriage is not a word. It's a sentence (a life sentence).

2. Marriage is love. Love is blind. Therefore marriage is an institution for the blind.

3. Marriage is an institution in which a man loses his Bachelor's Degree and the woman gets her masters.

4. Marriage is a three-ring circus: engagement ring, wedding ring and suffering.

5. Married life is full of excitement and frustration: In the first year of marriage, the man speaks and the woman listens. In the second year, the woman speaks and the man listens.In the third year, they both speak and the neighbour listens.

6. Getting married is very much like going to a restaurant with friends.You order what you want, and when you see what the other person has, you wish you had ordered that instead.

7. There was this man who muttered a few words in the church and found himself married. A year later he muttered something in his sleep and found himself divorced.

8. A happy marriage is a matter of giving and taking; the husband gives and the wife takes.

9. Son: How much does it cost to get married, Dad? Father: I don't know son, I'm still paying for it.

10. Son: Is it true Dad? I heard that in ancient China, a man doesn't know his wife until he marries her. Father: That happens everywhere, son, everywhere.

11. Love is one long sweet dream, and marriage is the alarm clock.

12. They say that when a man holds a woman's hand before marriage, it is love; after marriage it is self-defense.

13. When a newly married man looks happy, we know why. But when a 10-year married man looks happy, we wonder why.

14. There was this lover who said that he would go through hell for her. They got married, and his prediction came true.

16. When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him keep her.

17. Eighty percent of married men cheat in America, the rest cheat in Europe.

18. After marriage, husband and wife become two sides of a coin. They just can't face each other, but they still stay together.

19. Marriage is man and a woman become one. The trouble starts when they try to decide which one.

20. Before marriage, a man yearns for the woman he loves. After the marriage the "y" becomes silent.21. I married Miss right; I just didn't know her first name was Always.

22. It's not true that married men live longer than single men, it only seems longer.

23. Losing a wife can be hard. In my case, it was almost impossible.

24. A man was complaining to a friend: I HAD IT ALL-MONEY, A BEAUTIFUL HOUSE, THE LOVE OF A BEAUTIFUL WOMAN, THEN POW! IT WAS ALL GONE. WHAT HAPPENED, asked his friend. He says MY WIFE FOUND OUT.

25. WIFE: Let's go out and have some fun tonight. HUSBAND: OK, but if you get home before I do, leave the hallway lights on.

26. At a cocktail party, one woman said to another: AREN'T YOU WEARING YOUR RING ON THE WRONG FINGER? The other replied, YES, I, AM. I MARRIED THE WRONG MAN.

27. Man is incomplete until he gets married, then he is finished.

28. It doesn't matter how often a married man changes his job, he still ends up with! the same boss.

29. A man inserted an ad in the paper - WIFE WANTED. The next day he received a hundred of letters and they all said the same thing - YOU CAN HAVE MINE.

30. When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of one thing - either the car is new or the wife is.

Friday, July 18, 2008

Pesta Air VS Pesta Kerja

Balai Polis Simpang pada jam 6.45pm

Simpang,hari ni bermandikan hujan yang cukup sinonim dengan "nestled amist the wet town of Taiping". Cuma yang bestnya ialah hujan kali ini membersihkan bukan sahaja luar kawasan rumah tapi termasuk dalam rumah!...Terima kasih hujan rahmat sebab sesiapa yang segan nak bersih rumah, nampak gayanya hari nilah masanya untuk membuat Gotong Royong Perdana...

Aku pula seperti biasa cool je dalam kalut sebab nak meraih simpati...tapi...waaaargh!!! jantung aku jangan ditanyalah bagaimana rasanya sebab aku baru sangat pindah ke rumah dengan semua kelengkapan baru yang kira habis jugalah sebelah tangan! Sabar...dan terus sabar!
Lewat petang tadi kebanyakan guru di sekolah mula kalut sebab ada ramai guru sessi pagi datang untuk bertugas dan mereka memberitahu bahawa beberapa kawasan di Simpang sudah mula dinaiki air..aku pula..heheheh..relax je sebab memikirkan kawasan rumah aku tu tinggi
Tapi bila aku tengok Balai Polis Simpang dinaiki air melebihi satu kaki, aku dah mula panik. Bila aku buat U-turn dan melihat kawasan rumah aku sudah dilimpahi air...masyaallah...innalillah dah semua barang-barang dalam rumah aku.
Aku pun call la kawan-kawan, meraih simpati sambil mendapatkan ketenangan bahawa ini dugaan je...
Sebenarnya dalam kepala aku dah risau bila tengok kedai fotostat yang sudah mula kelam kabut, confirm bahan aku sangkut...dan seperti yang dijangkakan, mereka tidak dapat menyiapkan bahan tersebut sebab mereka lebih sibuk untuk selamatkan mesin mereka. Bahan-bahan tu pula nak digunakan untuk Ceramah Muet Kertas 4 di SMK Raja Shahriman, Beruas esok pagi pukul 8.30 am...Nampak gayanya aku kena fotostat semua di Beruas sebelum ke sekolah. Dan yang paling best, aku tak tau sekolah tu kat mana. Esoklah dalam kereta baru fikir. Apapun paling penting sekali ialah RUMAH KU kekal SYURGA ku sebab air tak masuk.
Leganya!

