Wednesday, November 21, 2007

Surat yang aku suka...

Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah

Assalamualaikum......

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan

belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi

sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam

biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu

sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan

.either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan

anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...

kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang

lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak

nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab

itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok

perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak

sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya ....makin

umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita

yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam

membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita

tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan

sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak

kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan

selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik

..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak

menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa

hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap

kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan

dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat...

ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib

dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling

berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap

kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia'

dan peranan dapur rupa-rupanya...dan jugak kesan solat jamaah walau

hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar

akhirat, dunia akan mengejar kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah

terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind

each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention

that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and

those to others again; and may the last ones understand his words

better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do

impart this knowledge; you'll lose nothing.

Wallahu A'lam...

No comments: