Saturday, June 7, 2008

Pasar Tani Pertama




Pasar Tani yang pertama telah berjaya dianjurkan oleh FAMA di Pantai Remis. Jelas terujanya wajah-wajah mereka yang kali pertama membuka meja di Pasar Tani ini! Aku hadir sebagai pembakar semangat jer! Dengar cerita cendawan sold out! Begitu juga chocolate cake yang dibuat. Paling best sekali ialah pihak FAMA sudah bersetuju untuk membuat promosi makan cendawan pada hari Sabtu minggu ketiga. Maka, rumah cendawan di Pantai dan Taiping akan bergabung tenaga untuk menyediakan cendawan segar dan beg cendawan yang sedia mengeluarkan hasil untuk dijual. Promosi percuma jangan disia-siakan!


6 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... tahniah kerana berjaya dan mampu menjadi pembakar semangat...

Zuraidah said...

Salam,
Tadi, Kak Dah dengo Bang Chik berbual dan gelak beso ngan Kak Yah....kemudian ngan Pak Ndak....Kak Yah kata ...ada duit biru, merah, hijau dan note beso pun ada...hehehe

Sharifah Hassan said...

Salam PakNgah,

Saling membakar!!! Tak sabar tunggu sabtu minggu ketiga...seronok tengok Kak Yah semakin bersemangat dan BangNdak mula mencari rentak bersesuaian dengan jiwa...hehehehe...

Sharifah Hassan said...

Salam Kak Dah,

Memang tengok Kak yah dah seronok...tambah pula kek dah mula ada permintaan dan FAMA memberi sokongan untuk cendawan...kita sama-sama menyokong dari belakang...balik la sabtu minggu ketiga...ramai-ramai promosi cendawan dan kek untuk Kak Yah...

BangNdak pula bersemangat nak tambah meja, besarkan walaupun belum tahu apa yang nak dijual!!!

Anonymous said...

Mesra sungguh Saripah ngan keluarga ini. Siapa mereka ini? Teringin juga nak join sekali....

Sharifah Hassan said...

Join jerrr...no problem!
Asal jiwa bahagia...hahahaha!!!