Hari ini cikgu sessi petang mengamuk lagi...isunya "contact time" hari Jumaat dipercepatkan dari 12.25 pm ke 12.00 pm...Nasib baik la Jumaat ni tak ada contact time, kalau ada pancit juga sebab guru Rumah Merah kena datang latihan jam 7.30 am hingga 9.00am...termasuk akulah!
Yang syoknya aku orang pertama baca message semasa punch in tadi...Baris waktu contact time diubah dari 12.25 kepada 12 tengah "hati" menjadi bahan "lalalala..." sebab penyelia petang yang perasan typo error tu, katanya kompom datang setengah hati jee!
Pengetua aku baik orangnya, very motherly dan selalu gak pakai idea aku! Tapi ada gak masa-masanya aku berjaya menaikkan temperature dia! Nak buat camna, tapi pasal contact time, aku diam je sebab aku ada agenda aku sendiri dan aku tak kisah sangat pasal perubahan masa, lain la kalau sampai menyusahkan aku tetapi ada cikgu yang terus masuk berjumpa dan meluahkan rasa tidak puas hati di atas perubahan masa ni...aku pun setuju juga dengan cikgu ni sebab sebenarnya hari Jumaat, pukul 11.30 am hingga 12.30pm adalah masa paling kritikal di jalan raya...Aku juga faham kenapa dia ubah masa contact time tu sebab meeting dengan cikgu petang akan meleret sampai 1.40pm dan nanti cikgu pagi pula masuk untuk mesyuarat yang sama dan meleret sampai pukul 3.00 pm.
Persoalan aku ialah, tak ada cara ke nak selaraskan masa agar contact time tu dibuat serentak bagi cikgu sessi pagi dan petang?
6 comments:
:: salam... kalau hari sabtu... beri jamuan makan tengahari... mungkin cikgu tak mengamuk kut... beritau awal2... supaya senang warga sekolah membuat perancangan... tentang duit... pandai2 le pihak pengurusan cari... betul2 adakan mesyuarat bukannya taklimat...
Salam,
Masalahnya ialah contact time tu tiap-tiap minggu! Dan sekarang 2 kali sabtu setiap bulan mesti datang sekolah untuk aktiviti...
Kalau dibuat sekali sebulan, tahan lagi...
Yang tak gemornya isu meleret-leret...
Rasanya sebagai pengurus, kalau boleh dipermudahkan segala urusan bagi pihak guru kerana guru mempunyai banyak komitmen yang perlu didahulukan...
negara kita memang suka bermesyuarat.. bukan pendek tapi panjang berjela...tapi harap ada hasilnya....
hi cikgu ..samelah kite rumah merah..ehehe...betul kata arsaili tu negara kita memang suke bermesyuarat..cthnya guru besar saya...cakap meleret tapi poin nyer 1 (habis semua keluar..pasal dia naik pangkatla, pasal family dierla, pasal kawan dierla.. buang masa kita je)...kalo cakap straight to the point takleh ke? nyampah!
Salam Arsaili...
Memang kita sentiasa mengharapkan hasil tercetus dari mesyuarat yang berjela-jela...tapi bila nak buat kalau masa lebih dihabiskan untuk mesyuarat jerrr...
Salam Cikscarlet,
"Straight to the point"...budaya itu masih agak sukar untuk menembusi minda jenama Melayu kerana mereka masih selesa berselimutkan budaya yang tersirat di sebalik tersurat yang akhirnya menyebabkan mereka tersungkur di persada negara sendiri...
Mungkinkah kita adalah generasi yang bakal membangkitkan minda jenama baru?
Sanggup terima cabaran?
Post a Comment