Depan Makmal Komputer pukul 6.15 pm tempat anak murid aku berlatih Choral Speaking untuk Sambutan Jubli Perak SMK SIMPANG. Bunyi macam Datuk Alimuddin nak rasmikan. Pada masa yang sama aku terlibat sebagai urus setia untuk Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Perak di SERATAS, kerat dua la nampak gayanya!

Depan Bilik Guru pada jam 6.30pm, air di padang dah macam tasik, bergenang dan berkocak...

Jalan utama sebelum ke Lorong Tembusu, rumah aku pada jam 6.50pm. Rupa-rupanya rumah di kawasan dalam taman mengalami kebanjiran air yang teruk. Harap-harap adalah bantuan derma kilat dari Nizar atau DAP! Masa ni la kalau nak tunjuk perihatin ke tidak..


Permandangan depan lorong nak ke rumah aku...Menurut budak Cina tu, rumah lorong ni tak ada yang dimasuki air..leganya aku!





Kira-kira 20 minit menunggu, belum ada apa-apa perubahan, maka aku terus ke Kg Boyan ambil Sufii bila mengetahui bahawa kakak masih di rumah pengasuhnya dan rumah mereka di naiki air. Pastinya aku tak dapat buat apa-apa selagi air belum surut.

Dalam pukul 7.30pm lepas aku dah ambil Sufi, air dah mula surut tapi aku masih lagi kerisauan memikirkan air yang bergenang dan barang-barang dalam rumah tu.
Pukul 8 malam, aku masih lagi menanti dalam kereta untuk air surut. Takut juga kereta sangkut. Menambahkan masalah lagi. SO sabar!


Botol yang tersadai di pagar rumah aku...Cit ada juga jenama nih!
Bila pagar rumah dibuka jam 8.15 malam...wah leganya bila tengok lantai rumah kering. Tapi kesian pula bila tengok jiran di seberang sana sibuk berGotong Royong Perdana. Sekali imbas macam nak raya pulak!

Friday, July 11, 2008

Neraca Nafsu dan Akal

<Wanita>:~ ego hanya dinaikkan apabila ego tercalar dan merasakan dirinya terkucil dari arus landasan dan tidak bersedia menerima situasi yang diluar keinginannya.

<Lelaki>:~ ego naik jika harapan dan keinginannya dimanipulasi.

Neraca Nafsu dan Akal
Keadaan ini merujuk kepada 9 akal dalam diri seorang lelaki dan 9 nafsu yang beraja dalam jiwa seorang wanita. Pertembungan antara akal dan nafsu seringkali melahirkan suasana yang menjadi 1 akal dalam wanita dan 1 nafsu yang beraja dalam jiwa lelaki berkocak dan bertentang sehingga berlaku letusan emosi yang membuak di mana akhirnya kedua-dua hati lelaki dan wanita itu sendiri terluka dan tersentuh!
Keadaan ini seringkali mewujudkan perbezaan di antara seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadi penentu dalam membentuk kesaksamaan dalam pemikiran dan pemahaman tentang diri masing-masing.
Jika wujud keadaan seorang wanita itu berjaya menyamakan 1 akal yang dikurniakan setaraf dengan 9 akal yang ada dalam diri seorang lelaki maka wanita itu dikatakan mencabar ego kelelakian itu.
Jika wujud pula keadaan seorang lelaki yang berjaya menyamakan 1 nafsu yang dikurniakan setaraf dengan 9 nafsu yang beraja dalam diri seorang wanita maka lelaki itu dikatakan sudah kehilangan kelakiannya.
Maka bagaimana mampu kita meletakkan satu neraca yang dapat mengukur tahap nafsu dan tahap akal yang bersesuaian untuk melahirkan persefahaman yang melahirkan satu hubungan yang sihat antara lelaki dan wanita?
PakNgah?
Anonymous?
4334?
Azlan?
Arsaili?
RestnRelax?
dan sesiapa sahaja yang berjaya mengupas keadaan ini dengan minda yang terbuka?

Loss of Program Associate Alice Swanson


Hari Rabu kelmarin masa aku sendiri pun tak berapa sihat, aku menerima email dari Joyce menyatakan salah seorang dari IREX program associate mereka telah mengalami kemalangan basikal dan meninggal pada usia 22 tahun...


