Sunday, June 15, 2008

Surviving Cancer

Dedicated to my close friend~ Sharifah Rashidah

Teringat aku pada tahun 2005, aku keguguran anak keempat dan telah ditemui beberapa ketul cyst dalam uterus aku. Ketika itu gelap jugalah dunia aku. Sokongan dari doktor pakar dan sahabat telah mengangkat aku ke tahap yang pastinya lebih baik. Enam bulan selepas itu aku mengandung semula. Alhamdulillah satu-satunya waris kuat dilahirkan.
Iktibar yang aku kutip sepanjang perjalanan ini ialah, jangan sesekali menyerah kalah. Apa yang harus dilakukan ialah terus melangkah ke hadapan dan berdepan dengan segala onak dan duri.
Tahun 2007 juga merupa tahun yang paling mencabar untuk diri aku kerana buat pertama kali aku meninggalkan keluarga dan anak-anak untuk membuat beberapa keputusan penting dalam hidup aku. Dan kini di saat ini aku merasakan Allah sentiasa dekat dengan aku dan sentiasa melangkah bersama-sama aku.
Beberapa hari lepas, aku keluar minum dengan Honey, dia memberikan aku hasil tulisannya yang begitu impressive! Terselit sebuah kisah yang turut menyentuh aku sebagaimana ia telah menyentuh Honey...
Begini kisahnya..
Seorang lelaki berjalan di atas pasir di persisiran pantai dan jelas kelihatan sepasang tapak kaki yang sentiasa mengikutinya ke mana sahaja. Tetapi apabila lelaki itu melalui denai dan tanah semakin keras, didapati tapak kaki itu sudah tidak kelihatan lagi...
Lelaki itu bertanya kepada tuhan, kenapa begitu? Kenapa di waktu senang, di tanah yang lembut dan halus dia dapat melihat tapak kaki itu tetapi bila dia melalui tanah yang keras dan denai yang sukar dan apabila dia terpaksa memanjat bukit yang tinggi, tapak kaki itu tidak lagi kelihatan...
Jawapan dari Tuhan cukup menyentuh lelaki itu dan menyedarkan dia dari kealpaannya...Kata Tuhan, semasa di pantai, DIA sentiasa bersama lelaki itu melangkah bersama-sama tetapi apabila lelaki itu mula melalui jalan yang sukar, tapak kaki itu tidak lagi kelihatan kerana Tuhan telah mengangkat lelaki itu tinggi untuk terus melangkah ke hadapan...
Begitu juga dalam kehidupan...semasa senang, kita memikirkan tapak kaki yang kita nampak itu adalah tapak kaki kita sendiri dan kita lupa dengan siapa kita berjalan. Tetapi bila tapak kaki itu mula hilang dan kehidupan menjadi semakin payah dan sukar, barulah kita mencari Tuhan sedangkan ketika itu Tuhan sentiasa bersama kita, memberi kekuatan untuk kita terus kehadapan...
Aku pasrah kini dan menyerah pada yang ESA....
Thanks Honey...
and Sharifah Rashidah...you are a survivor!

No comments: