Monday, August 4, 2008

Kehidupan

Kita semua dikurniakan sebuah kehidupan yang kita lakarkan mengikut warna yang kita pilih. Istimewanya kehidupan kita ibarat ia sebuah anugerah yang hanya milik kita semata-mata dan bukan untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja.
Aku memilih untuk "live life to the fullest"... sebab aku berhak untuk hidup dengan cara yang aku ingini. Maka pilihan yang dibuat dalam hidup aku adalah demi kebaikan diri aku dan pastinya yang terbaik untuk aku...
Adakah aku mementingkan diri aku sendiri? Mungkin ya dan mungkin tidak tetapi ia berbalik pada apa yang aku kembalikan pada kehidupan jua. Jika aku inginkan yang terbaik, pastinya aku akan memberikan yang terbaik walaupun yang terbaik yang aku berikan bukanlah yang terbaik di mata yang memandang. Namun begitu, aku telah menjalankan peranan aku.
Harapan aku pada kehidupan ialah...aku akan mendapat apa yang aku harapkan dan begitu jua dengan mereka yang hidup di sekeliling lingkaran kehidupan aku...

2 comments:

aQQim said...

salam. pernah dengar tak ungkapan ni.. "kadang2 apa yang paling kita nak, itulah yang paling susah nak dapat"
kita hanya merancang, kuasa ditanganNya menentukan..

Sharifah Hassan said...

Salam kembali,
pernah tak dengar ungkapan ni pulak...

"yang paling susah nak dapat, itulah yang paling kita nak"

macam mana tu cikgu?