Kadang-kadang banyak perkara yang berlaku adalah diluar jangkaan. Itulah agaknya yang menyebabkan aku cuba mencapai apa yang aku ingin capai dalam hidup ini sebelum mati menjemput aku. Dan bila aku melihat kembali apa jua matlamat dan cita-cita yang aku inginkan itu, aku sentiasa menyerahkan hasil akhirnya pada tangan yang Esa kerana kemampuan aku hanyalah pada memulakan langkah ke arah apa yang aku rancang tapi Yang Esa jua yang bakal menentukan adakah usaha aku itu cukup untuk aku mendapat apa yang aku idamkan...

Monday, July 7, 2008

Antara bacaan yang aku simpan...


Satu panduan berumahtangga.

Bagaimana Bagi Mengekalkan Keintiman dengan Pasangan Walaupun TanpaMelakukan Hubungan Seksual
Dalam hubungan suami isteri, persoalan seks adalah amat penting. Kepuasan dalam kehidupan seks menentukan rasa puas hati terutamanya kepada lelaki. Namun begitu harus difahami bahawa rasa puas hati dan kepuasan seks ini tidak berhubung kait dengan kekerapan membuat hubungan seks. Perkara paling penting dalam memuaskan kedua belah pihak adalah apa yang dikatakan sebagai keintiman. Dalam kata lain faktor seks hanyalah salah satu faktor kepada kepuasan rumah tangga, dan faktor yang paling penting adalah mewujudkan suasana keintiman. Pasangan yang intim adalah mereka yang berasa hubungan di antara mereka adalah erat dan rapat.
Satu persoalan timbul, tidak adakah hubungan kait di antara intim dan seks?
Ya, memang ada kaitan cuma mengikut kajian pak ar psikologi seks bukanlah faktor wajib dalam keintiman. Maksudnya, sepasang suami isteri yang kurang melakukan seks boleh menjadi lebih intim daripada mereka yang kerap melakukan seks.
Namun begitu dalam situasi lain, aktiviti seks yang berkualiti dapat meninggikan lagi keintiman yang sedia ada. Ertinya, pasangan yang sedia intim apabila menikmati hubungan seks yang baik, mereka menjadi lebih intim lagi. Seks yang berkualiti adalah seks yang dilakukan dengan rasa rela, bersungguh-sungguh dan saling memuaskan. Ia tidak semestinya dilakukan dengan mengambil waktu yang panjang serta diiringi orgasma yang tinggi ataupun berkali-kali.
Berbalik kepada persoalan intim tadi, bagaimana sebenarnya mewujudkan keintiman tanpa melakukan hubungan seksual. Ini disebabkan pandangan terdahulu sudah dinafikan dengan pernyataan bahawa faktor intim dan faktor seks adalah berbeza cuma mereka lengkap melengkapi sahaja.
Sebelum kita pergi kepada bagaimana mewujudkan keintiman kita melihat bagaimana kita hendak mengukur darjah keintiman.
Kayu Ukur Keintiman

