Tuesday, January 29, 2008

Manjoi Banjir Kilat, SMK Tarcisian Kena Tempias!

Dalam pukul 5 pm sehingga 6pm, Ipoh mengalami hujan yang sangat lebat, keadaan menjadi agak kelam kabut kerana dah lama Ipoh tidak mengalami keadaan itu...Aku pula tak bawa kamera sebab Nita nak pinjam untuk dibawa ke India (Tuan tak sampai tapi janji kameranya berjalan)



Kelas 1 Lily yang kebasahan! (Semua kelas mengalami nasib yang sama)




Kawasan padang sekolah yang banjir, ada cikgu yang kena randuk ayaq!



Komputer di bilik guru kanan habis basah kerana kena tempias...



Bos Petang terpaksa sinsing kaki!! Sebab meja anak buah habis kebasahana kerana air masuk ikut lubang angin. Punca masalah ialah awning yang dibina terletak dibawah lubang angin...



Meja aku yang berjauhan dari tingkap tapi dekat pintu.



Meja Puan Sharonizam yang turut kebasahan...




Lubang angin yang menjadi punca!!



Kerahan tenaga untuk menyelamat apa yang sempat diselamatkan!




Suasana padang sekolah semasa hujan ribut!






Suasana Taman Lim yang banjir selepas hujan lebat dalam kira-kira 30 minit sahaja...

Inilah kali kedua sepanjang perkhidmatan aku di sekolah ini, keadaan ini terjadi! Perjalanan balik ke rumah juga mengambil masa yang lebih lama dari biasa kerana jalan keluar sangkut dek banjir...Beberapa anak murid aku juga sudah bermuram durjana kerana mereka risau kalau-kalau rumah mereka juga dinaiki air...nak buat macamana, kehendak alam!

Rahsia Email Username...


Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun

Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.


Nama Samaran

Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad

Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..

Pencuri Impian


Di sebuah kota, ada seorang gadis muda yang sangat suka menari. Kepandaiannya menari sangat terserlah dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain, sehinggakan dia seringkali menjadi juara dalam pelbagai pertandingan yang diadakan. Dia berfikir, dengan bakat yang dimilikinya saat ini, suatu hari nanti apabila dewasa, dia ingin menjadi penari bertaraf dunia. Dia membayangkan dirinya menari di Russia, China, Amerika, Jepun, serta ditonton oleh ribuan penonton yang memberi tepukan gemuruh kepadanya.

Suatu hari, kotanya dikunjungi seorang pakar tari yang berasal dari luar negara. Pakar ini sangatlah hebat. Dari tangan dinginnya telah banyak dilahirkan penari-penari kelas dunia. Gadis muda ini ingin sekali menari dan menunjukkan kebolehannya di depan sang pakar tersebut, malah jika boleh memperoleh kesempatan menjadi muridnya.

Akhirnya kesempatan itu datang juga. Si gadis muda berjaya menemui sang pakar di belakang panggung, seusai sebuah persembahan tari. Si gadis muda bertanya: “Tuan, saya ingin sekali menjadi penari kelas dunia. Apakah tuan punya waktu sejenak, untuk menilai saya menari? Saya ingin tahu pendapat tuan tentang tarian saya”. “Okey, menarilah di depan saya selama 10 minit”, jawab sang pakar.

Belum lagi 10 minit berlalu, sang pakar berdiri dari kerusinya, lalu berlalu meninggalkan si gadis muda begitu saja, tanpa mengucapkan sepatah kata apa pun.

Betapa hancur si gadis muda melihat sikap sang pakar. Si gadis terus berlari keluar. Pulang ke rumah, dia menangis tersedu-sedu. Dia menjadi benci terhadap dirinya sendiri. Ternyata tarian yang selama ini dia bangga-banggakan tidak ada maknanya di hadapan sang pakar. Kemudian dia ambil kasut tarinya, lalu dilemparkan ke dalam gudang. Sejak saat itu, dia bersumpah tidak akan menari lagi.

Puluhan tahun berlalu. Sang gadis muda kini telah menjadi ibu dengan tiga orang anak. Suaminya telah meninggal. Dan untuk menyara keluarganya, dia bekerja menjadi pelayan di sebuah kedai di sudut jalan.

Suatu hari, ada sebuah persembahan tari yang diadakan di kota itu. Nampak sang pakar berada di antara para menari muda di belakang panggung. Sang pakar nampak tua, dengan rambutnya yang sudah putih. Si ibu muda dengan tiga anaknya juga datang ke persembahan tari tersebut. Selesai acara, ibu ini membawa ketiga anaknya ke belakang panggung, mencari sang pakar, dan memperkenalkan ketiga anaknya kepada sang pakar.

Sang pakar masih mengenali ibu muda ini, dan kemudian mereka bercerita secara akrab. Si ibu bertanya, “Tuan, ada satu pertanyaan yang tersimpan di hati saya iaitu tentang penampilan saya sewaktu menari di hadapan tuan bertahun-tahun yang silam. Sebegitu terukkah penampilan saya saat itu, sehingga tuan terus pergi meninggalkan saya begitu saja, tanpa berkata sepatah pun?”

“Oh ya, saya ingat peristiwa itu. Terus terang, saya belum pernah melihat tarian seindah yang kamu lakukan waktu itu. Saya rasa kamu akan menjadi penari kelas dunia. Saya tidak mengerti mengapa kamu tiba-tiba berhenti dari dunia tari”, jawab sang pakar.

Si ibu muda sangat terkejut mendengar jawapan sang pakar. “Ini tidak adil”, seru si ibu muda. “Sikap tuan telah mencuri semua impian saya. Kalau memang tarian saya bagus, mengapa tuan meninggalkan saya begitu saja ketika saya baru menari beberapa minit. Tuan seharusnya memuji saya, dan bukan mengacuhkan saya begitu saja. Jika tidak, pasti sekarang saya sudah menjadi penari bertaraf dunia. Bukan hanya menjadi pembantu kedai.”

