Aku membaca journal seseorang yang aku sayangi hari ini.
Kisahnya tentang seorang gadis yang memiliki sebuah hati. Hati ini semakin membesar setiap hari dan dia mencari lelaki yang dapat mengambil hatinya yang semakin membesar itu. Malangnya setiap lelaki yang ditemui akan menolak atau melarikan diri dari hati tersebut. Akhirnya hati itu semakin mengecil dan terus mengecil...
Kehidupan seorang wanita ialah mengenai bagaimana dia menjaga hatinya dan kemudian menyerahkan hatinya kepada penjaga yang terpilih. Bukan mudah untuk memahami hati seorang wanita dan benar-benar menyelami apa yang tersimpan jauh di lubuk hatinya itu.
Ramai lelaki tersepit di antara memahami tetapi tidak dapat menerima atau menerima tetapi tidak memahami.
Seharian hari ini aku duduk bersama seseorang cuba memahami dan menerima keadaan mengapa hati seorang wanita akan membesar dan membesar tetapi selepas ditolak ia semakin mengecil dan terus mengecil...
Hari ini aku juga mengenal diri aku sendiri...
Terkedu juga aku seketika bila tiba-tiba aku menyedari bagaimana aku cuba membetulkan banyak keadaan sedangkan lebih baik jika aku belajar menerima sahaja...
4 comments:
my heart just shrank....
salam...kekadang kita meluka kan hati seseorang tanpa kita ketahui...
hi honey...
it shrank just to grow even better...slimming down is healthy....hahahahah!
dear arsaili...
i learnt that too...terutama bila kita cuba membetulkan sesuatu mengikut acuan kita tanpa menyedari seseorang itu sudah selesa berada dalam acuan pilihannya sendiri...
Post a Comment