Perhubungan suami isteri yang memuaskan adalah perkara yang penting dalam sesebuah rumah tangga. Bagaimanakah kita mahu mengukur darjah kepuasan ataupun keintiman itu?
Keintiman boleh diukur dengan beberapa cara. Salah satu caranya dengan melihat beberapa aspek dalam perhubungan rumahtangga.
Aspek pertama ialah apakah perhubungan suami isteri sekarang ini memenuhi apa yang kita harapkan? Ini sebenarnya persoalan pokok dalam berumahtangga. Sebelum kita berumah tangga pelbagai perkara indah sudah kita gagaskan dalam kehidupan tersebut. Kesemuanya indah-indah belaka. Sibakal isteri mengharapkan pasangannya nanti dapat menjadi suami yang paling romantik di dunia. Manakala si bakal suami mempunyai harapan agar si isteri dapat menjadi sahabatnya dalam apa jua keadaan. Namun begitu pernahkah pengharapan-pengharapan ini dibincangkan bersama ataupun masing-masing hanya tinggal mengharap sahaja? Si isteri berharap sisuami tahu apa yang dia harapkan dan begitu juga sebaliknya.
Mengikut kajian, pengharapan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:-
Pertama - Pengharapan kepada pasangan.
Kedua - Pengharapan kepada perhubungan.
Kita mungkin mengharapkan pasangan yang kita kahwini menjadi seorang yang setia, melayani kita dengan lemah lembut dan kita mahukan pasangan yang bertanggungjawab dalam melayari bahtera rumah tangga. Apabila segala harapan ini dipenuhi, kita berasa puas hati dan bahagia.
Reaksi kecewa dalam perhubungan suami isteri berlaku apabila pasangannya tidak memenuhi harapan yang ingin dipenuhi. Situasi ini selalu berlaku dalam suasana masyarakat kita sekarang. Namun begitu tidak ramai di kalangan kita yang bertanya kepada pasangannya mengenai harapannya terhadap kita, begitu juga kita pula tidak pula memberitahu harapan kita kepadanya. Masih belum terlambat bagi memulakan sesuatu yang baik. Pergilah kepada pasangan kita dan mulakan bicara mengenai pengharapan bersama. Pintu bahagia sentiasa bersedia bagi dibuka oleh semua.
Pengharapan jenis kedua meletakkan kita berharap agar pasangan kita ini sentiasa mesra, saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan masing-masing ingin sentiasa bersama dalam apa sahaja keadaan. Kita juga mengharapkan agar pasangan kita sentiasa memberitahu apa yang difikirkan dan dirancangnya sebelum melakukan sebarang keputusan.
Walaupun keintiman, kepuasan dan kebahagiaan sangat dipengaruhi oleh sejauh mana kedua-dua pasangan suami isteri menikmati apa yang mereka harapkan, namun kebanyakan orang tidak pernah bertanya kepada pasangan mereka perkara-perkara yang mereka harapkan. Ingatlah semakin banyak kita mendapat apa yang diharapkan, semakin tinggi kepuasan yang kita nikmati. Semakin kurang mendapat apa yang diharapkan, semakin mendalam rasa tidak puas hati yang kita alami.
Aspek kedua dalam keintiman perhubungan ialah sama ada kedua-dua belah pihak memahami hati sanubari masing-masing. Sepasang suami isteri berasa intim apabila mereka berasa pasangannya tahu dan faham hati sanubarinya. Pasangan yang intim banyak berkongsi fikiran, perasaan, keyakinan, fantasi, angan-angan, minat, tujuan dan latar belakang.
Cuba kita fikirkan sama ada kita ini adalah pasangan yang memahami fikiran pasangan kita ataupun tidak?
Salah satu tanda sepasang suami isteri memahami hati sanubari masing-masing ialah apabila kita bercakap dengan pasangan kita seperti bercakap dengan dua orang yang mempunyai satu kepala. Kita bersetuju dan saling sokong menyokong pandangan masing-masing. Salah satu faktor yang menyukarkan kita memahami pemikiran dan sanubari orang lain ialah perbezaan juang pengetahuan dan pendidikan. Sebagai contoh, adalah sukar bagi seorang yang berkelulusan sekolah menengah memahami pemikiran seseorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah terutamanya mengenai angan-angan, impian dan fantasinya.
Aspek keintiman yang ketiga ialah sama ada kita dengan pasangan kita saling mengambil berat di antara satu sama lain. Pasangan yang intim sentiasa mengambil berat berkenaan diri dan perasaan satu sama lain. Ramai pasangan suami isteri menyangka pasangan mereka boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka, jadi mereka tidak perlu memberitahunya. Sangkaan ini adalah seratus peratus salah disebabkan pasangan kita tidak mungkin tahu apa yang ada dalam kepala kita.
Ini menyebabkan pasangan kita mengagak-agak sahaja apa yang dia patut buat, ataupun tidak bagi memuaskan kita. Akibatnya apabila agakannya salah, kita berasa pasangan tidak mengambil berat mengenai diri kita dan ini membuat kita berasa tidak puas hati dan tidak bahagia.
Aspek keempat keintiman ialah saling percaya mempercayai. Di sini kedua-dua pihak saling mempercayai akan cinta dan kesetiaan masing-masing. Kita dan pasangan kita juga saling harap-mengharapkan dan kita mempunyai tekad dan komitmen bersama bagi terus saling cinta-mencintai hingga akhir hayat.
Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah bahawa bukan semua perkahwinan menikmati keintiman, kepuasan dan kebahagiaan. Malah tidak semua pasangan suami isteri kekal tidak bercerai merupakan pasangan intim, puas dan bahagia. Pengharapan suami isteri tidak pernah betul-betul serupa, tetapi tidak dinafikan ada jenis-jenis harapan biasanya serupa antara suami isteri.
Kedua-dua pengharapan iaitu pengharapan kepada pasangan dan perhubungan sangat penting. Maka setiap pasangan kekasih ataupun suami isteri harus belajar bagaimana teknik-teknik mencipta keintiman agar sama-sama menikmati rasa kepuasan di dalam perhubungan cinta mahupun perkahwinan.

Mewujudkan Keintiman Perhubungan yang intim adalah apabila kita merasakan diri kita difahami dan diterima oleh pasangan kita. Begitu juga kita percaya bahawa pasangan kita juga boleh menerima dan terbuka bagi menghadapi kekurangan dan kelebihan kita. Keintiman boleh jadi melibatkan intelektual, emosi dan fizikal.
Keintiman adalah apabila kita mendengar dengan baik apa sahaja yang dikatakan oleh pasangan kita, bertukar-tukar pandangan serta idea, berkongsi perasaan antara satu sama lain tanpa sebarang ketakutan dan juga cuba memahami mengapa kita serta pasangan kita melakukan apa yang dilakukan.

