Aku suka kembali ke masa silam untuk menilik, mencari yang hilang dan mengembalikan sinar kepada kilauan tenaga yang semakin pudar. Kembali ke silam sebenarnya membentuk kita supaya sentiasa berfikir tentang menuju ke hadapan dengan halatuju yang lebih jitu.
Keperluan untuk kita membangun dan mengerakkan diri sendiri perlu berakar umbi dalam minda kita sendiri. Mana mungkin kita berharap kepada mereka yang berada di sekeliling untuk terus meniupkan api kekuatan jika kita sendiri tidak memahami keperluan dan kehendak kita. Malahan dalam menentukan halatuju kita juga perlu berpaksi pada tunjang diri kita sendiri.
Kekuatan dalam diri kita tidak mungkin goyah jika kita sendiri yang meletakkan standard yang perlu kita capai. Cuma kadang-kadang kita tersasar dalam perjalanan kita dek kerana banyak persinggahan yang melekakan kita, ketika ini lah kita memerlukan mereka yang berada di sekeliling kita itu mengejutkan kita. Itu perkara biasa yang diterima oleh semua orang dalam semua keadaan.
Namun ramai di antara kita terus bergantung kepada kejutan-kejutan itu sama ada dalam bentuk sokongan moral, motivasi, provokasi atau pun belaian penghargaan. Malangnya pabila kebergantungan itu akhir melalaikan kita kepada apa yang yang impikan dalam hidup kita dan kita mula menyalahkan ketiadaan kejutan itu apabila kita gagal mencapai sasaran kita.
Perlukan kita menyalahkan parang di lantai bila pinggan ditangan pecah jatuh berderai? Mengapa perlu disalahkan parang di lantai apabila pinggan itu berada di tangan kita sendiri?
Bolehkah kita terus menyalahkan parang di lantai apabila kita sendiri yang membawa pinggan sambil berjalan dan tidak memandang ke parang yang berada di lantai?

No comments:
Post a Comment