Si pakar menjawab lagi dengan tenang “Tidak …. tidak, saya rasa saya telah berbuat yang sepatutnya. Anda tidak semestinya minum anggur satu barel untuk membuktikan anggur itu enak. Demikian juga saya. Saya tidak harus menonton anda 10 minit untuk membuktikan tarian anda bagus. Malam itu saya sangat lelah setelah pertunjukan pentas. Maka sejenak saya tinggalkan anda, untuk mengambil kad nama saya, dan berharap anda mahu menghubungi saya lagi keesokan hari. Tapi anda sudah pergi ketika saya keluar. Dan satu hal yang perlu anda fahami, bahawa anda sepatutnya fokus pada impian anda, bukan pada ucapan atau tindakan saya.“

“Dan pujian? Kamu mengharapkan pujian? Ah, waktu itu kamu sedang belajar. Pujian itu seperti pedang bermata dua. Ada kalanya memotivasikanmu, namun boleh juga melemahkanmu. Dan faktanya saya melihat bahawa sebahagian besar pujian yang diberikan pada saat seseorang sedang belajar, hanya akan membuat dirinya puas dan pertumbuhannya berhenti. Oleh itu, saya lebih suka mengacuhkanmu, agar hal itu dapat membuatmu memajukan diri lebih cepat lagi. Lagipun, pujian itu seharusnya datang dari keinginan saya sendiri. Anda tidak sewajarnya meminta pujian dari orang lain.“

“Anda lihat, ini sebenarnya hanyalah masalah remeh. Seandainya anda pada waktu itu tidak menghiraukan apa yang terjadi dan tetap menari, mungkin hari ini anda sudah menjadi penari kelas dunia.”

Mungkin anda sakit hati pada waktu itu, tapi sakit hati anda akan cepat hilang setelah anda berlatih kembali. Tapi sakit hati kerana penyesalan anda hari ini tidak mungkin hilang selama-lamanya.”

Moral:

Kadang-kadang kita seringkali mengharapkan penerimaan dari orang lain tanpa melihat kekuatan yang ada pada diri sendiri. Ramai juga di antara kita yang kalah hanya dengan kata-kata dari orang lain, apatah lagi seringkali mengharapkan dirinya diangkat dan dipuji sentiasa.

Kenapa tidak belajar mengangkat diri sendiri tanpa menyusahkan orang lain?

Kekuatan yang ada pada diri sendiri perlu disingkap dan dimaksimakan kerana kekuatan diri akan membantu kita untuk terus bergerak ke hadapan.

Membina kebergantungan dengan orang lain ibarat menjadi pedati yang sentiasa ditarik dengan lembu. Tanpa si lembu, maka tidak bergunalah pedati...ITU KAMU...INI AKU!

Monday, January 28, 2008

Itu kamu...Ini Aku

Semua orang tidak sama tetapi aku tidak perlu menjadi semua orang!

Jadilah aku!

Jadilah kamu!

Sepanjang aku berkawan,, resepi aku sangat mudah, terimalah aku seperti aku, dan jadilah diri kamu yang sebenarnya. Jangan cuba jadi aku atas dasar empathi kerana itu tidak membuka ruang untuk aku mengenali kamu. Dan jangan minta aku menjadi kamu!

A true friend is who walks in when others walk out

Membina sebuah persahabatan sejati yang mampu bertahan lama bukan mudah kerana ramai di antara kita melupakan kawan yang kita temui sepanjang perjalanan hidup kita. Aku sering bertemu dengan rakan baru hampir setiap hari tetapi ramai yang aku temui itu gagal menjadi “itu kamu” sebaliknya sering kali cuba mempamerkan kehebatannya atau cuba menghebatkan aku. Malangnya aku cepat lemas dan rimas dengan situasi itu kerana apa yang aku cari dalam sebuah persahabatan ialah bagaimana kamu mempamerkan identiti diri kamu tanpa menjadi seekor “sesumpah”.

“Sesumpah” bagiku hanyalah seekor binatang yang tidak ingin dilihat tetapi ingin melihat!

Aku tidak mempunyai ramai rakan yang benar-benar sahabat kerana untuk aku menerima seseorang dalam hidup aku, kawan itu mesti berani untuk berdiri atas tiket “itu kamu…ini aku”. Di sinilah kekuatan seseorang itu teruji kerana matlamat memilih seorang kawan bukan sekadar untuk memenuhi kekosongan dalam kehidupan kita tetapi bagaimana persahabatan itu dimanafaatkan untuk kepentingan diri kita dan diri sahabat kita itu jua.

Terima kasih buat kawan-kawanku yang bersama-sama berdiri dan berjalan dalam perjalananku tanpa merasa erti penat !

Entri ini adalah untuk Ariffah yang bersama aku seharian hari ini, for the sake of trying to figure out many unforeseen events that have crossed path in my life!

In many ways, I believe to lose a love is still a winner when you have a true friend standing next to you…Salute to pure friendship! (just to make a point)


Itu Kamu...Estranged (Juara Lagu ke 22)

Segala yang ku pasti akan aku capai untuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puasku, mengiringi semua tawa dan tangisanmu,
Anggun *wajahmu*, pelita yg terang

Hatiku mahumu
Rupamu
Masih masih masih masih…

(Chorus)
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu (2x)

Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya…

Hatiku mahumu
Rupamu
Masih masih masih masih…

Repeat Chorus

Itu kamu (8x)

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik…..

Tahun ni aku betul-betul mengadap TV menonton Juara Lagu ke 22 sebab kumpulan Estranged (underdog) yang menghasilkan album memuatkan semua lagu English dan hanya satu lagu Melayu. Lagu "itu kamu" aku jangka menjadi juara dan memang tepat!

Thursday, January 24, 2008

Only Human

On the opposite coast of sadness
is something called a smile
But before we can go there
is there something we`re waiting for?

In order to chase our dreams
we can`t have a reason to run away
We`ve got to go
to that far away summer`s day

If we find it tomorrow, we can`t sigh
Because like a boat that opposes the stream
we have to walk straight on

In a place worn down by sadness
something called a miracle, is waiting
Yet we are still searching
for the sunflower that grows at the end of spring

The warrior who awaits the morning light
before he can clasp it with red nails, his tear glitter and fall

Even if we`ve grown used to loneliness
only relying on the light of the moon
We have to fly away with fearlees wing
just go forward, just a little further

As the rainclouds break
the wet street sparkling
Although it brings only darkness
A powerful, powerful light
help push us to walk on

Taken from SitiNadhirah's Blog...
thanks, such a nice and touching wording!

My First Time...Blooming!


Today as right now, the girls in 2 Hibiscus are being introduced to Blog Design...They are facing trouble signing up for gmail account. Luckily I have a backup plan from the first week of school...I asked those with net connection to sign up at home. save me the trouble of going to each person and help them! Anyway I think their parents should also learn about about what their daughter is up to in school!

My school computer lab consists of 20 computer but only less than 15 are with internet connection and the connection is really slow. But the girls are happy because they love computer and the interesting things that they can do in computer lab...So introducing them to blog design has heightened their interest in learning English through ICT! A small achievement but with a big impact!

Next time when we come here, we will do "power point", "paint" and "movie maker".

Tuesday, January 22, 2008

Amende leee...

Hari ini cikgu sessi petang mengamuk lagi...isunya "contact time" hari Jumaat dipercepatkan dari 12.25 pm ke 12.00 pm...Nasib baik la Jumaat ni tak ada contact time, kalau ada pancit juga sebab guru Rumah Merah kena datang latihan jam 7.30 am hingga 9.00am...termasuk akulah!
Yang syoknya aku orang pertama baca message semasa punch in tadi...Baris waktu contact time diubah dari 12.25 kepada 12 tengah "hati" menjadi bahan "lalalala..." sebab penyelia petang yang perasan typo error tu, katanya kompom datang setengah hati jee!
Pengetua aku baik orangnya, very motherly dan selalu gak pakai idea aku! Tapi ada gak masa-masanya aku berjaya menaikkan temperature dia! Nak buat camna, tapi pasal contact time, aku diam je sebab aku ada agenda aku sendiri dan aku tak kisah sangat pasal perubahan masa, lain la kalau sampai menyusahkan aku tetapi ada cikgu yang terus masuk berjumpa dan meluahkan rasa tidak puas hati di atas perubahan masa ni...aku pun setuju juga dengan cikgu ni sebab sebenarnya hari Jumaat, pukul 11.30 am hingga 12.30pm adalah masa paling kritikal di jalan raya...Aku juga faham kenapa dia ubah masa contact time tu sebab meeting dengan cikgu petang akan meleret sampai 1.40pm dan nanti cikgu pagi pula masuk untuk mesyuarat yang sama dan meleret sampai pukul 3.00 pm.
Persoalan aku ialah, tak ada cara ke nak selaraskan masa agar contact time tu dibuat serentak bagi cikgu sessi pagi dan petang?

Wargh...Aku Pun Kena!

Kantoi!...Sebab selama aku melawat laman minda orang, aku risau gak kalau-kalau aku pun kena tag...akhirnya wargh,,,aku pun kena!

Pak Teh saja nak menguji kemantapan aku dalam hal teknikal pulak! Tapi awal-awal kena minta maaf...sebab tak tau guna Photoshop. Maka, kerana PakTeh, semalam selepas balik dari sekolah terus menuju ke Plaza Yik Foong, cari software Adobe Photoshop CS2, itupun pasal maklumat yang member aku beri tak lama dulu. Sebenarnya dah lama nak belajar guna Photoshop ni tapi sebab asyik inginkan orang ajar, maka masih lagi dalam mode menunggu!

Rupa-rupanya bila kena tag, perasaan nak belajar dan mengagau sendiri tu datang membuak..kinda, well...I have to do it...on my own!! (atau selimut ego telah disingkap?) Maka malam tadi install, duduk 2 jam belajar basic je sebab benda ni mostly trial and error...

Pagi ni bangun awal sebab nak siapkan "assignment"! Memanglah tak secanggih orang yang pakar tapi untuk first-timer, acceptable kut?

Inilah hasilnya:

Untuk print screen boleh buat tapi nak edit semula tu...alamak! Tapi alhamdulillah, kalau Pak Teh tak tag, sampai ke kesudah tak belajar sendiri guna Photoshop!...Setiap yang berlaku, tetap ada hikmahnya!

Saturday, January 19, 2008

Proton SMS vs Proton BLM

Malam tadi keluar makan di Tesco, layan mak datin sebab datuk balik kampung dan hala balik dari makan kami merayau pergi tengok manusia dua alam...siang lain dan malam lain di black area dalam Tupai Road...manusia yang terbelenggu dalam satu dunia tanpa penghujung dan tanpa arah...."Depan boleh...belakang pun boleh bang, sepuluh ringgit jerr..."

Selepas dah puas merayau, kami lalu pula area Medan Taiping...dari sayup nampak lampu samar-samar di kedai Proton, dan dalam kesamaran itu jelas sekali keriuhan dan keriuhan manusia-manusia membelek Proton Saga baru yang baru launch secara rasminya jam 5 sebelumnya!!

Kebetulan pula masa nak keluar rumah tadi, sempat aku menoleh memandang satu wajah yang menjadi kegilaan remaja di sekolah aku...DR SMS!! Angkawan pertama Malaysia memandu proton baru...walamak, seksinya ~ kereta atau pemandunya, biarlah ia bermain di kepala aku!!
Warna kereta itu yang menangkap minatku...electric blue..ZAAAASSSS....cun nya!

Jadi bila melihat kedai Proton yang penuh dikerumuni manusia, kami pun join sekaki walaupun ketika itu rasanya dah pukul 11.30 malam!!

Aku pun menjadi CID! bertanyakan specnya, loannya dan kalau-kalau boleh test drive, tetapi...perbualan itu akhirnya berubah kepada berita yang lebih canggih yang lebih WOW!

Datuk Syed, kini ada plan nak keluarkan MPV, menggunakan spec perdana! Menarik tu...soft launching akan dibuat mungkin lepas Raya Puasa hujung tahun ni...Baru semalam aku dok plan dengan abah nak tukar kancil comel aku tu ke yang lebih gagah sikit! Bagi nampak macho sikit...

Menurut saleman tu, harga yang dijangka mungkin diantara harga Avanza dan Citra...maafla...tak tanya pula untuk OKU....jadi boleh mampu milik oleh rakyat Malaysia. Bertambah menarik tu....


Posing macam aku punya...!


Ada rupa macam waja ka??


Macam boleh beli jerr...



Gaya mesti ada beb!

So Pak Teh....amacam??? Sesuai dengan harga tak?

Thursday, January 17, 2008

Rigid

Program Nilam yang dijalankan di sekolah-sekolah bertujuan untuk menggalakkan para pelajar menanam minat membaca. Semua guru faham akan objektif dan misi itu...

