Semua orang tidak sama tetapi aku tidak perlu menjadi semua orang!
Jadilah aku!
Jadilah kamu!
Sepanjang aku berkawan,, resepi aku sangat mudah, terimalah aku seperti aku, dan jadilah diri kamu yang sebenarnya. Jangan cuba jadi aku atas dasar empathi kerana itu tidak membuka ruang untuk aku mengenali kamu. Dan jangan minta aku menjadi kamu!
A true friend is who walks in when others walk out
Membina sebuah persahabatan sejati yang mampu bertahan lama bukan mudah kerana ramai di antara kita melupakan kawan yang kita temui sepanjang perjalanan hidup kita. Aku sering bertemu dengan rakan baru hampir setiap hari tetapi ramai yang aku temui itu gagal menjadi “itu kamu” sebaliknya sering kali cuba mempamerkan kehebatannya atau cuba menghebatkan aku. Malangnya aku cepat lemas dan rimas dengan situasi itu kerana apa yang aku cari dalam sebuah persahabatan ialah bagaimana kamu mempamerkan identiti diri kamu tanpa menjadi seekor “sesumpah”.
“Sesumpah” bagiku hanyalah seekor binatang yang tidak ingin dilihat tetapi ingin melihat!
Aku tidak mempunyai ramai rakan yang benar-benar sahabat kerana untuk aku menerima seseorang dalam hidup aku, kawan itu mesti berani untuk berdiri atas tiket “itu kamu…ini aku”. Di sinilah kekuatan seseorang itu teruji kerana matlamat memilih seorang kawan bukan sekadar untuk memenuhi kekosongan dalam kehidupan kita tetapi bagaimana persahabatan itu dimanafaatkan untuk kepentingan diri kita dan diri sahabat kita itu jua.
Terima kasih buat kawan-kawanku yang bersama-sama berdiri dan berjalan dalam perjalananku tanpa merasa erti penat !
Entri ini adalah untuk Ariffah yang bersama aku seharian hari ini, for the sake of trying to figure out many unforeseen events that have crossed path in my life!
In many ways, I believe to lose a love is still a winner when you have a true friend standing next to you…Salute to pure friendship! (just to make a point)
Itu Kamu...Estranged (Juara Lagu ke 22)
Segala yang ku pasti akan aku capai untuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang
Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puasku, mengiringi semua tawa dan tangisanmu,
Anggun *wajahmu*, pelita yg terang
Hatiku mahumu
Rupamu
Masih masih masih masih…
(Chorus)
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu (2x)
Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya…
Hatiku mahumu
Rupamu
Masih masih masih masih…
Repeat Chorus
Itu kamu (8x)
Masih ada
Yang tercantik…..
No comments:
Post a Comment