Monday, January 14, 2008

Alahai PakNgah!

Seorang rakan maya kita ada membuat catatan seperti berikut:

ada seseorang pernah berkata..."aku menghadap kehidupan kerana aku hidup"...Apa maksud kata-kata itu?
(PakNgah jawab... tak tau...SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu redha akan apa yang dia ada dan menerima semua perkara seadanya...dia menerima kelebihan dan kekurangan pasangannya...dia juga redha terhadap masalah yang ditimbulkan oleh pasangannya...)

ada seseorang pernah berkata..."aku ingin seorang pendengar yang dapat mendengar segala keluh kesah dan lara aku"...Apa maksud kata-kata itu?
(PakNgah jawab... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu hanya perlukan seseorang sebagai pendengar sahaja... tak lebih dari itu... pasangannya dianggap macam boneka... pandangan, pendapat dan nasihat tak perlu untuknya...)

ada seseorang pernah berkata..."aku ingin hak aku dihormati dan aku menerima hak aku"...Apa maksud kata-kata itu?
(PakNgah jawab... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu mau dirinya dihormati sebagaimana sepatutnya dan dianggap itu adalah haknya untuk mendapat penghormatan tersebut... jangan perlekehkannya...tiada kompromi tentang itu... cuma hanya untuk dirinya sahaja... bukan untuk pasangannya...)

ada seseorang pernah berkata..."apa kau nak aku akan berikan..cuma aku nak kau beri balik sebagaimana aku terima dari kau"...Apa maksud kata-kata itu?
(Terdapat semacam adanya kesilapan penggunaan aku dan kau di situ... tapi PakNgah jawab... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu cuba memenuhi segala permintaan... tapi pemberiannya semacam tidak ikhlas... perlu dibalas balik...namun orang tu adalah jenis berterus terang... tiada selindung2...ucapannya adalah kata hatinya...)

ada seseorang pernah berkata..."aku beri dan akan terus memberi agar suatu hari dia memahami bahawa aku juga ingin menerima"...Apa maksud kata-kata itu?
(PakNgah jawab... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu cuba memenuhi segala permintaan... tapi pemberiannya semacam tidak ikhlas... sebab masih mengharapkan balasan... cuma orang ni jenis tak berani atau tak mau berterus terang... hanya mengharapkan agar orang lain memahami dan mengerti kehendak hatinya... dan pasangan orang ni sewajarnya punya deria ke-6 agar kelangsungan berumahtangga mampu dipertahankan...)

Itu adalah antara ruang lingkup yang boleh dibuka dan dilihat...dan dilondeh, cuma bergantung kepada keberanian kita menyebut satu-satu tanpa melibatkan emosi dan bersikap rasional terhadap keperluan dan kehendak kita dan pasangan kita.
(PakNgah jawab... amboi mak... banyaknya yang dilondeh... kahkahkah... ada 5 jenis manusia ni yang mungkin dimiliki oleh seorang individu atau mungkin dimiliki oleh individu yang berbeza... )

Ramai di antara kita tidak berani kerana kita takut...ada yang takut dengan bayang-bayang sendiri, ada takut ditinggalkan, ada yang takut dipandang serong, takut mengecewakan harapan orang...Maka tiada keputusan, tiada harapan, tiada pengisian...TIADA! Apa yang ADA?

(PakNgah jawab... keputusannya ada... harapannya ada... pengisiannya ada... cuma kita perlukan penyesuaian diri dengan pasangan kita... ubahsuai kehendak dan keperluan kita agar tidak bertentangan dengan kehendak dan keperluan pasangan kita... dan begitu juga dengan pasangan kita yang perlu mengubahsuai kehendak dan keperluannya agar tidak bertentangan dengan kehendak dan keperluan kita... namun jika KEDUA2nya KERAS KEPALA... tunggulah saat kemusnahan dalam berumahtangga... dan kelangsungan berumahtangga itu tidak akan panjang usianya jika hanya SATU pihak sahaja yang sentiasa mengalah... manakala SATU pihak lagi sentiasa nak menang... tapi apa2pun... komunikasi +ve tu amat perlu dalam banyak keadaan yang mampu merungkai kekusutan... yakinlah tentang itu... dan orang tua2 selalu berpesan... RUMAH TANGGA DIBINA BUKANLAH UNTUK DIRUNTUHKAN)

My Comment:

Semuanya boleh berlaku kalau ada "sejiwa" tetapi bagaimana untuk membina "sejiwa" bila kita selalu mencari...dengan harapan akan berjumpa tau terjumpa...

Perlukah kita mencari jika apa yang ada didepan mata sentiasa bersedia untuk membina bersama atau dibina?

Kisah seorang teman saya banyak memberi pengajaran bahawa ada masa kita boleh "membina" dan ada masa kita terpaksa "mencari"....hehehehe memang tersirat dari yang tersurat! Tak pandai bagaimana nak mencerita dan menyebut satu-satu kerana nanti ramai yang terpana dengan keterlanjuran kata-kata saya nih!!

Dan dia juga ingin terus membina apa yang ada dan masih lagi mencari untuk melengkapkan apa yang perlu ditampal kerana dia sudah tidak mampu untuk membina seorang diri...

Teringat seseorang yang pernah bercerita tentang konsep membina dan mencari ni...dia kata...

"rumahnya menggunakan lampu gasolin, dan dia nak berikan yang terbaik pada si isterinya iaitu lampu elektrik kerana dia dah kepenatan mengepam lampu gasolin, dan dengan harga minyak gasolin yang semakin mahal dan harga penunu butterfly yang semakin sukar untuk ditemui so dia teringin nak ada lampu elektrik yang mampu menerangi rumahnya hanya dengan memetik suis jerr...so berjalanlah dia mencari siapa yang mampu memberikan cara dia untuk menyediakan lampu elektrik ni..akhirnya seseorang memeberitahu bahawa dia perlu membina sebuah janakuasa yang mampu menyalurkan sumber elektrik yang diperlukan...dan si suami ni, siang dan malam bertungkus lumuslah membina janakuasa untuk si isterinya tetapi si isteri asyik komplen kerana selalu balik lambat dan sering kepenatan...tanpa memahami niat si suami tu..."

2 comments:

Anonymous said...

Jabat Salam,

Interesting, wish I had you as my English teacher!

Macamana cikgu buat anak murid melekat kat cikgu??

Cikgu pakai gam gajah ek??

Sharifah Hassan said...

Salam,

Thanks for the compliment.
Saya hanya guru biasa yang cuba memberi yang terbaik...walaupun ianya masih boleh lagi diperbaiki...kalau perlu pakai gam gajah..heheheh kita pakai untuk tampal apa yang patut!