Perkara yang paling penting dalam mewujudkan keintiman adalah cara berkomunikasi dengan pasangan kita. Kita boleh berkomunikasi dengan perkataan, perbuatan, riak muka dan sentuhan. Kajian menunjukkan bahawa kualiti perhubungan amat berkadar langsung dengan teknik kita berkomunikasi dengan pasangan kita. Namun begitu ini bukanlah bermaksud kita harus selalu duduk bersama dan bercakap mengenai perhubungan. Ia bermaksud yang kita harus bercakap perkara yang sepatutnya. Kita tidak takut untuk mengeluarkan apa yang kita benar-benar fikirkan dan rasakan serta pasangan kita juga seharusnya berbuat begitu.
Mari kita sama-sama mencuba teknik-teknik di bawah bagi meningkatkan lagi teknik berkomunikasi dalam perhubungan kita :
a) Memperbaiki imej diri kita
Komunikasi amat dipengaruhi oleh imej diri kita. Penampilan diri, pendidikan, pencapaian, profesion dan kesihatan, kesemuanya adalah sebahagian daripada imej diri kita. Apabila kita mempunyai imej diri yang rendah, kita menjadi malu bagi menampilkan diri kita. Kita mungkinberasa bahawa pasangan kita amat kritikal terhadap kita walaupun sebenarnya tidak. Kita harus belajar menghadapi ketakutan estim diri yang rendah. Imej diri yang baik banyak membantu kita dan pasangan kita menghantar dan menerima mesej komunikasi yang lebih tepat.
b) Berlatih Teknik Mendengar
Aktif Mendengar adalah lebih penting daripada bercakap. Kebanyakan kita tergolong dalam kumpulan pendengar yang tidak baik. Bukannya bermaksud kita ini pekak atau tulis tetapi kita selalu tidak memberi peluang pasangan kita bercakap terlebih dahulu dan kemudian baru kita bercakap. Perkara ini harus diberi perhatian oleh setiap pasangan. Kepentingan belajar mendengar dahulu dan kemudian bercakap perlu dipandang serius bagi memantapkan perhubungan serta keintiman. Kita perlu tunjukkan bahawa kita mengambil perhatian kepada apa yang difikirkan dan dilakukan oleh pasangan kita. Cuba fahami apa yang pasangan kita rasakan dan jangan membuat tanggapan bahawa kita sudah tahu apa yang mereka rasakan.
c) Jangan Bergantung Kepada Bacaan Minda kita.
Cubaan bagi membaca fikiran pasangan kita dan mengharapkan pasangan kita boleh membaca apa yang kita fikirkan adalah satu tindakan yang salah. Ini boleh menyebabkan kekecewaan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh, apabila pasangan kita bercerita mengenai rumah rakannya yang mahal dan sahabatnya mendapat kenaikan pangkat. Kita mungkin berasa bahawa dia ingin mengkritik kita tidak dapat gaji yang lumayan ataupun kerja yang hebat. Apabila keadaan ini berulang kali berlaku, kita merasakan bahawa kita tidak dapat menyatakan sesuatu tanpa menyinggung perasaan pasangan kita dan diri kita. Kemudian kita cuba agar tidak bercakap diantara satu sama lain bagi mengelakkan pertengkaran dan pergaduhan.
Selepas itu masing-masing berasa tersinggung dengan kedinginan perhubungan itu. Masing-masing merasakan bahawa senyap itu adalah satu hukuman kepada . Kita seharusnya bertanya dan mengenal pasti apa sebenarnya dimaksudkan oleh pasangan kita dan bukannya membuat tanggapan melulu. Kesombongan dan kekerasan hati selalunya menimbulkan banyak masalah dalam mewujudkan komunikasi yang jujur di antara pasangan suami isteri. Kita banyak menganggap pasangan kita faham tanpa memberitahunya apa-apa.Beritahu pasangan kita apa yang kita fikirkan dan rasa, kemahuan dan kehendak. Apabila kita mendapati diri kita selalu berkata di dalam hati "Dia seharusnya tahu apa yang aku kehendaki" ataupun "Aku tidak sepatutnya memberitahu dia mengenai perkara ini", maka kita perlu belajar memperbaiki teknik komunikasi rumah tangga kita.
d) Belajar Bercakap Mengenai Diri Kita.
Kita mungkin tidak tahu bagaimana caranya bagi berkata apa yang kita ingin katakan bagi memastikan pasangan kita memahami apa yang kita rasa. Jadi mulakan daripada saat ini, belajar bercakap mengenai diri kita. Gunakan bahasa saya. Sebagai contoh saya rasa, saya ingin ,saya hendak. Ini membantu diri meluahkan perasaan kita dan memberitahu apakan sebenarnya kita rasa dalam bahasa yang tidak menjadi ancaman kepada pasangan kita.