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca sebanyak 12 helai mukasurat buku sepanjang tahun...Satu kajian yang menarik jika dijalankan ke atas 26 juta rakyat Malaysia yang mungkin menunjukkan satu indikasi yang menarik tentang mentaliti rakyat Malaysia.

Oleh sebab itu aku memang fight supaya library dibuka sehingga 6.30 petang setiap hari dan akhirnya aku berjaya dengan syarat aku yang menutup pintu library setiap hari pada jam 6.00 petang. Tapi aku ni pelupa gak! Rupa-rupanya bila aku dilantik sebagai penutup pintu, jawatan itu disandang secara automatik sejak hari vote dibuat! So hari ini aku dipanggil oleh Penyelia Petang. Katanya pintu library tidak di padlocked pada hari Jumaat lepas...pelik kan...hari ni baru aku tahu!

So hari ni barulah aku mengangkat sumpah! Bahawasanya aku akan menutup pintu library setiap hari.

Kenyataan Penyelia Petang " kita kena cari siapa yang perlu pertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa di perpustakaan"....dalam hati aku rephrase kan kenyataan itu..."kita kena cari siapa yang perlu dipersalahkan jika pintu tidak ditutup"

Sebelum ini aku memang tak kisah jika apa-apa berlaku di sekolah tetapi disebabkan ini mungkin tahun terakhir aku berada di TCS, aku mula memerhatikan keadaan guru-guru di sini.

Kebanyakan guru yang datang adalah mereka yang bersemangat tinggi dan bersedia untuk menggalas "watak dan wajah guru". Namun begitu, sedikit demi sedikit watak itu ditutupi dan wajah itu dilindungi...ramai guru yang pada awalnya ingin berjuang untuk membangunkan minda anak murid akhirnya terkulai menjadi robot yang datang dan pulang tepat pada masanya...

Aku...?

Aku masih lagi memperjuangkan dan bersuara untuk anak murid aku dan kini aku mula meluahkan ketidakpuasanhatiku melalui hasil penulisanku...jika ini membantu meredakan lara di hati...apa salahnya kan?

Seperti Projek Nilam, pelik bagi sebuah sekolah terkawal seperti Tarcisian Convent gagal melahirkan seorang tokoh pembaca...hanya kerana kekangan demi kekangan yang diletakkan oleh penyelia petang dan pengetua..

Kata Kak Khairul sebelum aku pulang.."mana boleh budak menggunakan buku KOMSAS, buku rujukan atau buku teks sebagai buku yang dimasukkan dalam pembacaan untuk NILAM. Itu menggalakkan mereka menjadi exam-oriented. Kita menjadi rigid apabila kita membenarkan mereka menggunakan semua buku teks sebagai jumlah buku yang dibaca untuk NILAM. Sepatutnya mereka mencari bahan bacaan lain untuk dimasukkan ke dalam NILAM.

Pendapat aku pula...kita menjadi rigid apabila kita yang menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh sebagai bahan pembacaan mereka. Tidak salah bagi aku jika kita membenarkan mereka menggunakan buku teks dan buku rujukan sebagai bahan pembacaan untuk NILAM kerana yang pentingnya kita membuka ruang untuk mereka menyelak buku dan bonus bagi mereka jika buku teks itu membantu mereka menambah sijil Tokoh Pembaca...

Bukankah kita sebagai medium yang menyediakan platform untuk anak murid kita bergerak jauh dan terbang tinggi...

Mini Cornetto

Sebelum 2 waktu terakhir, aku masuk staff room semalam...agaknya aku dah tension sangat kut!!!
"Zamaniah, ko tengok time-table aku ni...horizontally dari Monday to Friday, aku ada kelas first period dan lepas rehat full sampai last period...Penatla!"

Tau apa member sebelah dia jawab...

"Ala Kak Sharifah tengok la vertically dari waktu pertama hingga waktu akhir, nak sembahyang pun tak sempat bila kelas 3 waktu sebelum dan 3 waktu selepas...",

Ustazah tu...jangan main-main dan dia juga assistant kepada penyelia petang!

"bab sembahyang no hal sebab kita semua sembahyang dengan masa budak tapi kalau nak terjerit waktu pertama dan budak belum bersedia...ditambah pula dengan announcement dari sessi pagi....waaa...aku freeze sahaja dalam kelas bila PA system berbunyi, kalau waktu akhir pula...kita dah penatkan dan budak pula dah ingat nak balik, kalau hari-hari macam ni potong stim oooii..."

Maka kesalahan time-table dijatuhkan kepada sistem komputer yang tidak memahami kehendak manusia sekeliling! dan jawapan standard dari manusia yang buat time-table...

"Susah tau buat time-table" jawapan Zamaniah sebelum aku ke kelas 1 Hibiscus untuk PJ&PK.

Okayla gitu...persoalan aku ialah, kalau susah kenapa, tak buat manual dan kalau komputer tu tak dapat nak generate seperti mana keperluan orang sekeliling, kenapa masih digunakan lagi??

Itula agaknya yang terjadi bila ice-cream cornetto yang besar diminikan saiznya dan semua orang mengadu...alamak kecilnya...alamak mahalnya...alamak tak puas makan!! Aku ke?


Wednesday, January 16, 2008

Siapa Boss?

Semalam aku kena serbu!!

Boss No 1 naik perpustakaan sebab dia dapat information si Sharifah asyik bawa budak ke library! Bila dia datang melawat dah masuk waktu ketiga dan 41 pelajar dah mula membanjiri library.

Sebenarnya aku sedang cuba melihat Boss No 1 aku dalam "positive light" sebab aku selalu berada dalam defensive mode bila dengan dia walaupun aku terkenal manusia paling cool dalam sekolah. Apa yang berlaku seterusnya ialah aku dipanah lembing dengan soalan mautnya..

"Why must you take the student to the library, I don't think it is wise when the student are here and reading story books because they can always do that at home or at their free time...?"

"Library should be a classroom because then there will be no P & P happening.." dia tambah lagi..


Waaarghhh....tolong aku...!!!

Aku pun ambil buku rekod yang hari ni baru cadang nak dibalut...hehehhe...aku tunjukkan time table aku yang berseghedak...apasal aku punya kelas tahun ni gila betul...jangan tanya!!

