Tuesday, January 29, 2008

Manjoi Banjir Kilat, SMK Tarcisian Kena Tempias!

Dalam pukul 5 pm sehingga 6pm, Ipoh mengalami hujan yang sangat lebat, keadaan menjadi agak kelam kabut kerana dah lama Ipoh tidak mengalami keadaan itu...Aku pula tak bawa kamera sebab Nita nak pinjam untuk dibawa ke India (Tuan tak sampai tapi janji kameranya berjalan)



Kelas 1 Lily yang kebasahan! (Semua kelas mengalami nasib yang sama)




Kawasan padang sekolah yang banjir, ada cikgu yang kena randuk ayaq!



Komputer di bilik guru kanan habis basah kerana kena tempias...



Bos Petang terpaksa sinsing kaki!! Sebab meja anak buah habis kebasahana kerana air masuk ikut lubang angin. Punca masalah ialah awning yang dibina terletak dibawah lubang angin...



Meja aku yang berjauhan dari tingkap tapi dekat pintu.



Meja Puan Sharonizam yang turut kebasahan...




Lubang angin yang menjadi punca!!



Kerahan tenaga untuk menyelamat apa yang sempat diselamatkan!




Suasana padang sekolah semasa hujan ribut!






Suasana Taman Lim yang banjir selepas hujan lebat dalam kira-kira 30 minit sahaja...

Inilah kali kedua sepanjang perkhidmatan aku di sekolah ini, keadaan ini terjadi! Perjalanan balik ke rumah juga mengambil masa yang lebih lama dari biasa kerana jalan keluar sangkut dek banjir...Beberapa anak murid aku juga sudah bermuram durjana kerana mereka risau kalau-kalau rumah mereka juga dinaiki air...nak buat macamana, kehendak alam!

8 comments:

ichivip said...

cikgu, mmg betul ckp cikgu! Habis rmh SHARMILA penjual kacang banjir! kasihan dia cikgu

PakTeh said...

Masya Allah. dahsyatnya hujan. moga2 dokumen & barang2 berharga sempat dapat diselamatkan.

nampaknya awning kena adjust ke atas lubang angin lepas ni. selalunya mcm ni lah. selepas sesuatu luar biasa berlaku, baru kita perasan kita ada silap di mana2.

Pak Ngah: said...

:: sesekali terasa seronok jugak hal2 meranduk ayaq niii... tapi kalau acapkali berlaku... tau2 je leee...

:: sorang boss petang yg prihatin kepada anak buahnya... terubat hati anak buah seketika bila boss tunjuk muka...

Sharifah Hassan said...

Dear Niedie94,

Interview sharmila...alahai..kesian dia! Katanya dia lepak kat kedai kacang putih dia sampai 2 am, pastu balik cuci rumah dan tidur 5 am. Kerugian banyak...Paling teruk ialah membasuh baju la sebab washing machine abissss....

Sharifah Hassan said...

Salam Pakteh,

Satu kelemahan bila terlalu ramai wanita di sekolah...54 guru dan hanya 4 lelaki!

nasib baik 3 biji komputer tak jahanam, kalau tidak jenuh nak retrieve dokumen!

Sharifah Hassan said...

salam PakNgah,

Antara sebab kenapa saya stay kat petang ialah bos petang yang prihatin...sangat penting! Kerana tidak ramai guru yang ingin berkhidmat di sessi petang, PENAT woooo....kerja dari 6 am sampai 7 pm!

Ini kali kedua saya berkhidmat di sessi petang. Kali pertama ketika saya mula2 datang untuk setahun dan kini selepas pulang berkursus...itu pun tak tau lagi lepas ni nak ke mana sebab guru yang menggantikan saya dah terpacak kat sekolah...

Pak Ngah: said...

:: salam... nampaknya macam nak kena pindah atau memang mohon berpindah...

:: kalau dah punya MA... bagus mohon jadi pensyarah di IPG... profesion yang sama cuma ruang lingkup yang sedikit berbeza...

Sharifah Hassan said...

Salam Pakngah..

Pasti akan manamatkan MS yang terbantut dulu!! Tapi tidak ada perancangan untuk ke IPG kerana macam tak berbakat nak mengajar orang nak mengajar!
Perbezaan ruang lingkup yang berbeza membuatkan jiwa menjadi berbeza, mungkin saya juga akan menjadi orang yang berbeza...belum tahu bagaimana nak mengimbangi perbezaan-perbezaan itu...