Saturday, January 19, 2008

Proton SMS vs Proton BLM

Malam tadi keluar makan di Tesco, layan mak datin sebab datuk balik kampung dan hala balik dari makan kami merayau pergi tengok manusia dua alam...siang lain dan malam lain di black area dalam Tupai Road...manusia yang terbelenggu dalam satu dunia tanpa penghujung dan tanpa arah...."Depan boleh...belakang pun boleh bang, sepuluh ringgit jerr..."

Selepas dah puas merayau, kami lalu pula area Medan Taiping...dari sayup nampak lampu samar-samar di kedai Proton, dan dalam kesamaran itu jelas sekali keriuhan dan keriuhan manusia-manusia membelek Proton Saga baru yang baru launch secara rasminya jam 5 sebelumnya!!

Kebetulan pula masa nak keluar rumah tadi, sempat aku menoleh memandang satu wajah yang menjadi kegilaan remaja di sekolah aku...DR SMS!! Angkawan pertama Malaysia memandu proton baru...walamak, seksinya ~ kereta atau pemandunya, biarlah ia bermain di kepala aku!!
Warna kereta itu yang menangkap minatku...electric blue..ZAAAASSSS....cun nya!

Jadi bila melihat kedai Proton yang penuh dikerumuni manusia, kami pun join sekaki walaupun ketika itu rasanya dah pukul 11.30 malam!!

Aku pun menjadi CID! bertanyakan specnya, loannya dan kalau-kalau boleh test drive, tetapi...perbualan itu akhirnya berubah kepada berita yang lebih canggih yang lebih WOW!

Datuk Syed, kini ada plan nak keluarkan MPV, menggunakan spec perdana! Menarik tu...soft launching akan dibuat mungkin lepas Raya Puasa hujung tahun ni...Baru semalam aku dok plan dengan abah nak tukar kancil comel aku tu ke yang lebih gagah sikit! Bagi nampak macho sikit...

Menurut saleman tu, harga yang dijangka mungkin diantara harga Avanza dan Citra...maafla...tak tanya pula untuk OKU....jadi boleh mampu milik oleh rakyat Malaysia. Bertambah menarik tu....


Posing macam aku punya...!


Ada rupa macam waja ka??


Macam boleh beli jerr...



Gaya mesti ada beb!

So Pak Teh....amacam??? Sesuai dengan harga tak?

3 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam SH... PakTeh belum jawab... biar PakNgah jawab dulu...

:: woi... jadi model pulak dah... ada gaya tu...

:: terpulang pada minat dan citarasa memasing... ada yang minat kereta luar negeri walaupun mahal sikit... ada juga yang beli kereta tempatan yang murah walaupun mampu beli kereta luar negeri...

PakTeh said...

betul kata PakNgah tu. ikut selera kita, ikut kemampuan kita. yg penting sekali ikut keperluan kita.

kadang2 ada yang boleh ditangguh dulu. dan ada yang perlu disegerakan. sebab yg duit yg nak keluar bulan2 tu duit kita..

it depends :)

Sharifah Hassan said...

Salam PakNgah dan PakTeh,

Ada orang kata:

Curiosity kills the cat, satisfaction pulls it back...

Jadi meh le kita ramai-ramai memenuhi "kehendak ingin tahu" dan kemudian bila dah puas, "buatlah keputusan yang sesuai"

Janji dah masuk duduk dalam keta, kalau dapat test drive lagi ngam!