"Pn Lee, this is my time table, let us look at one class because the schedule is just the same for the rest...Let us look at 2 Daisy, Monday is text book day..so we will look into the text book, like what had happened yesterday, the students learnt about "Good Times Together" and they have to answer a question about "the most significant event in my life"...they have to think , write and reflect on how the event touch, change and what are the feeling evoked in them, they need to write a sentence or a paragraph about it."

But..most students wrote a whole long passage about it!

"And Pn Lee, Tuesday is the Library day because I want them to learn how to use the library, how to choose book and how to learn independently. Not only that, the need a platform to start because some of these had never had the chance to be in a library..."

Boss No 1 aku membebel lagi....urghh..memang aku naik tembok China aku!!

" But Sharifah, these student are not doing anything unless you give them assignment before coming here, so are they doing anything and do they knew that they have to come here beforehand?"

Meraban lagi aku...huwaaahh...

"You are right Pn Lee, but this is the first time for this year they are here, I just need them to get use of the library first, so today they are learning how to choose book and do NILAM then later the year, if, I am still around, they will come here to do research like last year's students.."

Aku sambung lagi sebelum sempat dia mematahkan semangat aku yang dah mula urgh...

"On Wednesday, the class have Literature lesson so we will do all the activities related to literature. And on Friday, that is a double-lesson so we will do essay or we will go to the computer lab to do blogging where the have to write or comment on certain issue that I will discuss with them"..

Kemudian dengan skepticalnya dia bertanya...

"Are you able to finish your syllabus and I don't this to happen the whole year?..."

Dalam hati aku..."huh?"

"Pn Lee, of course I am able to finish my syllabus, I am teaching but with a more relax and fun way!"

Adaka patut dia jawab...

"Learning should not be fun..."

Waaarrrrghhh...aku rasa jantung aku nak jatuh masa tu...

"What, Pn Lee? But English should be fun so that I can instill the interest from the beginning. You do know that I did not ask to go to morning session because when I was teaching in the morning session, the insterest was not there so it was difficult for me to make them like English...so I want to stay in afternoon session because I can prepare them for next year and the morning teacher!"

Pas tu dia mencelah,

"I don't mean the lesson should not be fun but I don't want them to start gigling, touching their friend's hair or start talking with each other, like now, we are talking and they are talking too.."

Alahai Pn Lee..

"I think they need some space to make mistake, out of 40 minutes of learning at least if they can concentrate for 20 minutes, it is good enough.."

Dia patahkan dengan sinis..

"I don't want them not learning anything for 30 minutes and there is only 10 minutes to do work... okaylah Sharifah.."

Aku dengan fussshhhh..melepaskan dia pergi..

"Thank you Pn Lee, nice talking to you..hahahha..have a nice day..!"

Dia angkat tangan.."ya..ya.., okay, thank!"

Aku pun lepak dengan bebudak sampai loceng bunyi dan bila budak keluar, aku baru berangan nak masuk internet cari bahan untuk phrasal verbs, idioms dan simile...yang juga tak jadi sebab...jeng..jeng..jeng..

"Hai Kak Khairul!", aku menyapa mesra...BOSS NO 2 pulak! Penyelia petang pula...

"Ipah bawa budak naik library, janganla selalu-selalu nanti boss bunyi..."

Dalam hati aku punyalah berasap!

"Ala, dia dah naik tadi!"

Terkezut kak Khairul...

"Ipah buat apa bawa budak kat sini, jangan la selalu bawa budak ke Library...

Maka...bermulalah episod ulangan seperti mana yang telah diulang untuk pembaca...

Qaftee...camna ek??

Tadi pula Boss No 3 ~ Ketua Panitia Bahasa Inggeris pula datang bertanya..dan akhirnya aku mengajar dia bagaimana membuat internet research pasal Multiple Intelligence dan yang paling best sekali ajar dia buat blog...Nama blog dia "Chilli Pepper" Sempat gak aku ajar dia customize! Sekadar menurunkan apa yang tok aku ajar masa aku kat US dulu!

Siap link dengan blog aku! Standard la beb!

Tuesday, January 15, 2008

Show Me

This was an accident, not the kind were sorrow sound,
never even noticed were suddenly crumbling
Tell me how you’’ve never felt delicate or innocent,
Do you still have doubts that us having faith makes any sense
Tell me nothing ever comes rationale or breaking down,
still somebody loses cause there’s no way to turn around
Staring at your photograph everything now in the past,
never felt so lonely I wish that you could show me love

’till you open the door

’till I’'m up off the floor

’till it'’s inside my pores

’till I'’m screaming for more

Random acts of mindlessness, common place occurrences,
chances of surprises, another state of consciousness
Tell me nothing ever, comes rationale or breaking down,
still somebody loses, cause there’s no way to turn around
Tell me how you’’ve never felt, delicate or innocent,
do you still have doubts that us having faith makes any sense
You play games I play tricks but you’’re the one,

Ini Aku Adanya

Semalam, aku keluar lewat malam dengan Sheda selepas updatekan blog aku...Sempatlah call kekawan, rupa2nya Taiping ribut besar masa hari Sabtu, abis bumbung rumahnya terpelanting, dianggarkan kerugiannya hampir mencecah RM15 000. Sekarang ni dia sedang menunggu bantuan dari Datuk Kayveas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa pihak lagi. Nasib baik bumbung rumah cendawannya tak terbang sama...kalau iya, hancus semuanya!

Sedang aku berborak sakan dengan Sheda, ada satu mamat menyuakan kalender kpd kami...aik satu jer, terjah aku...heheheh..biasalah bagi yang kenal aku..direct to the point!

Mamat tu jawab, kalau nak satu lagi, call la saya, nombor saya ada kat kalender tu...dan sibuk pula dia memperkenalkan dirinya! Siapa dan apa yang dia buat...tapi paling syoknya ayat dia,
"kalau nak kaya tak susah! Dan berapa sanggup you bayar untuk kaya?"

Aku....hmmm...membalas..."dari apa yang tersebut di sini la (ada satu risalah yang terletak atas meja kami dan terpampang mukanya di sebelah dua biji kereta mewah)..."We don't pay for success but we pay for failure..., so are you telling me that I have to pay to be a failure?"

Hahahaha....terkedu mamat tu dan terus dia berpaling melayan rakan seperjuangan baru dan bisness yang begitu diyakininya...

