Friday, November 23, 2007

Secangkir Kopi untuk PakNgah

Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.


Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??


Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.




Petikan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj


Begitulah kehidupan, jika kita hanya melihat kepada yang susah, maka kita akan kehilangan kesenangannya! Kalau kita melihat pada yang negatif, maka kita akan kehilangan positifnya.

Teringat pada seseorang yang pernah menyebut, kehidupan selalunya bukanlah apa yang kita impikan tetapi adalah impian yang perlu dilaksanakan. Maka kita yang perlu bijak "menggunakan sudu" untuk mengacau supaya gula dan susu menutup kepahitannya dan menyerlahkan aroma kenikmatan secangkir kopi.



4 comments:

Pak Ngah said...

:: salam... emmm... macam tu ye...

Sharifah Hassan said...

salam pakngah...

Boleh gitu ke?? Mana tau kut ada yang tak pakai sudu..dia pakai camca ka...kalau teh tarik..kopi tarik...tak pakai sudu...lagu mana pulak?

Pak Ngah said...

salam... macamana pun boleh rasanya... antaranya ada yang cuma pakai pangkal sudu... pangkal garfu... dan ada jugak yang cuma guna jari... semua ni orang lain yang kata... bukan PakNgah yang kata... cuma sebagai tukang catit saja...

Sharifah Hassan said...

Salam,

Hmmm...bila pula nak dengar apa yang pakngah kata??