Tuesday, August 12, 2008

Rancang Rancangan Mengajar



Merancang buku rancangan rekod mengajar merupakan satu perkara yang memang meremehkan. Aku sendiri pun akui perkara tersebut. Tetapi aku ingin berkongsi pengalaman aku membuatrancangan mengajar untuk kelas Social Studies di Constitution High School bersama mentor aku.
Di sana, mereka merangka rancangan mengajar untuk sebulan. Dan rancangan mengajar ini disiapkan sebelum masuk ke kelas dan disiapkan sebelum kelas bermula.
Apa yang berlaku ialah, topik ditetapkan bersama-sama guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. Kemudian mereka akan duduk bersama untuk merancang rancangan mengajar, bahan pengajaran yang akan digunakan, lembaran kerja yang perlu disediakan, ujian yang akan dignakan bersama skema permarkahan. Malahan rancangan mengajar mereka ini disimpan di dalam bentuk modul yang boleh digunakan semula berkali-kali kerana ia lengkap sehingga ke kertas peperiksaan. Malahan rancangan mengajar mereka disimpan dan digunakan semula untuk sessi persekolah tahun depan sehingga syllabus ditukar.
Dengan itu, pengajaran mereka berfokus dan terancang menyebabkan tidak ada masa yang dibazirkan untuk menentukan apa yang bakal diajar.
Senario di Malaysia jauh berbeza dengan apa yang diharapkan dengan apa yang benar-benar berlaku. Ramai guru yang masih mengajar tanpa menyediakan rancangan mengajar. Termasuklah aku...Ini kerana ramai guru yang masih belum pasti sama ada boleh atau tidak rancangan mengajar disiapkan untuk tempoh sebulan akan datang kerana kebiasaannya buku rekod mengajar akan dihantar selepas setiap minggu persekolahan berakhir. Bermakna ajar dahulu baru buat rancangan bukannya rancang dulu baru ajar.
Tetapi semasa zaman aku buat latihan mengajar, sememangnya yang diterapkan ialah rancang pengajaran dahulu dan baru ajar. Malahan pensyarah begitu teliti melihat langkah-langkah p&p yang berlaku masa observation praktikum.
Bila diperhatikan tatacara kita menulis rancangan mengajar, masih lagi perlu diperkemaskan kerana bagi guru-guru baru mereka belum faham dan mahir.

4 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... kenapa terdapat kepelbagaian dalam penyediaannya... antara guru pelatih... guru sandaran... guru permulaan... guru yang dah sah dalam jawatannya... dan guru yang dah nak pencen... kenapa yeee ?

Sharifah Hassan said...

Salam kembali..

Soalan yang memang menarik..

Mungkin macam restoren yang baru mula nak menapak...masakan pada mula..sangat lazat tapi bila dah maju sikit, kualiti makin berkurang, bila dah ada nama, menu macam bagus tapi bila sampai ke meja pelanggan lain yang diharap lain pulak rasanya...

Bila dah bankrap...salahkan citarasa pelanggan, salahkan pembekal tak hantar barang yang diorder...salahkan tukang masak..semua salah kecuali tokeynya...

Pakngah rasa la sebab apa?

art4334 said...

Rancangan mengajar or rekod mengajar?? By right you can dictate apa you nak buat for the whole term or week tapi kalu dah surat JPN datang minta u buat tu, buat ni, cmane u nak make up the lost hour? R u brave enough to forego surat JPN n continue with ur lesson plan or u modify ur plan to suit ur recent changes....

Sharifah Hassan said...

hi Art4334..

I thought it is Rancangan Mengajar that I was talking about! Rekod mengajar tu formality untuk dapat gaji je!

Tu la..kalau kita dapat rancangkan pengajaran for the next coming months, bermakna kalau kita tak ada pun, kerja budak boleh disambung oleh guru ganti/relief kan?

What do you think?