e) Menghormati dan Memberi Sokongan Kepada Pasangan
Apabila kita menghormati satu sama lain, kita cuba tidak memanggil pasangan kita dengan panggilan nama dan menggunakan panggilan yang lebih mesra seperti "Sayang! Darling! Manja!". Selalu menggunakan perkataan menunjukkan perasaan seperti "terima kasih, tolonglah" dan sebagainya.
f) Sentuhan Bererti.
Sentuhan adalah perkara yang amat disukai oleh manusia. Ia boleh dalam keadaan yang ghairah dan tidak. Urut, meletakkan tangan di bahu dan mandi bersama adalah contoh-contoh sentuhan yang membawa kepada keintiman.
g) Pasangan Kita adalah Yang Paling Utama.
Kita harus cuba mengenal pasti apa yang penting bagi pasangan kita. Jangan pula menganggap apa yang memenuhi kehendak kita juga memenuhi kehendak pasangan kita. Bertanyalah apa yang menyebabkan pasangan kita merasakan dia disayangi. Jangan ambil perkara sayang ini secara sambil lewa. Cuba kita buat panggilan mengejut yang tak disangka, makan malam yang istimewa, bunga dan hadiah menyatakan sebagai tanda kasih kita pada pasangan kita. Ideanya adalah berkomunikasi dengan pasangan walaupun si dia tidak berada berdekatan.
h) Berkongsi Perkara Besar dan Kecil.
Kita perlu berkongsi dengan pasangan kita apa sahaja tidak kira besar mahupun kecil. Kongsikan impian kita dan ketakutan kita. Ceritakan kisah lampau yang mempengaruhi diri kita dalam kehidupan sekarang. Bercakap mengenai perkara sedih dan lucu yang berlaku seharian. Bersedia mengetawakan diri kita, tumpukan kepada cerita-cerita lawak yang tidakmengenakan orang laun tetapi menyebabkan kita ketawa bersama.
i) Berlaku Jujur.
Pastikan bahawa pasangan kita berasa selamat bagi berlaku jujur dan terbuka bagi meluahkan perasaan serta idea mereka. Nyatakan apa yang kita fikirkan dan bersedia untuk menerima pandangan pasangan kita walaupun ia berbeza. Walaupun ia berbeza daripada sudut perasaan dan boleh menyebabkan kita marah. Cuba tapis segala percakapan kita agar tidak menyakitkan hati dan menyebabkan pasangan kita berasa tersinggung. Berhati-hati dalam menyatakan sesuatu maklumat. Sasaran kita adalah berkomunikasi di samping mewujudkan suasana positif dan perhubungan yang penuh kasih sayang.
j) Uruskan Konflik dengan Bijaksana.
"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"Perhubungan yang baik tidak akan menjadi benar-benar intim sehingga kita mengetahui apayang difikirkan oleh pasangan kita. Ini bermakna kita seharusnya mengeluarkan segala kesedihan dan perbezaan pandangan ke depan secara terbuka dan tidak terseksa dalam "kesenyapan". Bercakaplah dan cuba mencari apa yang silap. Kemudian berbincang dan membuat keputusan bersama. Ini adalah satu petanda perhubungan yang intim dan sihat.
Suami dan isteri seharusnya sentiasa berkomunikasi mengenai apa sahaja. Perkara yang berat mahupun yang ringan. Dalam perhubungan rumah tangga seharusnya perkara-perkara melibatkan seks ini diperbincangkan secara terbuka. Apabila kita berselindung mengenai sesuatu perkara penting terutamanya mengenai seks ini ia akan menjadi duri dalam daging kepada rumah tangga. Seks adalah keinginan bersama dan bukannya keinginan lelaki sahajaataupun perempuan sahaja. Apabila salah seorang mempunyai masalah seharusnya seorang lagi prihatin dan peka. Apabila kita tidak berkomunikasi dengan baik mengenai perkara ini, ia menyebabkan satu pihak merasa tidak puas hati ke atas perkara yang dia tidak ketahui.
Persoalan rumah tangga bukannya boleh dipelajari dengan ilham dan fikiran kita sahaja. Ia perlu dikaji dan dipelajari berlandaskan ilmu dan agama. Jika suami isteri berilmu, kehidupan berumah tangga pasti harmoni serta keintiman berkekalan daripada saat menyatakan "Aku cinta padamu" yang pertama hingga ke akhir hayat.

