Friday, June 6, 2008

Pilihan di tangan kita...

Ramai yang mula bersungut tentang kenaikan harga minyak yang pastinya akan melarat kepada kenaikan harga barangan lain. Walaupun subsidi diberi kepada pengguna kenderaan antara RM150 sehingga RM650 secara tunai bagi mereka yang memperbaharui cukai jalan di pejabat pos secara sendiri tapi masih banyak lagi alternatif yang perlu kita lihat sebelum terus meloncat!
Antara pilihan yang paling menarik ialah menukar enjin kereta yang menggunakan petrol kepada NGV~ natural gas vehicle. Kos kit penukaran hanyalah sekitar RM 2900 dan mungkin lebih murah dari itu bergantung kepada cc enjin. Harga seliter gas asli ialah RM0.68 sen. Tak salah kalau kita mula bertanya pada mekanik kereta. Dah banyak SUV yang mula beralih kepada alternatif ini.
Setahu aku, masalah kenaikan minyak dan barangan harian adalah masalah global, maka ada baiknya kita "glocal" kan masalah ini dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan di negara kita sendiri. Mungkin sudah sampai masanya kita mula mengenepikan sikap pentingkan diri sendiri dan belajar menerima hakikat bahawa semua masalah perlu dikongsi dan bukan semata-mata memikirkan ia adalah masalah kerajaan dan pemimpin semata-mata. Walaupun kita pengguna, mereka juga pengguna seperti kita...dan walaupun kita membayar cukai, mereka juga pembayar cukai seperti kita cuma kerja mereka sebenarnya lebih lagi dari kita kerana dalam memikirkan masalah mereka sendiri, mereka juga perlu memikirkan masalah kita sebagai rakyat.
Masalah utama kita ialah kita selalu menganggap masalah orang adalah masalah orang bukannya masalah bersama. Kita seringkali melarikan diri kita dari masalah dengan menyalahkan orang lain dan menyerahkan masalah itu kepada orang lain dengan harapan masalah itu selesai sendiri.
Ramai juga diantara kita yang menjadikan alasan bahawa kita tidak layak untuk membuat keputusan kerana kita bukan pembuat keputusan sedangkan secara kolektif bila ada keputusan dari semua orang barulah satu kata putus dapat dibuat.
We are the 100TH MONKEY.

12 comments:

Anonymous said...

KERAJAAN @ MENTERI DIBAYAR UNTUK MEMIKIRKAN MASALAH RAKYAT.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Menteri: (sumber : Org Dalam)
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri atau Tim. Menteri juga merupakan:-
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pendapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

IF I WERE PAID THAT MUCH TO THINK ABOUT THE PEOPLE'S PROBLEM, I WOULDN'T MIND AT ALL !!!
Apalah sangat kenaikan harga minyak 78 sen bagi golongan ini?

Sharifah Hassan said...

Salam,

True! But then kenapa perlu kita biarkan orang lain memikirkan masalah kita? Iskh...

Kita yang menentukan segala-galanya walau hanya dengan membiarkan kerajaan menentukan masa depan kita. Mereka dibayar gaji lumayan pulak tu...sekarang siapa yang bodoh? Kita yang memilih kerajaan atau mereka yang memilih menjadi kerajaan?

Anonymous said...

>But then kenapa perlu kita biarkan orang lain memikirkan masalah kita?
Antara masalah yang kita hadapi adalah berpunca daripada harga barangan yang dinaikkan oleh kerajaan. Oleh itu wajarlah kerajaan perlu berfikir bagi pihak kita kerana masalah kita itu datangnya dari kerajaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kalau tidak, menteri2 yang dibayar gaji berpuluh2 ribu makan gaji buta pulak.

> sekarang siapa yang bodoh? Kita yang memilih kerajaan atau mereka yang memilih menjadi kerajaan?
'Mereka' hanya boleh menjadi kerajaan sekiranya dipilih oleh kita. Yang bodoh tentulah kita sebab kita yang menentukan 'mereka' yang akan mewakili kita. Walau bagaimanapun, selagi sesebuah negara mengamalkan demokrasi, pilihanraya akan diadakan, maka proses memilih dan terpilih tetap akan berlaku. Dan yang 'bodoh' serta 'diperbodohkan' tetap tidak dapat dielakkan.

Sharifah Hassan said...

salam,

Maka kekal bodoh la mereka yang terus memilih kerajaan...

Bukankah pilihan di tangan kita!

Kalau harga barang naik...nak melenting tapi kita yang pilih!

Kartun betoi!

Anonymous said...

Cik Puan macam confident saja ? Apa... kalau parti pakatan yg menjadi kerajaan, harga barangan tak naik ke ? Kalau begitu, marilah kita ramai2 pilih parti pakatan dalam PR yg akan datang. Kalau harga barang naik juga, maka kita yang bodoh kerana memilih parti pakatan dan membuang kerajaan sedia ada. sebab tu saya katakan tadi, selagi adanya negara demokrasi & PR, yang 'bodoh' serta 'diperbodohkan' tetap tidak dapat dielakkan.

Sharifah Hassan said...

Salam,

saya tak sebut pun pasal parti politik tapi saya menekankan bahawa KITA ADALAH KERAJAAN. Kita yang berhak menentukan apa yang kita mahu.

Jangan sempitkan pemikiran semata-mata pada BN dan Pakatan semata-mata sebagai saluran untuk hidup di bumi Malaysia. Banyak lagi cara lain yang boleh kita ambil supaya kita boleh dan mampu berdiri sendiri tanpa bergantung pada "kerajaan"...

Boleh fikir sendiri kan?

Anonymous said...

>saya tak sebut pun pasal parti politik tapi saya menekankan bahawa KITA ADALAH KERAJAAN. Kita yang berhak menentukan apa yang kita mahu.
Correction. Kita bukan kerajaan. Kita hanyalah rakyat yang berhak menentukan parti mana yang kita pilih untuk menjadi kerajaan. Kalau kita kerajaan, dan berhak menentukan apa yang kita mahu, maka saya cabar cik puan (sebab cik puan juga adalah ‘kita’)agar mendesak PM menurunkan semula harga minyak ke kadar asal. Boleh ke cik puan buat begitu? Tentu tak bolehkan? Sebab KITA BUKAN KERAJAAN, SEBALIKNYA KITA HANYA RAKYAT YANG TERPAKSA ATAU DIPAKSA BERJUANG UNTUK MENGADAPTASI MENGIKUT ‘RENTAK’ YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN YG MEMERINTAH. Kita hanya berhak menentukan bagaimana nak rolling duit yg kita ada, sesuai dengan kemampuan kita, dalam keadaan yg semuanya ‘naik’ disebabkan kerajaan yang menaikkannya. Satu saja yg tak naik…..Anu Pak Lah. Kah kah kah……..

>Banyak lagi cara lain yang boleh kita ambil supaya kita boleh dan mampu berdiri sendiri tanpa bergantung pada "kerajaan"...
Betul. Contohnya, kalau dulu pergi kerja naik kereta, sekarang boleh naik basikal. Kalau tempat kerja jaraknya 10km, jogging pun boleh. Dekat je tu. Badan pun sihat. Tengah bagus jogging, Mercedes menteri berdesup lalu kat sebelah. Kita senyum je sampai telinga, sambil lambai2 tangan kat menteri.Kalau duit gaji tak cukup, buatlah apa yg patut, bisnes ayam ke, cendawan ke, rompak bank ke. Pilihan di tangan kita kan?

Sharifah Hassan said...

Salam...

saya lebih rela jadi golongan subcontract dari golongan subsidi!

Mungkin bagi awak menjadi golongan subsidi lebih baik..terpulang!!!

Kenapa nak melenting kalau menteri naik mercedes dan kita naik basikal...kalau kita nak naik mercedes, kerja la macamana mereka kerja...mulut tak bercakap tangan yang bergerak!

Ini ramai di kalangan rakyat hanya mampu bercakap tapi suruh buat, tak jadi...

kalau bela ayam dapat duit...lebih baik dari duduk bersembang di kedai kopi buang duit..tak gitu?

sememangnya pilihan di tangan kita...sampai bila2 pun, taraf hidup terus meningkat...kalau yang turun pun nilai matawang! (tak tau la pulak pasal anu Pak Lah...nak buat camna, dia bela JIN!)

Anonymous said...