Akhirnya kami beredar sekitar 1.30 am dengan pelbagai persoalan yang masih dipersoalkan...

Monday, January 14, 2008

Alahai PakNgah!

Seorang rakan maya kita ada membuat catatan seperti berikut:

ada seseorang pernah berkata..."aku menghadap kehidupan kerana aku hidup"...Apa maksud kata-kata itu?
(PakNgah jawab... tak tau...SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu redha akan apa yang dia ada dan menerima semua perkara seadanya...dia menerima kelebihan dan kekurangan pasangannya...dia juga redha terhadap masalah yang ditimbulkan oleh pasangannya...)

ada seseorang pernah berkata..."aku ingin seorang pendengar yang dapat mendengar segala keluh kesah dan lara aku"...Apa maksud kata-kata itu?
(PakNgah jawab... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu hanya perlukan seseorang sebagai pendengar sahaja... tak lebih dari itu... pasangannya dianggap macam boneka... pandangan, pendapat dan nasihat tak perlu untuknya...)

ada seseorang pernah berkata..."aku ingin hak aku dihormati dan aku menerima hak aku"...Apa maksud kata-kata itu?
(PakNgah jawab... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu mau dirinya dihormati sebagaimana sepatutnya dan dianggap itu adalah haknya untuk mendapat penghormatan tersebut... jangan perlekehkannya...tiada kompromi tentang itu... cuma hanya untuk dirinya sahaja... bukan untuk pasangannya...)

ada seseorang pernah berkata..."apa kau nak aku akan berikan..cuma aku nak kau beri balik sebagaimana aku terima dari kau"...Apa maksud kata-kata itu?
(Terdapat semacam adanya kesilapan penggunaan aku dan kau di situ... tapi PakNgah jawab... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu cuba memenuhi segala permintaan... tapi pemberiannya semacam tidak ikhlas... perlu dibalas balik...namun orang tu adalah jenis berterus terang... tiada selindung2...ucapannya adalah kata hatinya...)

ada seseorang pernah berkata..."aku beri dan akan terus memberi agar suatu hari dia memahami bahawa aku juga ingin menerima"...Apa maksud kata-kata itu?
(PakNgah jawab... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu cuba memenuhi segala permintaan... tapi pemberiannya semacam tidak ikhlas... sebab masih mengharapkan balasan... cuma orang ni jenis tak berani atau tak mau berterus terang... hanya mengharapkan agar orang lain memahami dan mengerti kehendak hatinya... dan pasangan orang ni sewajarnya punya deria ke-6 agar kelangsungan berumahtangga mampu dipertahankan...)

Itu adalah antara ruang lingkup yang boleh dibuka dan dilihat...dan dilondeh, cuma bergantung kepada keberanian kita menyebut satu-satu tanpa melibatkan emosi dan bersikap rasional terhadap keperluan dan kehendak kita dan pasangan kita.
(PakNgah jawab... amboi mak... banyaknya yang dilondeh... kahkahkah... ada 5 jenis manusia ni yang mungkin dimiliki oleh seorang individu atau mungkin dimiliki oleh individu yang berbeza... )

Ramai di antara kita tidak berani kerana kita takut...ada yang takut dengan bayang-bayang sendiri, ada takut ditinggalkan, ada yang takut dipandang serong, takut mengecewakan harapan orang...Maka tiada keputusan, tiada harapan, tiada pengisian...TIADA! Apa yang ADA?

(PakNgah jawab... keputusannya ada... harapannya ada... pengisiannya ada... cuma kita perlukan penyesuaian diri dengan pasangan kita... ubahsuai kehendak dan keperluan kita agar tidak bertentangan dengan kehendak dan keperluan pasangan kita... dan begitu juga dengan pasangan kita yang perlu mengubahsuai kehendak dan keperluannya agar tidak bertentangan dengan kehendak dan keperluan kita... namun jika KEDUA2nya KERAS KEPALA... tunggulah saat kemusnahan dalam berumahtangga... dan kelangsungan berumahtangga itu tidak akan panjang usianya jika hanya SATU pihak sahaja yang sentiasa mengalah... manakala SATU pihak lagi sentiasa nak menang... tapi apa2pun... komunikasi +ve tu amat perlu dalam banyak keadaan yang mampu merungkai kekusutan... yakinlah tentang itu... dan orang tua2 selalu berpesan... RUMAH TANGGA DIBINA BUKANLAH UNTUK DIRUNTUHKAN)

My Comment:

Semuanya boleh berlaku kalau ada "sejiwa" tetapi bagaimana untuk membina "sejiwa" bila kita selalu mencari...dengan harapan akan berjumpa tau terjumpa...

Perlukah kita mencari jika apa yang ada didepan mata sentiasa bersedia untuk membina bersama atau dibina?

Kisah seorang teman saya banyak memberi pengajaran bahawa ada masa kita boleh "membina" dan ada masa kita terpaksa "mencari"....hehehehe memang tersirat dari yang tersurat! Tak pandai bagaimana nak mencerita dan menyebut satu-satu kerana nanti ramai yang terpana dengan keterlanjuran kata-kata saya nih!!

Dan dia juga ingin terus membina apa yang ada dan masih lagi mencari untuk melengkapkan apa yang perlu ditampal kerana dia sudah tidak mampu untuk membina seorang diri...

Teringat seseorang yang pernah bercerita tentang konsep membina dan mencari ni...dia kata...

"rumahnya menggunakan lampu gasolin, dan dia nak berikan yang terbaik pada si isterinya iaitu lampu elektrik kerana dia dah kepenatan mengepam lampu gasolin, dan dengan harga minyak gasolin yang semakin mahal dan harga penunu butterfly yang semakin sukar untuk ditemui so dia teringin nak ada lampu elektrik yang mampu menerangi rumahnya hanya dengan memetik suis jerr...so berjalanlah dia mencari siapa yang mampu memberikan cara dia untuk menyediakan lampu elektrik ni..akhirnya seseorang memeberitahu bahawa dia perlu membina sebuah janakuasa yang mampu menyalurkan sumber elektrik yang diperlukan...dan si suami ni, siang dan malam bertungkus lumuslah membina janakuasa untuk si isterinya tetapi si isteri asyik komplen kerana selalu balik lambat dan sering kepenatan...tanpa memahami niat si suami tu..."

