Hari ini agak istimewa untuk ku..Setelah 14 tahun bergelar guru, aku bertemu kembali dengan Guru Besar ku yang pertama dari Sk Kg Nangka! Syahdu beb..tapi idak le sampai meleleh!! Aku terima phone call dari dia masa aku tengah sibuk melawat anak-anak ku mandi di kolam air panas Kg Dusun Tua, Hulu Langat Selangor! Diberitahu secara ringkas bahawa dia berada di Ipoh melawat anak keduanya, Mi yang selamat menerima anak pertama (dari perkahwinan kedua) So, confirm aku wajib melawat dia...11 tahun tak jumpa beb!! Banyak sangat kisah yang aku alami selama menjadi anak didiknya.
So ari ni lepas amik Anisa dari sekolah, dalam pukul 1.30 pm aku terima call dari Ust Mat, bertanya bila nak datang...bunyi macam merajuk jer sebab aku janji nak melawat dia waktu pagi...alahai ada plan lain pula..Maka dalam pukul 2 terus aku ke Puncak Jelapang ke rumah Mi.
Tak berubah langsung orang tua tu...hahahahah sebenarnya rasanya tak banyak yang berubah!! Makcik Nab masih lagi sama! Aku pun dikatakan sama seperti dulu...cuma dah berderet anak! Dan itulah kali pertama mereka melihat "cucu" mereka!!
Dalam masa yang sama aku contact bestest friend aku masa sama-sama ngajar di Sk Kg Nangka, si Azmir, terus pula dapat undangan untuk makan malam di rumahnya kerana Ust Mat dah berjanji nak ke rumah Azmir juga. Maka malam ni kami duduk bersama kembali tapi yang tiada hanyalah Kamarul. Terasa seperti balik di Besut bila aku, Azmir dan Ust Mat berdiri sebelah-sebelah. Sebenarnya Azmir, Kamarul dan aku ni kembar tiga..memang tak berpisah selama tiga tahun. Kiranya kemana sahaja aku, Azmir dan Kamarul pasti bersama! Kami memang rapat dan banyak susah senang yang dihadapi. Dan aku amat rapat dengan Azmir, mungkin kerana sama-sama orang Perak. Ust Mat memang sayang kat kami 3 orang! Apa tidaknya tak pernah kenal cuti sekolah...hahahaha yang bestnya time orang sekolah, kami boleh pulak cuti!! Bila kami masuk U, memang terasa sunyinya Sk Kg Nangka sebab selepas kami, tak ada dah gandingan sebegitu rapat.
Tadi sempat kami bercakap tentang cuaca! Kami bertiga memang pakar tentang banjir. Kata Ust Mat, kami ni dah ada PhD dalam banjir!!! Dan dari kata-katanya tersedar aku bahawa sekarang ni kawasan yang tak pernah banjir, asyik dilanda limpahan air yang tak sepatutnya seperti Johor, KL, Ipoh, Melaka sedang kan ketika ini sepatutnya pantai barat mengalami musim kemarau! Ini terbalik, Kelantan dan Terengganu belum dengar banjir lagi tapi kat sini dah berapa kali dinaiki air..huh??
Sempatlah juga kami kembali ke zaman silam masa muda-muda dan melihat kembali asal-usul kami dalam dunia pendidikan! Azmir sekarang berkhidmat sebagai lecturer di Kolej Matrikulasi Gopeng. Aku dan Kamarul dah ke sekolah menengah... Sekejap jerr masa berjalan!
Oops, ari ni Anisa menyambut ulangtahun yang ke 10! Dah besar dah...So sambut kat rumah Azmir jerr...Dapat kan kek dan satu barrel KFC, puas nak menjamu semua yang ada. Si Aisyah pula dah jatuh hati suka pada mak Azmir, langsung-langsung dipujuknya aku supaya menghantar aku ke rumah Azmir esok pagi...jenuh la..

No comments:
Post a Comment