Mengapa memilih Jalan Keluar?

Menurut Presiden Peguam Syariee Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata punca kebanyakan pasangan yang bercerai adalah kerana mereka gagal memahami dengan jelas hak dan tanggung jawab dalam perkahwinan, gagal berkomunikasi dengan baik dalam menyelesaikan masalah rumah tangga walaupun mereka telah lama bercinta.
Akhirnya berpisah dipilih sebagai jalan untuk meleraikan ikatan yang telah dibina.Perkahwinan itu sendiri disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia dengan cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Kebahagiaan sering terpancar di wajah pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tatkala itu semua perkara yang berlaku merupakan peristiwa yang indah-indah belaka. Suami sangat menyantuni dan menghormati isteri dan begitu juga sebaliknya. Segala cabaran dan dugaan diharungi bersama-sama dan berjanji akan hidup semati.Tidak dinafikan bahawa sesebuah perkahwinan itu akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup.

Adakalanya pasangan suami isteri bertelagah pendapat, bertengkar, bermasam muka, tidak bertegur sapa malah ada yang sanggup memukul isterinya. Anak-anak pula mula tidak mendapat perhatian dan kasih-sayang daripada ibu bapa. Akhirnya pelajaran anak-anak merosot dan sikap mereka menjadi lebih agresif.Apabila sudah tidak sefahaman, penceraian menjadi jalan pilihan. Isteri sudah tidak tahan tinggal bersama suami. Suami pula seolah-olah lupa tanggung jawab sebagai ketua keluarga.

Apa yang pasti perkahwinan yang suatu ketika dahulu dibina atas dasar cinta terlerai begitu sahaja akibat perasaan benci dan marah. Persoalannya, adakah cukup cinta sahaja kukuh untuk mempertahankan sebuah perkahwinan?

Hampir setiap hari Jabatan Agama Islam dikunjungi oleh pasangan-pasangan yang bermasalah dan berhasrat untuk bercerai. Mahkamah Syariah pula tidak sunyi dengan permohonan penceraian oleh pasangan-pasangan. Pendek kata Majlis Sulh pun tidak mampu mendamaikan hati kedua-dua pihak.

Dalam tempoh setahun sahaja ratusan kes penceraian dilaporkan di seluruh negeri di Malaysia. Apakah punca-punca yang mendorong kepada penceraian mereka? Bagaimana pula tuntutan yang dibuat oleh isteri-isteri selepas penceraian?

~ Pastinya apa yang disebut Zainul Rijal Abu Bakar memang patut dijadikan panduan kepada pasangan di luar sana. Aku rasa panduan itu bukan sahaja sesuai digunapakai dalam perkahwinan semata-mata tetapi juga dalam pergaulan seharian kita kerana apabila kita berjaya memahami dan berkomunikasi dengan baik, banyak masalah kehidupan dapat diselesaikan tanpa ada yang merasa kecewa atau terkucil...

Kawin dan Cerai

2 cerai, 14 kahwin tiap sejam
JOHOR BAHRU 9 Jun - Dalam tempoh sejam, lebih daripada dua perceraian dan 14 perkahwinan melibatkan pasangan beragama Islam berlaku di seluruh negara.Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlaku di negara ini.Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), angka itu adalah purata bilangan perceraian dan perkahwinan yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Jumlah perceraian sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 20,529 manakala perkahwinan pula sebanyak 131,086, kedua-duanya meningkat berbanding 2006.Selangor mencatatkan bilangan perceraian tertinggi iaitu sebanyak 3,722 diikuti Kelantan (2,257), Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551) dan Terengganu (1,537).Pahang mencatatkan sebanyak 1,502 perceraian, Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37).
Sementara itu, Kedah mencatatkan bilangan perkahwinan tertinggi iaitu sebanyak 20,889 diikuti Kelantan (17,201), Selangor (14,817), Johor (13,241) dan Perak (11,446).Sabah merekodkan sebanyak 9,941 bilangan perkahwinan, Pahang (9,519), Terengganu (8,953), Sarawak (5,393), Negeri Sembilan (5,151), Pulau Pinang (4,458), Melaka (3,559), Kuala Lumpur (3,538), Perlis (2,484) dan Labuan (486).
Dalam pada itu, bilangan perceraian yang dilaporkan di seluruh negara pada 2006 adalah sebanyak 19,463 manakala perkahwinan sebanyak 114,812.Kesemua negeri kecuali Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak mencatatkan peningkatan bilangan perceraian manakala hanya Kuala Lumpur dan Sarawak merekodkan penurunan bilangan perkahwinan
~ aku sembang dengan kawan aku pasal jumlah penceraian yang begitu tinggi dan soalannya ialah berapa pula jumlah perkahwinan. Tadi aku baca entri PakNgah pasal pendatang hantar RM 15.5 juta keluar negara...so terfikir juga nak cari berapa jumlah orang kawin dan cerai tahun lepas. Apa yang aku lihat ialah dalam ramai yang ghairah untuk berkahwin, masih ramai juga yang belum cekap melayari bahtera perkahwinan mereka...Tergerak juga aku untuk mencari punca penceraian yang mengikut nisbah setiap 7 perkahwinan satu pasangan pasti bercerai, boleh dianggap tinggi juga tu...

