PEPATAH Inggeris ada menyatakan bahawa inside every man there is a little boy yang bermaksud dalam diri seorang lelaki itu wujud sifat keanak-anakan.Oleh itu tidak hairanlah spesies yang bernama lelali ingin dibelai dan dimanja tanpa mengira batas usia atau betapa berjaya atau betapa berkuasanya dia dalam kehidupan atau dalam kerjayanya.
Wanita yang memahami dan menerima hakikat ini pula adalah wanita yang tahu rahsia sebenar lelaki.
Bertitik tolak dari itu, kita berpendapat sebahagian daripada masalah berkaitan dengan lelaki dan wanita, khasnya suami isteri mungkin dapat diselesaikan jika seseorang wanita itu berusaha untuk memahami sikap sebenar lelaki.
Malangnya, golongan Hawa sering menuduh lelaki sebagai tidak sensitif, kaki buli dan gila kuasa serta bertanggungjawab menyebabkan kesengsaraan wanita. Mereka juga dicop sebagai golongan yang suka memendam rahsia dan sukar untuk diajak berbicara. Kalau putih katanya maka putihlah dan kalau hitam katanya maka hitamlah ia!
PAda pandangan kita, salah faham dan tanggapan negatif ini juga disebabkan sikap mereka sendiri yang menganggap segala luahan perasaan adalah milik kaum Hawa sahaja. Sehubungan itu, mereka akan sentiasa mahu mempamerkan sifat kejantanan dan mahu dilihat sebagai golongan yang sentiasa menyahut cabaran dan tidak tanggung menanggung risiko. Lagaknya yang kadang-kala begitu angkuhdan berjalan mendabik dadamendongak kepala, walaupun nun jauh disudut hati merekajuga mahu menangis apabila tersentuh hati, mereka juga mahu dipujuk apabila merajuk dan paling penting, mahu mengetahui mereka adalah orang yang paling istimewa di hati insan yang dikasihi.
Disinilah wanita seharusnya bijak memainkan peranan mereka kerana jika kena caranya, lelaki adalah golongan yang mudah diajak berbicara. Pada dasarnya, lelaki lebih tertarik kepada wanita yang sentiasa meletakkan mereka di tahap yang tinggi, sentiasa menghargai kehadiran mereka dan memberi tumpuan kepada sikap positif mereka. Sebenarnya lelaki mudah memenuhi kehendak dan pengharapan kita dan sentiasa berusaha untuk menjadi lelaki yang diagungkan-agungkan itu. Cara untuk mendapatkan sikap positif ialah kerap menekankan sikap positif juga.
Ingatlah memikat lelaki bukan melalui perutnya sahaja!
Pun begitu, kita juga tidak mahu menjadi wanita yang seperti kerbau dicucuk hidungnyadan sanggup meletakkan diri ditahap yang begitu rendah. Wanita kontemporari seharusnya menggunakan segala ciri-ciri kewanitaan mereka untuk memikat hati lelaki/suami bagi menjaminkeharmonian rumahtangga atau hubungan antara lelaki dan wanita di tempat kerja.
Sepatah kata pujangga: "Jika anda melayani lelaki mengikut kehendak dan cita rasanya, dia akan berterusan bersikap seperti itu. Tetapi jika anda melayan seperti sewajarnya dia bersikap sedemikian dan boleh bersikap seperti yang anda mahukan, dia akan menjadi lelaki yang lebih baik.
Kisah seorang temanku, katanya sebelum dia berkahwin hampir sepuluh tahun lepas, dia menerima keratan artikel ini dari bakal suaminya. Bila dibaca artikel ini, menurut temanku itu, dia seolah menegerti apa yang didambakan oleh seorang lelaki dari seorang wanita/isteri. Maka menurut temanku itu, dia berusaha menjadi seperti apa yang disarankan dalam artikel itu, dia menjadi mentor kepada suaminya, sentiasa menyediakan ruang kasih sayang dan sentiasa penjadi pendorong yang hebat kepada suaminya agar suami berjaya memperolehi segulung ijazah. Temanku ini sanggup berkorban melepaskan pelbagai peluang dari segi kerjaya untuk memberikan laluan kepada suaminya agar suaminya sentiasa merasakan dialah insan yang paling istimewa dalam hati temanku ini.
Tetapi diakhir penceritaannya, aku mula dapat menyelami kisah sebenar dibalik kisah kehebatan temanku ini dalam melayari sebuah perkahwinan itu. Rasaku, suaminya sudah mula bergantung dengan temanku sehingga suaminya melupai tentang peranan sebenar seorang lelaki dalam sebuah rumahtangga. Si suaminya terlalu selesa dengan ruang yang diwujudkan oleh si temanku sehingga si suami mengabaikan dia sebagai wanita yang bertahta dalam hati lelakinya. Aku menyedari bahawa suaminya sangat menyayangi temanku ini tetapi aku rasa si suami sudah lupa bahawa ruang keselesaan yang dia terima dari temanku ini juga perlu diwujudkan untuk temanku.
Padaku, tidak bermakna jika ruang keselesaan seperti dorongan, sokongan, penghargaan, belaian telah diwujudkan oleh si pemberi, maka si pemberi tidak memerlukan ruang itu juga. Setiap manusia memerlukan ruang itu sama ada dia sebagai pemberi atau sebagai penerima. Sepatutnya si penerima perlu juga mewujudkan ruang yang sama supaya kedua-dua pihak merasakan mereka berada di halatuju yang seiring.
Aku tidak terkejut jika pada suatu hari temanku ini mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya kerana temanku ini sudah mulai merasa penat dan bosan dengan sikap suaminya yang terlalu bergantung dan berharap agar temanku memenuhi semua kehendak dan keperluannya tetapi dia sebagai lelaki gagal memenuhi kehendak dan keperluan temanku. Malang sekali bagi lelaki yang dikurniakan wanita sedemikian kerana jika mereka tidak tahu cara bagaimana untuk menjaga dan menghargai wanita yang telah menemui rahsia sebenar seorang lelaki...

Berlembut bukan bererti kalah.

6 comments:
salam.."hanya jauhari mengenal manikam" ahaks...salam maal hijrah semoga hari ini lebih baik dr semalam...cam ne sesi persekolahan baru? sibuk kutip yuran? ehehehe
:: salam... "hanya Johari mengenali Maniam"... kahkahkah...
:: penutup entri ini dijadikan asas kepada entri PakNgah... "pilihan kita"...
salam juga.. lelaki & perempuan - sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. cuma, realitinya mungkin ada yang tak cukup lengkap antara keduanya. kalau dapat cari, tampal2 mana2 patut, Insya Allah - eloklah keduanya dan bahagia hendaknya.
Salam arsaili..
hanya Arsaili yang mengenal "nya" kerana dia adalah pelengkap sebahagian yang dicari...
Soalan saya..dah kenal dah dah jumpa ka?
salam PakNgah,
terima kasih tapi tak sempat nak baca...nanti mesti panas perbincangan...kena bancuh mila "o" satu jug!
Salam PakTeh,
"Penampal" yang macamana yang perlu "dicari" supaya sesuai dengan "lompong" yang ada?
Post a Comment