You Think English is Easy??? Part TWO

Here are some things to ponder...... .Can you read these right the first time?
1) The bandage was wound around the wound.
2) The farm was used to produce produce.
3) The dump was so full that it had to refuse more refuse.
4) We must polish the Polish furniture.
5) He could lead if he would get the lead out.
6) The soldier decided to desert his dessert in the desert.
7) Since there is no time like the present, he thought it was time topresent the present .
8) A bass was painted on the head of the bass drum.
9) When shot at, the dove dove into the bushes.
10) I did not object to the object.
11) The insurance was invalid for the invalid.
12) There was a row among the oarsmen about how to row.
13) They were too close to the door to close it.
14) The buck does funny things when the does are present.
15) A seamstress and a sewer fell down into a sewer line.
16) To help with planting, the farmer taught his sow to sow.
17) The wind was too strong to wind the sail.
18) Upon seeing the tear in the painting I shed a tear.
19) I had to subject the subject to a series of tests.
20) How can I intimate this to my most intimate friend?

Let's face it - English is a crazy language. There is no egg ineggplant, nor ham in hamburger;neither apple nor pine in pineapple.English muffins weren't invented in England or French fries in France.Sweetmeats are candies while sweetbreads, which aren't sweet, are meat.We take English for granted. But if we explore its paradoxes, we findthat quicksand can work slowly, boxing rings are square and a guineapig is neither from Guinea nor is it a pig.And why is it that writers write but fingers don't fing, grocers don'tgroce and hammers don't ham?If the plural of tooth is teeth, why isn't the plural of booth, beeth?One goose, 2 geese. So one moose, 2 meese? One index, 2 indices?

Doesn't it seem crazy that you can make amends but not one amend?If you have a bunch of odds and ends and get rid of all but one of them, what do you call it? a piece of junk???If teachers taught, why didn't preachers praught?If a vegetarian eats vegetables, what does a humanitarian eat? I love this one!In what language do people recite at a play and play at a recital? Ship by truck and send cargo by ship? Have noses that run and feet that smell?How can a slim chance and a fat chance be the same, while a wise manand a wise guy are opposites?

You have to marvel at the unique lunacy of a language in which yourhouse can burn up as it burns down, in which you fill in a form by filling it out and in which, an alarm goes off by going on.

English was invented by people, not computers, and it reflects the creativity of the human race, which, of course, is not a race at all. That is why, when the stars are out, they are visible, but when the lights are out, they are invisible.

P.S. - Why doesn't "Buick" rhyme with "quick"You lovers of the English language might enjoy this.

There is a two-letter word that perhaps has more meanings than anyother two-letter word, and that is "UP."
It's easy to understand UP, meaning toward the sky or at the top ofthe list, but when we awaken in the morning, why do we wake UP? At ameeting, why does a topic come UP?
Why do we speak UP and why are the officers UP for election and why is it UP to the secretary to write UP a report?
We call UP our friends. And we use it to brighten UP a room, polish UP the silver, we warm UP the leftovers and clean UP the kitchen.We lock UP the house and some guys fix UP the old car. At other timesthe little word has real special meaning. People stir UP trouble, lineUP for tickets, work UP an appetite, and think UP excuses.To be dressed is one thing, but to be dressed UP is special.

And this UP is confusing: A drain must be opened UP because it isstopped UP. We open UP a store in the morning but we close it UP at night.We seem to be pretty mixed UP about UP!

To be knowledgeable about the proper uses of UP, look the word UP in the dictionary.In a desk-sized dictionary, it takes UP almost 1/4th of the page and can add UP to about 30 definitions. If you are UP to it, you might trybuilding UP a list of the many ways UP is used. It will take UP a lotof your time, but if you don't give UP, you may wind UP with a hundred or more. When it threatens to rain, we say it is clouding UP. When the sun comes out we say it is clearing UP.When it rains, it wets the earth and often messes things UP. When it doesn't rain for awhile, things dry UP.

WHEW!! Who thinks this stuff UP? :-)

Hei..Guys, Enjoy the School days...

This entry is more to my students, because for the past few days, I have met them, hug and hold hands and jumping at school corridor!! Hehehehe and I wish we have coffee corner in the library where we can sit and chat the day away...

How I see my life in school evokes so much much feeling in students, I don't know. Today my lessons was about "the MOST significant event in My Life", I made them think of one event and then they need to write a sentence either in point form, sentence or paragraph. Then they need to reflect on how this particular event has changed them, touched them and what feelings has this event evoke in them?

I guess we really never talk and share of what is the most significant event in our life making it t so difficult to be put in words....

Or it is because we always think that nothing is so significant that we need to change our course of life because of it...

I don't know...

What do you think guys?

Thursday, January 10, 2008

Berlembut bukan bererti Kalah

PEPATAH Inggeris ada menyatakan bahawa inside every man there is a little boy yang bermaksud dalam diri seorang lelaki itu wujud sifat keanak-anakan.Oleh itu tidak hairanlah spesies yang bernama lelali ingin dibelai dan dimanja tanpa mengira batas usia atau betapa berjaya atau betapa berkuasanya dia dalam kehidupan atau dalam kerjayanya.

Wanita yang memahami dan menerima hakikat ini pula adalah wanita yang tahu rahsia sebenar lelaki.

Bertitik tolak dari itu, kita berpendapat sebahagian daripada masalah berkaitan dengan lelaki dan wanita, khasnya suami isteri mungkin dapat diselesaikan jika seseorang wanita itu berusaha untuk memahami sikap sebenar lelaki.

Malangnya, golongan Hawa sering menuduh lelaki sebagai tidak sensitif, kaki buli dan gila kuasa serta bertanggungjawab menyebabkan kesengsaraan wanita. Mereka juga dicop sebagai golongan yang suka memendam rahsia dan sukar untuk diajak berbicara. Kalau putih katanya maka putihlah dan kalau hitam katanya maka hitamlah ia!

PAda pandangan kita, salah faham dan tanggapan negatif ini juga disebabkan sikap mereka sendiri yang menganggap segala luahan perasaan adalah milik kaum Hawa sahaja. Sehubungan itu, mereka akan sentiasa mahu mempamerkan sifat kejantanan dan mahu dilihat sebagai golongan yang sentiasa menyahut cabaran dan tidak tanggung menanggung risiko. Lagaknya yang kadang-kala begitu angkuhdan berjalan mendabik dadamendongak kepala, walaupun nun jauh disudut hati merekajuga mahu menangis apabila tersentuh hati, mereka juga mahu dipujuk apabila merajuk dan paling penting, mahu mengetahui mereka adalah orang yang paling istimewa di hati insan yang dikasihi.