Relax la!

Boyfriend aku yang semakin hari semakin hansome!!

Hari ni mission aku ialah menyiapkan skrip Choral Speaking aku. Tapi pasal aku puasa hari ni...malasnya nak buat apa-apa. Lepak kat mini office aku sambil diganggu oleh boyfriend hansome aku pasal dia asyik nak pasang dvd yang baru dia jumpa dalam kotak-kotak yang masih berselerak keliling rumah!!!
Hari ni aku melawat semua walk of wisdom aku...lama tak tinggalkan komen so hari ni aku pergi jumpa Arsaili yang rasanya ada di Terengganu, Yanglerni yang baru balik umrah, baca puisi Cikgu Bashid, baca puisi Maslino...tengok entri malu-malu Rozita, kereta Mazda model baru ~ Estina 323 (ye ke?) di blog Azlan and rupa-rupanya De Linn dah ke Poli Jitra ~ Minah ni ke UUM Sintok rerupanya bukan ke Poli Jitra (Tahniah DeLinn & Thank you Ayu for the info)...Jo Bangla pula tengah frust..hish..asyik frust je mamat nih! Sambil tu aku kena habis basuhkan baju. Hari Jumaat kelmarin barulah washine machine aku dapat berfungsi sesempurnanya!!! As usual..dasar pemalas, aku usaha carikan dryer sebab tak nak sidai baju...
Semalam tetamu pertama datang berdatang ke rumah aku...Honey, mak dia and niece dia yang begitu prim and proper yang 360* lain dari anak-anak aku yang gaban mengadap spagetti bolognese aku! Dapatlah aku guna set pinggan mangkuk baru yang dibeli dengan Honey. Seronok juga melayan tetamu yang datang walaupun rumah masih berselerak dan berhabuk dek kerja plumbing dan pasang railing curtain! Ada ramai orang lain yang sebelum ni datang tapi tak sempat nak menjamu mereka...Next time la kut. Dah lama jugak aku tak meraikan orang...
Dah berminggu memikirkan idea untuk skrip aku tapi belum datang mood! Agaknya kerja yang bertimbun sama kut...itupun ada 4 file yang belum dikemaskini...belum termasuk kena kerja hari Sabtu ni untuk Ujian PTP...
Satu kelegaan untuk aku ialah jadual waktu baru yang diterima pada hari Selasa. Waktu ngajar aku dah kurang dari 28 waktu ke 26 waktu. Dapatlah aku bernafas sikit...Tapi sayang kelas PJ aku yang diambil balik...
Okay.. sambung kerja!

Sunday, July 6, 2008

Memahami dan Menerima (2)

Konsep memahami dan menerima ini aku mula faham bila aku duduk bersama Honey pada suatu petang beberapa minggu lepas di Taiping Lake Garden dengan anak-anak aku berkeliaran di padang.
Hari ini sekali lagi aku berdepan dengan keadaan di mana aku perlu memahami sekaligus menerima hakikat yang sukar aku faham dan terima. Akhirnya aku menghabiskan masa dengan kawan aku yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan.
Aku semakin mengenali diri aku sendiri, meneroka kelemahan dan kekuatan aku. Kehadiran kawan aku membantu aku menampakkan keadaan yang aku tidak nampak, menjelaskan yang kabur padaku...
Selalunya kita hanya mampu menerima apa jua keadaan tanpa benar-benar memahami kenapa ia berlaku. Ada pula keadaan di mana kita mampu memahami apa yang sedang berlaku tetapi kita tidak mahu menerima hakikat bahawa ia sedang berlaku ke atas diri kita.
Apabila berlaku keadaan kita mampu menerima tapi tidak memahami atau keadaan di mana kita memahami tapi sukar menerima maka kita selalunya akan mencari escapism...
Ada yang memilih escapism yang positif dengan berserah diri pada Tuhan dan menganggap keadaan yang sedang ditempuh adalah ujian semata-mata. Ada juga yang memilih escapism yang negatif dan menganggap apa yang berlaku adalah kesalahan seseorang dan kita akan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan...ada juga menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu berdepan dengan keadaan tersebut. Malahan ada di antara kita yang akhirnya akan mematikan apa jua perasaan agar tidak merasa terkucil, kecewa atau marah dengan apa yang berlaku...
Di mana aku?