The Science of Getting Rich adalah antara buku untuk meningkatkan diri yang sudah lama berada di pasaran sejak tahun 1910! Kebetulan hari ni aku dan Sufi menghabiskan masa di TESCO mencari barang keperluan kebun aku. Ternampak buku-buku mark down price yang macam tidak berusik. Aku dan buku adalah sepasang kekasih gelap yang sentiasa cerah!!! Teringat aku ada satu kali tu kawan-kawan aku keluar dengan aku, apa aku buat..hehehehe..cari buku cerita, masuk McDonald, duduk diam-diam...senyap je dengan kekasih gelap aku! Pernah sekali rahsia handbag besar aku terbongkar....aku menyorokkan kekasih gelap aku untuk dibawa ke mana-mana. Mana boleh tinggal beb!
Buku The Science of Getting Rich pernah aku jumpa di Border Philly masa aku keluar dengan seorang guru dari Constitution High School. Masa tu aku belek tapi tak terfikir nak beli. Nampaknya di Malaysia lagi murah! Hanya RM 6.98 je.
Apa yang menarik tentang buku kecil ini ialah bagaimana kita mencapai apa yang kita inginkan, bukan semata-mata kekayaan semata-mata tetapi apa jua yang kita idamkan. Buku ini memberikan pendekatan bagaimana menggunakan idea kemudian apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah yang datang. Apa yang paling penting ialah memahami bahawa kita hanya dapat mencapai apa yang kita inginkan melalui mencipta keadaan dan situasi bukannya menganggap masalah yang kita hadapi sebagai satu persaingan yang akhirnya menjatuhkan kita.
Paling menarik sekali pendekatan dalam buku ini ialah bagaimana kita membawa orang lain bersama-sama kita dalam mencapai impian kita dengan membentuk keadaan dan situasi bahawa impian kita bukanlah impian kita semata-mata tetapi impian semua orang!
Dari sudut pandangan aku sebagai seorang wanita, buku ini menyedarkan aku erti suri yang sebenarnya. Aku selalu membayangkan keadaan-keadaan wanita dulu yang sekadar menjadi suri di dapur, hidup mendambakan diri pada suami dan anak-anak, tapi kini aku rasa suri membawa makna wanita yang mampu menangani masalah yang datang dari pelbagai sudut tak kiralah sama ada masalah emosi atau untuk menguji kekuatan mereka. Satu yang aku faham wanita kini sudah mula mengorak langkah belajar memahami dan menerima bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cuma cara dan kaedah yang betul perlu dikenalpasti dari apa jua sumber!
Maka aku rasa aku memang tak sesuai duduk kat dapur je...hehehe...
No comments:
Post a Comment