Ni apa hal pulak melalut sampai golongan subsidilah, subcontractlah…???

Mula2 cik puan kata kerja pemimpin lebih lagi dari kita kerana dalam memikirkan masalah mereka sendiri, mereka juga perlu memikirkan masalah kita sebagai rakyat.So, saya jawab, memang patut pun mereka kena fikir masalah kita, because they are paid to do the job.

Lepas tu, cik puan pertikai pulak siapa yang bodoh, kita ke kerajaan? Saya jawab tentulah kita, cos kita, rakyat yang mengundi siapa yang mewakili kita.

Cik puan smash balik mengatakan yang pilih kerajaan akan kekal bodoh. Saya jawab, siapa pun yang jadi kerajaan, yang bodoh tetap kita sebab kita yang pilih kerajaan tu, tak kiralah BN atau pakatan.Dalam konteks ini, pemahaman saya, kerajaan adalah BN sebab sekarang BN yang memerintah.

Cik puan balas balik mengatakan bahawa KITA ADALAH KERAJAAN. Saya perbetulkan. Mana boleh rakyat jadi kerajaan. Kalau rakyat jadi kerajaan, bolehlah kita tetapkan harga beras, petrol, susu tepung dll. Dan saya setuju dengan statement cik puan bahawa kita kena berdiri sendiri, jangan bergantung pada kerajaan. So I come out with some positive & negative alternatives to settle the price increased. Bukankah secara logiknya, itu yg akan berlaku? Rakyat yang ada modal, ada inisiatif, akan berusaha berniaga manakala yang lainnya mungkin akan ambil jalan mudah untuk tambah pendapatan. Yg cik puan nak melenting tak tentu pasal tu apa hal pulak? That’s the reality. Kalau tak caya, kita tunggu dan lihat sama ada price increased ini akan melonjakkan statistik usahawan baru dan kadar jenayah di negara ini atau tidak.

> Kenapa nak melenting kalau menteri naik mercedes dan kita naik basikal...kalau kita nak naik mercedes, kerja la macamana mereka kerja...mulut tak bercakap tangan yang bergerak!
I have a real big laugh!!!! This is the 1st time that I’ve ever heard that menteri mulut tak bercakap tapi tangan yang bergerak. Don’t you think that it is ACTUALLY the other way round? Bukankah menteri cuma pandai mengarah je, yang menggerakkannya orang bawahan macam kita ni?

Saya setuju bahawa kita jangan jadi golongan subsidi tapi ketahuilah cik puan bahawa subsidi yang kita nikmati itu sememangnya hak kita. Lebih tinggi harga minyak dunia, lebih banyak pendapatan kerajaan sebenarnya melalui Petronas. Ini kerana minyak kita dijual pada harga jauh lebih tinggi di pasaran dunia kerana kandungan sulfurnya yang rendah dan sesuai dijadikan bahanapi kapal terbang. Kalau tak, tak kan Petronas boleh bagi bonus 7 bulan pada semua pekerjanya? Tapi kakitangan kerajaan, bonus 2007 tak ada dan kabarnya 2008 pun tak ada sebab takut harga barang naik. Cik puan mungkin tak kesah pasal bonus atau harga barang naik sebab bisnes cik puan kencang. Tapi jangan lupa ramai di luar sana yang tidak berpeluang seperti cik puan untuk berbisnes disebabkan kekangan2 tertentu. Jangan riak sangat konon cik puan bukan golongan subsidi. Allah Taala kalau nak tarik rezeki bisnes cik puan, bila2 pun boleh!!!!!!

Sharifah Hassan said...

Hahahaha...kalau duduk semeja nih, confirm boleh melayang pinggan mangkuk!!!

Terima kasih kerana bersetuju dengan pendapat saya. Dan saya minta maaf sebab membuatkan anda terasa yang saya melenting dengan statement awak...

Saya sekadar ingin memahami dan menerima perbezaan antara kita semua. Kelemahan saya jika saya tidak mampu menerima buah pendapat awak!

No hard feelings..please!

Anonymous said...

>No hard feelings..please!
Yeaaa....sure.
Kata orang tua2....usik-mengusik bawa bahagia?

Sharifah Hassan said...

Oh my gosh....I memang your top of the list ek????

Thank you and am honoured!