Disinilah wanita seharusnya bijak memainkan peranan mereka kerana jika kena caranya, lelaki adalah golongan yang mudah diajak berbicara. Pada dasarnya, lelaki lebih tertarik kepada wanita yang sentiasa meletakkan mereka di tahap yang tinggi, sentiasa menghargai kehadiran mereka dan memberi tumpuan kepada sikap positif mereka. Sebenarnya lelaki mudah memenuhi kehendak dan pengharapan kita dan sentiasa berusaha untuk menjadi lelaki yang diagungkan-agungkan itu. Cara untuk mendapatkan sikap positif ialah kerap menekankan sikap positif juga.

Ingatlah memikat lelaki bukan melalui perutnya sahaja!

Pun begitu, kita juga tidak mahu menjadi wanita yang seperti kerbau dicucuk hidungnyadan sanggup meletakkan diri ditahap yang begitu rendah. Wanita kontemporari seharusnya menggunakan segala ciri-ciri kewanitaan mereka untuk memikat hati lelaki/suami bagi menjaminkeharmonian rumahtangga atau hubungan antara lelaki dan wanita di tempat kerja.

Berlembut bukan bererti kalah.


Sepatah kata pujangga: "Jika anda melayani lelaki mengikut kehendak dan cita rasanya, dia akan berterusan bersikap seperti itu. Tetapi jika anda melayan seperti sewajarnya dia bersikap sedemikian dan boleh bersikap seperti yang anda mahukan, dia akan menjadi lelaki yang lebih baik.

Kisah seorang temanku, katanya sebelum dia berkahwin hampir sepuluh tahun lepas, dia menerima keratan artikel ini dari bakal suaminya. Bila dibaca artikel ini, menurut temanku itu, dia seolah menegerti apa yang didambakan oleh seorang lelaki dari seorang wanita/isteri. Maka menurut temanku itu, dia berusaha menjadi seperti apa yang disarankan dalam artikel itu, dia menjadi mentor kepada suaminya, sentiasa menyediakan ruang kasih sayang dan sentiasa penjadi pendorong yang hebat kepada suaminya agar suami berjaya memperolehi segulung ijazah. Temanku ini sanggup berkorban melepaskan pelbagai peluang dari segi kerjaya untuk memberikan laluan kepada suaminya agar suaminya sentiasa merasakan dialah insan yang paling istimewa dalam hati temanku ini.

Tetapi diakhir penceritaannya, aku mula dapat menyelami kisah sebenar dibalik kisah kehebatan temanku ini dalam melayari sebuah perkahwinan itu. Rasaku, suaminya sudah mula bergantung dengan temanku sehingga suaminya melupai tentang peranan sebenar seorang lelaki dalam sebuah rumahtangga. Si suaminya terlalu selesa dengan ruang yang diwujudkan oleh si temanku sehingga si suami mengabaikan dia sebagai wanita yang bertahta dalam hati lelakinya. Aku menyedari bahawa suaminya sangat menyayangi temanku ini tetapi aku rasa si suami sudah lupa bahawa ruang keselesaan yang dia terima dari temanku ini juga perlu diwujudkan untuk temanku.

Padaku, tidak bermakna jika ruang keselesaan seperti dorongan, sokongan, penghargaan, belaian telah diwujudkan oleh si pemberi, maka si pemberi tidak memerlukan ruang itu juga. Setiap manusia memerlukan ruang itu sama ada dia sebagai pemberi atau sebagai penerima. Sepatutnya si penerima perlu juga mewujudkan ruang yang sama supaya kedua-dua pihak merasakan mereka berada di halatuju yang seiring.


Aku tidak terkejut jika pada suatu hari temanku ini mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya kerana temanku ini sudah mulai merasa penat dan bosan dengan sikap suaminya yang terlalu bergantung dan berharap agar temanku memenuhi semua kehendak dan keperluannya tetapi dia sebagai lelaki gagal memenuhi kehendak dan keperluan temanku. Malang sekali bagi lelaki yang dikurniakan wanita sedemikian kerana jika mereka tidak tahu cara bagaimana untuk menjaga dan menghargai wanita yang telah menemui rahsia sebenar seorang lelaki...



Sepi Dalam Bicara

Lamanya aku tak melawat laman minda aku nih! Sorry la sejak sekolah buka macam-macam benda yang harus diselesaikan satu-satu. Termasuklah beberapa projek peribadi yang sedang dan bakal dijalankan. Itu belum termasuk kemalangan yang melucukan sehingga aku dapat MC dua hari...

Hidup ni perlukan sedikit percikan bunga api. Teringat aku dulu semasa berbual dengan seorang rakan rapat tentang memegang bunga api dan lilin. Berdasarkan pengalaman aku yang sedikit ni lah.., aku rasa kita memerlukan percikan bunga api dalam hidup kita kerana itu yang menceriakan hidup dan kalau asyik memegang lilin, memanglah hidup kita cerah dan stabil tapi macam "urgh"...boringnya...tak ada benda lain ke.

So kalau dilihat dari konsep professional, memang tak salah terus makan gaji...stabil dan menjamin masa depan, tetapi tak salah jika dalam masa yang sama aku juga mempunyai perniagaan yang memubngkinkan aku meneroka ruang-ruang yang baru dan mencabar...

Dan kalau dilihat dari sudut peribadi, banyak perkara baru yang ingin aku buat dan terokai...ingat lagi satu keinginan yang tersemat sejak tahun 1993, memiliki lesen kapal terbang da buat parachuting. Lepas tu teringat pula bila aku berkongsi dengan satu mamat ketika dinner, dulu-dulu la masa di 36th Street...bila la aku merasa buat bungee jumping...heheheheh..aku ni gayat sebenarnya!

Banyak idea yang ada dalam kepala aku kini tapi biasala..semuanya disimpan kemas dalam kepala sebab belum ada masa, tempat dan orang yang sesuai untuk dijadikan port bercerita...

Hari ini tahun baru Hijriah...sekali lagi...apa yang aku perlu, hendak dan idamkan untuk tahun 2008?