Saturday, November 10, 2007

2007 ~ Mencatat Sejarah


Ini adalah minggu terakhir persekolahan bagi tahun ini. Banyak perkara-perkara yang dijangkakan dan yang tidak dijangkakan telah berlaku sepanjang 2007.

Secara peribadi, aku sendiri mula mengalami pelbagai perubahan samada dari segi profesional ataupun secara peribadi.

Banyak azam aku sebelum ini telah berjaya aku capai kecuali jadi JUTAWANITA!!

Aku kini sudah mula menapak langkahku kembali untuk meronda dunia, bermula dari Jepun, USA, Hong Kong dan sebelum berakhir tahun ini ke India. Bukanlah untuk menunjukkan aku ni bagus sangat tapi sekadar melebarkan sayap pengalaman aku untuk menjadi insan yang lebih memahami dan mengerti perkara-perkara yang sebelum ini aku lebih banyak bertanya dari berusaha mencari jawapannya.

Kalau dulu di usia remaja, bila berjalan, yang hanya difikirkan hanyalah untuk berseronok tapi kini bila berada di bumi asing, aku banyak memikirkan betapa kerdilnya aku dan betapa bertuahnya aku diberi peluang mengenali dunia yang hanya dipandang dan didengar. Tetapi aku berpeluang untuk memijak dunia-dunia asing dan menikmati sebuah kehidupan yang jauh berbeza dari rutin dan kebiasaan seharian.

1 comment:

umira said...

cikgu,cantiklah gambar tuuuuuuuuu.