Hari Sabtu ni, sekali lagi aku berpeluang ke Pasar Tani! Rasanya aku dah meninggalkan kerjaya aku sebagai peniaga pasar malam dan pasar tani ni sejak aku ke US! Syioknya! Cuma kali ni aku bergabung tenaga dengan beberapa orang yang rapat dengan aku.
Kenapa aku suka...sebab aku boleh bermain satu permainan! Permainan untuk mengeluarkan wang dari poket pembeli! Satu permainan yang sangat menguntungkan dan dalam masa yang sama mengasah minda aku untuk sentiasa mencari jalan menarik tangan pembeli untuk leka menarik wang keluar dari saku tanpa mereka sedari dan bagaimana untuk aku membentuk persepsi bahawa barangan yang mereka beli sangat berbaloi dengan nilai wang yang dikeluarkan!
Keseronokan permainan ini membentuk aku menjadi manipulator keadaan di mana aku dapat belajar membaca sejauh mana "mangsa" aku dibelit, dililit dan akhirnya terikat tanpa jalan keluar!
Itulah kuasa kehebatan minda yang kalau dapat diasah dan digunakan seratus peratus! Malangnya kita hanya menggunakan lebih kurang 10 peratus dari kehebatan yang Allah telah kurniakan untuk kita!
No comments:
Post a Comment