Pernah kah kita cuba menyebut sesuatu kepada seseorang supaya dia dapat memahami apa yang kita sebutkan, tetapi akhirnya apa yang ingin kita sebutkan tak keluar tapi apa yang kita TAK ingin sebutkan pula yang terkeluar...
Aku pun mungkin tergolong dalam kelompok manusia sebegitu. Banyak kali aku practice apa yang aku nak kata tapi akhirnya apa yang dirancang tak keluar dan apa yang tidak terfikir pula yang keluar satu-satu.
Sekarang ni aku menggunakan pendekatan yang lebih pratikal! Bila aku memandu, aku gunakan masa itu itu membayangkan keadaan-keadaan yang bakal berlaku dan cuba melihat segala kemungkinan dari pelbagai perspektif. Contohnya cuti sekolah ni bukan lah masa "bercuti" bagi aku. Banyak perkara yang telah, sedang dan bakal berlaku! Maka setting untuk anak-anak, kewangan perlu disusun supaya semua mendapat benefits!
Masa dalam kereta, aku akan menyusun supaya anak-anak boleh memenuhi masa mereka dengan sepenuhnya! Anisa akan tuisyen di sekolah dari 8 pagi sampai 12.30 tgh. Ketika itu ada tiga lagi di rumah yang juga perlu diisi masa mereka! Mungkin aku akan bawa mereka ke perpustakaan atau pun ke kolam renang. Segala-galanya tentang pengisian supaya masa tidak dihabiskan begitu saja.
Aku sendiri pun penuh dengan jadual tersendiri. Hari Selasa petang aku kena drive ke KL sebab keesokan hari ada mesyuarat di Putrajaya. Lepas mesyuarat ada follow up di Macee. Dalam masa yang sama aku kena buat visa untuk ke India.
Pada 29 November pun ada satu lagi mesyuarat di Putrajaya. Kadang-kadang aku terfikir...apa yang perlu aku buktikan pada diri aku ni? Tak cukup ke kerja yang sedia ada dan aku menambah lagi kesibukan yang sedia ada sibuk.
Kalau dilihat perancangan tahun depan, jika kedua-dua mesyuarat ini berjalan lancar, maka tahun depan akan ada rally seluruh Malaysia dari bulan Mac sehingga Ogos bermula dari Penang dan berakhir di Sarawak.
Mungkin gaji bulan ni akan dihabiskan untuk persediaan keperluan persekolahan anak-anak tahun depan kerana masa ni belum sibuk sepenuhnya. Raya haji pun tak perlu nak berhabisan kerana biasanya persediaan raya puasa digunakan juga untuk raya haji!! Killing two birds with one stone.
Sebelum tutup sekolah aku mendapat maklumat tentang kutipan wang para pelajar. Walaupun buku teks percuma dan yuran persekolahan dimansuhkan tetapi sebenarnya banyak kos persekolahan lain yang melonjak. Kini ibu bapa dibebankan dengan kutipan wang untuk PIBG, kelas komputer, Majalah sekolah, Folio dan kertas peperiksaan yang akhirnya melebihi yuran yang dimansuhkan. Bagi yang tak tahu, yuran yang dimansuhkan itu hanyalah RM 9.00 jer!!!
Sebenarnya kekangan hidup semakin serius!! Apa tidaknya...dengar sahaja percuma buku teks, pelajar diwajibkan membeli buku kerja! Bila yuran sekolah tiada, datang pula kutipan wang untuk benda-benda lain.
Ramai yang terlepas pandang....walau gaji kakitangan kerajaan naik tapi keuntungan sebenar dirasai oleh peniaga dan penjual juga! Sebagai pengguna, kita tidak lebih dari sebiji mentimun...ikut mana pun mesti kena punya....

No comments:
Post a Comment