Friday, June 20, 2008

motivasi

Hari ni, Tuan Pengetua bercakap tentang nilai sebuah motivasi..."drive force"! Tidak ada manusia yang tidak ada motivasi tetapi bagaimana mereka menggunakan skala motivasi untuk akan menampakkan sama ada mereka pandai atau tidak menggunakan motivasi yang ada dalam diri mereka.


Menurut beliau, seorang pelajar mungkin mempunyai 90% motivasi untuk bermain dan 10% motivasi untuk belajar. Maka bagaimana kita sebagai guru mengubah skala motivasi tersebut.


Hari ini aku berdepan dengan beliau untuk memohon kebenaran untuk pelajar menyertai pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah LMS. Ini adalah kali pertama pelajar diberi peluang melibatkan diri dalam satu projek yang dianggap besar dan cukup sukar untuk dikendalikan ( dipetik dari kata-kata PK Koku SMK Tarcisian Convent ketika pasukan drama menarik diri dari pertandingan pada tahun 2007 kerana aku ke US). Sukarkah?


Aku bersetuju dengan kata-kata pengetua aku itu sebab untuk menggubah skala motivasi pelajar, kita perlu mempunyai titik tolak untuk memulakan langkah pertama. Dan memang betul bukan mudah untuk menjadi "trendsetter". Guru yang benar-benar memahami kerjaya keguruan sebenarnya ialah seorang "catalyst" dan "trensetter"!


Bagi aku secara peribadi, aku telah memulakan titik tolak untuk mengubah skala motivasi pelajar aku walaupun dengan permulaan yang sangat-sangat perlahan....sekurang-kurangnya kini aku sudah mempunyai pasukan debat bahasa inggeris, pasukan choral speaking dan pasukan drama! Walaupun akan makan tahun untuk mereka berdiri sama gah dengan sekolah mission atau premier yang telah lama mempunyai tapak tetapi aku sentiasa berpegang pada prinsip segala-galanya bermula dari langkah pertama. Dan bermula dari mereka, harapan aku ialah pelajar ini akan menjadi catalyst dan trensetter di kalangan rakan mereka pula.

No comments: