Thursday, June 5, 2008

Hijab

Mencari...
Aku mula mencari erti diri aku sendiri bila aku berjalan di 2nd Street di Philadelphia pada 3 Mei 2007. Tarikh itu adalah hari pertama Musim Panas di sana. Ketika itu aku berjalan seorang diri dengan menaiki bas No 21 menuju ke jalan yang sangat terkenal di musim panas kerana jualan-jualan murah.
Mencari diri sendiri, ibarat mencari Tuhan. Aku selalu terasa hilang dalam ramai. Teringat aku perasaan aku ketika itu apabila dalam keriuhan dan kebisingan manusia-manusia kulit putih dan hitam riuh menyambut kehadiran Summer; aku terpaku memandang bayangan aku sendiri di cermin...Itukah wajah Sharifah yang hampir 5 bulan meninggalkan bumi Malaysia? Seorang perempuan yang sanggup meninggalkan segala-galanya di Malaysia semata-mata mencari halatuju dan matlamat hidupnya.
Satu perasaan halus yang menusuk kalbu aku kerana ketika itu aku sudah merancang segala-galanya untuk hilang dalam ramai manusia. Dengan kebebasan, wang dan cara yang sudah ada di tangan, aku sudah menghalusi setiap langkah yang bakal aku atur untuk menghilangkan jejak aku.
Perasaan halus itu akhirnya mengetuk pintu hati aku untuk mencari jalan pulang...
Aneh bila aku memikirkan kekuasaan Allah dalam menyusunatur semua perancangan manusia yang hanya dapat dilaksanakan apabila segala-galanya sampai pada masa yang ditentuNya...
Aku bersyukur...

9 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... kita sekadar merancang dan berusaha je... namun jika disekalikan dengan doa dan tawakkal kepadaNYA... apa2 yang berlaku kemudiannya... kita redha je le...

Sharifah Hassan said...

Salam...

merancang~berusaha~tawakkal~redha...

Setiap langkah yang diambil sebenarnya telah menyempurnakan rancangan itu.

Selalunya kita kecundang kerana kita meletakkan pengharapan yang tinggi. Kata mudah~:ISO yang fuiyoooh!Last-last buat muka seposen jerrr...hahahahaha!

Pak Ngah: said...

:: salam... meletakkan harapan yang tinggi tu OK... letaklah setinggi mana pun harapan tu... tak kisah... asalkan ada asas bagi kita untuk mencapainya... namun kena redha akhirnya... sebab kekadangnya banyak angkubah lain yang MUNGKIN berjaya mempengaruhi agar tidak terlaksananya harapan asal...

Pak Ngah: said...
This comment has been removed by the author.
Sharifah Hassan said...

Salam kembali,

"asas"...sometimes, we thought we knew WHY we want it so badly but then "angkubah" makes us REALISE why we change our mind for not wanting it anymore!

Balik asal jerr..dan re plan apa yang diharapkan dengan mengubah kat mana-mana yang dirasakan perlu.

Yang paling penting, langkah ke hadapan terus diatur, dengan menyediakan ruang untuk memberi yang terbaik bersesuaian dengan ISO yang ditetapkan!
Boleh kut gitu?

Pak Ngah: said...

:: salam... kalau harapan yang tinggi telah ditetapkan (ISO?)... dan kalau kita perlu merancang semula akibat banyak angkubah lain yang datang di luar jangka... MUNGKIN memberi makna yang kita telah tidak berjaya merancang dengan sebaik2nya... dan MUNGKIN harapan tinggi yang telah ditetapkan (ISO?) itu juga sebenarnya adalah di luar kemampuan kita untuk mencapainya... emmm... dan MUNGKIN juga macam kita syok sendiri je... iaitu meletakkan harapan tinggi kononnya kita mampu mencapainya... tapi akhirnya kecundang... sebagaimana reaksi/komen cikgu sharifah dalam entri ini sebelum ini... emmm...

Sharifah Hassan said...

Salam kembali...

hahahahah!!

it is the journey that matters most not the destination!

we learn along the way and be wiser with our choices!

boleh gitu??

Pak Ngah: said...

:: sharifah hassan: salam...

:: pilihan tu lain... perjalanan tu lain... destinasi tu lain... emmm...

:: apa2pun lebih baik kecundang/gagal setelah mencuba dan berusaha demi mencapai harapan yang tinggi... berbanding... tidak melakukan apa2... emmm...

Sharifah Hassan said...

Salam PakNgah...

dari pilihan yang ada, kita tentukan destinasi dan dari situ kita merancang perjalanan!

ada pula yang hanya terus berjalan, melihat pilihan yang ada tanpa menentukan destinasi...

ada pula yang membuat pilihan selepas sampai ke destinasi tanpa memikirkan perjalanan yang telah dilalui...

akhirnya singgah je kat R&R...heheheh!