Sunday, June 8, 2008

Sirih Bertepuk Pinang Menari


Adat istiadat Melayu memang tinggi nilainya. Tetapi apa yang aku ingin paparkan ialah keadaan yang berlaku semasa Majlis Bertukar Hantaran semasa di MakNjang Tebuk Yan siang tadi. Terselit dicelah-celah hantaran ialah sirih junjung dari pihak perempuan dan tepak sirih dari pihak lelaki.
Selesai menyarung cincin, maka bertukar-tukarlah kedua belah pihak segala mak neka hantaran yang telah disediakan dan akhirnya bertukar tanganlah tepak sirih dari pihak lelaki. Maka di pihak perempuan, apabila menerima tepak sirih, ingin dibalas dengan sirih junjung tetapi kerana pihak lelaki inginkan kembali tepak sirih yang telah dihantar, maka pihak perempuan terkial-kial juga untuk membalas beras dan wang yang disimpan dalam tepak tersebut. Malahan ada juga beberapa gulungan rokok daun, seulas sirih pinang. Akhirnya semua orang yang ada di dapur menyumbangkan pengalaman yang ada. Maka dimasukkan gula, garam, beras pulut dan wang RM5 sebagai balasan kepada beras, RM5.25.
Rasa-rasanya makin ramai yang tidak faham kehalusan adat dan istiadat dalam Majlis Pertunangan. Nilai sebuah tepak dan sirih junjung kini lebih sebagai dekorasi dari melambangkan cinta sebagai ikatan dua hati menjadi satu jiwa...

No comments: