Thursday, January 17, 2008

Rigid

Program Nilam yang dijalankan di sekolah-sekolah bertujuan untuk menggalakkan para pelajar menanam minat membaca. Semua guru faham akan objektif dan misi itu...

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca sebanyak 12 helai mukasurat buku sepanjang tahun...Satu kajian yang menarik jika dijalankan ke atas 26 juta rakyat Malaysia yang mungkin menunjukkan satu indikasi yang menarik tentang mentaliti rakyat Malaysia.

Oleh sebab itu aku memang fight supaya library dibuka sehingga 6.30 petang setiap hari dan akhirnya aku berjaya dengan syarat aku yang menutup pintu library setiap hari pada jam 6.00 petang. Tapi aku ni pelupa gak! Rupa-rupanya bila aku dilantik sebagai penutup pintu, jawatan itu disandang secara automatik sejak hari vote dibuat! So hari ini aku dipanggil oleh Penyelia Petang. Katanya pintu library tidak di padlocked pada hari Jumaat lepas...pelik kan...hari ni baru aku tahu!

So hari ni barulah aku mengangkat sumpah! Bahawasanya aku akan menutup pintu library setiap hari.

Kenyataan Penyelia Petang " kita kena cari siapa yang perlu pertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa di perpustakaan"....dalam hati aku rephrase kan kenyataan itu..."kita kena cari siapa yang perlu dipersalahkan jika pintu tidak ditutup"

Sebelum ini aku memang tak kisah jika apa-apa berlaku di sekolah tetapi disebabkan ini mungkin tahun terakhir aku berada di TCS, aku mula memerhatikan keadaan guru-guru di sini.

Kebanyakan guru yang datang adalah mereka yang bersemangat tinggi dan bersedia untuk menggalas "watak dan wajah guru". Namun begitu, sedikit demi sedikit watak itu ditutupi dan wajah itu dilindungi...ramai guru yang pada awalnya ingin berjuang untuk membangunkan minda anak murid akhirnya terkulai menjadi robot yang datang dan pulang tepat pada masanya...

Aku...?

Aku masih lagi memperjuangkan dan bersuara untuk anak murid aku dan kini aku mula meluahkan ketidakpuasanhatiku melalui hasil penulisanku...jika ini membantu meredakan lara di hati...apa salahnya kan?

Seperti Projek Nilam, pelik bagi sebuah sekolah terkawal seperti Tarcisian Convent gagal melahirkan seorang tokoh pembaca...hanya kerana kekangan demi kekangan yang diletakkan oleh penyelia petang dan pengetua..

Kata Kak Khairul sebelum aku pulang.."mana boleh budak menggunakan buku KOMSAS, buku rujukan atau buku teks sebagai buku yang dimasukkan dalam pembacaan untuk NILAM. Itu menggalakkan mereka menjadi exam-oriented. Kita menjadi rigid apabila kita membenarkan mereka menggunakan semua buku teks sebagai jumlah buku yang dibaca untuk NILAM. Sepatutnya mereka mencari bahan bacaan lain untuk dimasukkan ke dalam NILAM.

Pendapat aku pula...kita menjadi rigid apabila kita yang menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh sebagai bahan pembacaan mereka. Tidak salah bagi aku jika kita membenarkan mereka menggunakan buku teks dan buku rujukan sebagai bahan pembacaan untuk NILAM kerana yang pentingnya kita membuka ruang untuk mereka menyelak buku dan bonus bagi mereka jika buku teks itu membantu mereka menambah sijil Tokoh Pembaca...

Bukankah kita sebagai medium yang menyediakan platform untuk anak murid kita bergerak jauh dan terbang tinggi...

2 comments:

PakTeh said...

NILAM sepatutnya dipermudahkan, bukan disusahkan. selagi ada bahan bacaan (bukan komik atau XXX, haha)& selagi bebudak mahu membaca, maka hasrat nak lahirkan pembaca2 berkualiti, Insya Allah akan tercapai.

Sharifah Hassan said...

Salam PakNgah,

Waktu contact time tadi, akhirnya penyelia petang menyebut bahawa text books dan buku rujukan boleh digunakan sebagai bahan NILAM asalkan ada nombor ISBN...

Kadang-kadang terpaksa menongkah arus ya...untuk anak kita juga!!