Rezeki hari ni banyak untuk Anisa sebab hari ni baru aku bergerak ke Ipoh untuk menguruskan pertukarannya dari SRJK(C) Poi Lam ke Taiping. Setelah aku berbincang dan veto (biasalah kalau maknya cikgu)...aku merasakan dia akan lebih selesa di SRK Simpang yang hanya walking distance dari rumah.
Mengikut prosedur yang ditetapkan, pelajar dari aliran SRJK yang ingin bertukar ke SK/SRK perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran. Proses ini akan mengambil masa lebih kurang sebulan sebelum kelulusan dikeluarkan.
Maka selepas aku bersembang dengan kerani sekolah Poi Lam, akhirnya aku mendapat salinan untuk dibawa ke SRK Simpang. Malangnya dokumen aku tidak lengkap menyebabkan esok aku kena ke Ipoh sekali lagi. Walaubagaimanapun, tanpa dokumen di tangan, aku terus ke SRK Simpang dari Ipoh dengan harapan untuk berjumpa dengan Guru Besar.
Itu yang dikatakan rezeki. Masa aku melilau mencari jalan masuk ke sekolah, itu aku ternampak kelibat seorang lelaki berbaju batik yang mengusung kotak-kotak. Dan akhirnya, bila aku jumpa jalan masuk, aku bertembung dengan lelaki yang sama tapi kali ni dia sudah menyusur keluar dari sekolah menaiki Kancil. Aku sempat menahan beliau dan bertanya sama ada boleh atau tidak Anisa ditumpangkan di sekolah itu mulai hari Isnin. Dengan tidak banyak bersoal jawab, lelaki itu hanya meminta salinan permohonan pertukaran dari sekolah lama untuk diproses oleh kerani sekolah ini. Akhirnya aku bertanya soalan cepumas! Sah beliau ialah Guru Besar sekolah tersebut. Langkah kanan aku!
Dari maklumat yang telah aku kutip, Kelas POL boleh diikuti bagi pelajar Melayu yang berminat. So aku berharap sangat di sekolah barunya ada disediakan kelas ini supaya Bahasa Mandarin yang telah dikuasai itu dapat diasah terus supaya tidak hilang.
Masalah utama bagi pelajar transisi biasanya ialah Bahasa Melayu, yang aku akui memang Anisa lemah...selalu fail! Tetapi kini dia tidak dibebani oleh Pemahaman Bahasa Cina, Penulisan Bahasa Cina, Maths in Mandarin dan Science in Mandarin. Dia hanya perlu menumpu pada Bahasa Melayu sahaja untuk meningkatkan kemahiran penulisan dan pemahamannya.
No comments:
Post a Comment