Wednesday, November 18, 2009

gedebuk-gedebak lagi...

Baru selesai hantar anak-anak murid ke dewan peperiksaan SPM pagi ni dengan iringan doa dan peluk cium, dah dapat info (yang aku ketinggalan...!), esok UPSR akan diumumkan. Gedebuk gedebak lagi....

Inilah musim ibu bapa mandi tak basah, makan tak kenyang memikirkan haluan masa depan anak-anak. Bohong la kalau mak bapak langsung tak kisah...busuk-busuk pun semuanya mengharapkan kejayaan cemerlang!

Bila berbincang sesama kaum ibu, ramai yang agak kecewa dengan pencapaian prestasi pelajar di daerah Batang Padang walaupun ramai ibu bapanya adalah yang hebat-hebat. Aneh sekali walaupun ibu bapanya berlatar belakangkan tahap pendidikan tinggi namun pencapaian anak-anak masih lagi di takuk yang hanya sederhana.

Begitu juga senario di sekolah ini yang puratanya ibu bapa adalah mereka yang hebat-hebat berpangkat dr, dato dan ada yg profesor! Tapi keputusan peperiksaan seringkali tidak mencerminkan ibu bapa mereka..

Pendapat aku?!:: mudah je...berbalik la pada diri kita semasa kecil..mungkin di situ wujudnya cermin untuk anak-anak kita sendiri. Kita sendiri ketika kecil pencapaiannya sederhana tetapi meningkat sedikit demi sedikit apabila kita semakin matang dan memahami setiap tindakan kita.

Untuk anak-anak aku sendiri pun, rasanya tidak meletakkan harapan yang tinggi sekadar berharap mereka berada di landasan yang betul, melakukan perkara yang wajar dengan didikan yang diberikan. Kalau betul asuhan maka betul la langkahnya nanti. Mengimpikan sesuatu yang hebat untuk anak mungkin memaksanya melakukan sesuatu yang tidak dinginkan...Learning should be FUN through doing things that they WANT!

2 comments:

DeLinn said...

ada tak kemungkinannya, bila ibu bapa dah hebat, mungkin salah guru yg memberi tunjuk ajar? saya takut jugak yg tu, sebab yelah, saya pun tenaga pengajar kan.

:-)

Sharifah Hassan said...

Salam,

hehehe...mungkin juga sebab saya pun guru juga!

Kita hanya menjalankan 10% memberi ilmu tetapi 90% lagi adalah parenting dari ibu bapa sendiri!

In loco parentis hanya memberi kita ruang untuk "membantu" ibu bapa bukan mengambil alih sepenuhnya dalam memastikan kejayaan seorang anak...

InsyaAllah...pasti kita memberikan 10% yang terbaik...

Lagi 90%..hehehe...

Terfikir gak...macamana si ibu bapa tu jadi hebat?! Macamana pula gaya ibu bapa kepada si ibu bapanya?!