Bukan mudah sebenarnya nak mencanai satu perhubungan menjadi berlian berkilau, dan begitu juga bukan senang nak mencari mutiara kasih di lautan sayang yang sentiasa bergelora.
Memang betul seperti ramai yang berkata; lebih mudah menghancur sebuah ikatan dari membinanya tetapi aku sering tertanya-tanya, kalau di hancurkan ikatan lama dan di bina ikatan baru di tanah yang sama, tak boleh ke??
Atau memang salah kalau hati kita mengatakan bahawa aku tahu apa yang aku cari dalam sebuah perhubungan dan aku mahu itu bukan ini?
Ramai di kalangan kita yang terjebak dalam keadaan ini menyebabkan kita terperangkap dalam penjara perasaan sendiri. Nak di luah mati mak, nak di telan mati bapa. Akhirnya termengkelan! Begitu juga nak menyebut bulat-bulat apa yang kita mahu sebenarnya tidak juga mudah. Kita lebih bijak menyebut untuk orang atas dasar empathy tetapi bila kena batang hidung sendiri baru tahu!
Aku banyak memerhati pasangan di sekeliling aku menyebabkan aku mempunyai konklusi tersendiri dalam membentuk perhubungan yang aku inginkan ! Sukar untuk mencari pasangan yang mempunyai daya tarikan yang kuat sehinggakan seolah-olah mereka mempunyai telepathi. Bukan itu sahaja, nak tengok pasangan yang benar-benar bahagia dalam erti kata bahagia yang sebenarnya pun belum ketemu lagi. Malahan memang menarik jika dapat ditemui pasangan seperti dalam cerita 'Titanic' di mana pasangan tua yang tidak dapat keluar dari kapal itu mengambil keputusan untuk berbaring dalam pelukan masing-masing menunggu saat maut menjemput mereka cukup menyentuh naluri aku bahawa kita perlu membina satu perhubungan yang kukuh dan berkait antara dua jiwa.
Ini kerana apabila sebuah perhubungan itu berjaya mengikat dua jiwa menjadi satu hati maka banyak perkara-perkara hebat yang dapat diterokai dan dilakukan bersama.
Cinta memerlukan dua jiwa yang dapat menghalusi setiap tindakan sehinggakan kita dapat membaca setiap gerak geri, tutur kata dan gelak tawa pasangan kita. Keintiman itu akan mewujudkan satu getaran yang bakal membuahkan hasil yang hebat bukan sahaja untuk pasangan itu tetapi juga untuk setiap nyawa yang terikat bersama pasangan itu sama ada anak-anak, mak dan bapa, mentua, ipar duai dan rakan taulan.
Pemahaman ini aku kupas setelah membaca beberapa buku berkaitan dengan psikolgi perhubungan yang menyedarkan aku bahawa dalam sebuah perhubungan, kalau hanya satu pihak sahaja berusaha keras untuk membaja, membelai dan menyiram perhubungan itu maka perhubungan itu sedang menuju ke arah kehancuran. Kita akan menjadi sangat penat kerana kita terasa seolah-olah kita bekerja seorang diri tanpa ada sesiapa yang menyedari tentang apa yang kita lakukan. Akhirnya kita akan berasa kecewa dan akhir sekali kita akan 'give up'!

2 comments:
CIKGU ESK ADA pj X FROM NADHIRAH 1 ORCHIRD
hahahaha....ada kut..!!
Post a Comment